Thursday 7 November 2013

LANGKAWI episod 1



assalamualaikum..."D
apa kabar semua..>.<

setelah sekian lama, alhamdulilah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman..

1-4 november 2013..

tarikh yang ingin saya semadikan dalam kenangan selamanya..hehehe..

orite..pada tarikh tersebut kami satu jabatan falak telah mengadakan program latihan cerapan di Langkawi,kedah..

program ni anjuran batch tahun 3, asalnya nak buat hari keluarga..namun, atas beberapa kekangan, jadi program ni diubah menjadi program amali..

pada awalnya serba salah nak pergi sebab macam mahal jer..rm100...tapi bila difikir balik, rasanya berbaloi sebab kami pergi sana selama 3 hari 2 malam. siap perginapan, n makan n transpot..wowww..berbaloi jugak tu en.???


plan kami btolak dari U pukul 8 malam, tapi masalah apa ntah..tunda sampaila pukul 10 malam..perjalan agak jem jugak la..namun alhamdulilah, kami tiba seperti yang dirancang iaitu tepat jam 6 pagi di jeti kuala Perlis.

dengan keadaan penat n 'blur' 7 jam perjalanan..huhhhhh..memang la sukar nak berfikir dengan baik..nak2 plak kebetulan time tu cuti sekolah dan musim perayaan jadi, kesesakan sangat luar biasa sekali. rasanya masjid di situ pon tak mampu dah nak tampung kebanjiran pelancong yang hadir.

jam 8.20 pagi kami diminta untuk menaiki feri.. arrr..disini lah bermulanya cabaran dan pengalaman baru yang ku dapat~ hewhehwhhwwee...

sebab apa.??

hmm..ntahla..orang kata banyak2 jeti yang ada kat malaysia ni, perkhidmatan jeti ke Langkawi la paling teruk sekali. ye tak..?? hmmm...saya rasa macam... ye je~~

rasanya kami masuk siap dibayar tiket tiap orang, tapi ntah macamna boleh tak cukup tempat duduk..nasibla cuma 45 minit jer..

dalam kekalutan tu, alhamdulilah..Allah mudahkan dengan membuka hati seorang makcik memberi sedikit ruang ditempat duduk beliau untuk saya duduk.

duk menyembang, rupanya beliau orang kampung saya.. ahhh..nampak tak permainannya di situ??? ahahha... sepanjang jalan tu duk la menyembang dengan beliau..kenal2 dengan anak2 dia..:D .

sebenarnya mengantuk dan penat sekali, rasa nak tido jer..kuikuikui..tapi ntah macamna boleh ter"ramah" pulak tme tu...kehkehekeh..

taklimat daripada pengarah 
sampai jer kat jeti Langkawi,kami terus dibawa ke balai cerap..sepanjang perjalanan ke sana.. mak ai~~ sunyi, suram dan menakutka rasanya tempat tu..

sebab??

sebab belah kanan, kiri hutan sepenuhnya..lampu jalan pon tak da...papan tanda lagi la tak da~!

tapi bila sampai tu~..perghhhh.. rasa terpana seketika..cantik sangat tempatnya..tenang rasanya..

sebelum naik ke balai cerap, kami sarapan dulu kat bawah tu..makan nasi lemak..sedap!! ngeeee :D
yummi~~nasi lemak!!
sepanjang siang tu kami di beri taklimat tentang cerapan matahari, penyelengaraan balai cerap,pengenalan aktiviti matahari dan macam2 lagi la.. paling best dapat tengok permukaan matahari secara live menerusi teleskop!!

aktiviti pada permukaan matahari 
kebetulan saya tengok tu, matahari sedang melakukan aktiviti "letusan" ia ..

kami pulang lewat pada hari pertama tu sebab bas sangat2 la lewat..sepatutnya kami betolak ke chalet pukul 2 petang namun bas lewat sampai pukui 4 petang..

lama kan..?

check in bilik jer..terus landing2 kat bilik..tak dak nyer nak turun pantai..tak kuasa rasanya~ kewhewhwe..

malam tu, sekali lagi kami ke balai cerap ANGKASA untuk aktiviti astrofotografi..
 namun, cuaca tak mengizinkan kami melakukan aktiviti cerapan sebab awan tebal malam tu..walaupon tak hujan, namun kilat seringkali menampakan dirinya..

jadi, malam tu kami disajikan dengan pelbagai hasil foto astrofotografi yang dilakukan oleh pegawai-pegawai disana..

perghhh..menakjubkan..sangat kagum..tak sangka bumi Langkawi secantik luar negara yang sering kita gambarkan~..

sangat2 cantik..

tapi gambar tu sangat pribadi..jadi dalam post ni, saya berikan apa yang termampu di sajikan buat tatapan anda..:D

selebihnya saya sambung pada post akan datang~


balai cerap langkawi.


pic sebentar sebelum naik~! :D

berjalan ke balai cerap



penerangan daripada pegawai bertugas

teleskop yang terdapat dibalai cerap untuk cerapan stellar..


menara balai cerap..:D