Friday 17 January 2014

BUKIT BOTAK

Assalamualaikum..

pe kabar semua..:D

tinggal 2 hari lagi ku pulang ke rumah..:D ..harini ada viva untuk eksperimen yang dilakukan..Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..:D

walaupon agak merapu jugak menjawab ditambah bedebar yang tak tertahan and buleh pulak berborak dengan lecture tu..ngeee:D

segalanya kita serahkan pada DIA atas segala usaha..

selepas balik ingat juz duk bilik & kemas barang..tapi tiba-tiba dapat call dari kakak..katanya nak panjat bukit botak belakang API..asalnya malas nak ikot. tapi last2 hati ni tergerak jugak nak ikot..

walaupun tak tinggi mana jika dibandingkan bukit-bukit yang ada kat selangor ni..kira penat jugak la nak mendakinya..

bila sampai di puncak~..perghhhh!! ya Allah..cantik dan damainya lihat pemandangan dari atas..walaupon agak gayat..hilang sebentar rasa itu bila mata ini ditumpu pada pemandangan yang indah dari puncak!

release rasa minda dan hati..rasanya kalau nak release stress panjat bukit ni jer da ok da kot..cumanya malas atau tak jer dan berani ker tak sebab tempat tu agak curam dan kene pandai menyelinap.. :D

lebih kurang satu jam kami kat situ duk amik gambar jer..buat kenangan katanya sebab kakak dan geng dia tu dah tahun last..dan ini last sem dorang..that why la beria-ia nak naik bukit tu..:D

Allhamdulilah impian dorang dah tercapai..saya ni tumpang sekaki jer kejenyer..kehkehkeh..:D

#gambar-gambar tak ada untuk tatapan sebab ada kat kemera kawan kakak..

p/s =kalau siapa-siapa yang suka mendaki tu..boleh la mencuba mendaki bukit ni..best jugak!
save pon save~ ngeeee ^^,

selamat mencuba!!!!!!



Wednesday 15 January 2014

SANTAI SELEPAS EXAM..

assalamualikum :D

sekarang ni mejoriti kolej2 mula beransur kosong dengan kepulangan pelajar2 ke kampung halaman masing2..namun, masih ada pelajar yang berbaki exam lagi..

tak kurang jugak..pelajar2 yang meluangkan masa beraktiviti selepas sebulan bertungkus-lumus untuk hadapi peperiksanaan.. :D

tak kurang juga buat kami sekelas (falakian)..lepas paper exam (13/1). satu kelas rancang nak main bowling..ingat nak sambut sekali hari lahir sahabat kelas kami yang jatuh pada bulan 1. tapi last2 tak jadi sebab ada sebahagian yang belum siap lab report lagi..

niat tu kami teruskan..alang2 nak pegi, kita pergi jer la en..huahauhaua..
walaupon yang dapat hadir tu sedikit..but still meriah..:D

sampai jer kat sana..deme dah tunggu.. semua cara bayaran mereka yang tentukan..

saya.??

tinggal bayar jela...

hehehhe...

first main..hmmm...not bad la.. coz ini kali pertama pegang bola bowling tu..hehehe :D

yang bestnya dapat gak strik 2 kali..huahahua..! ok la untuk percubaan pertama..ngee :D

selesai main, kami beli sedikit cenderahati untuk sambut bezday girl hari tu..:D

nasibla hujan lebat time kami dah sampai UM..berlari2 la ke foodcourt dari FSSS..

sampai jer kat foodcout hujan kembali turun dengan derasnya..as kemuncak agenda hari tu..ahhhh..tiba masa kita prank si bezday girl.. :D

alhamdulilah..even simple, Allah permudahkan semuanya semuanya hari ni..thank to Allah for everything..:D
beli air sebentar..:D

bergamba selepas main..:D


big apple untuk bezday girl..:D


peach.....<3
moga ukhuwah yang terjalin ini kekal dibawah lembayung rahmat dan keredhaanNYA..amin..

sekian~

Tuesday 14 January 2014

ku temui PERMATA itu~ :D

assalamualaikum..:D

hampir 2 bulan ruang ini tersadai tanpa hiasan..

terasa bersalah kerana dalam sibuk mengurus hal lain, ada juga tanggungjawab yang tidak diselesaikan.. ok.. let by gone be by gone.. still think positif.. move foward!!

hmm.. sekarang dah masuk tahun baru.. walaupon agak terlambat untuk menyambutnya..but ok la sebab baru abis pekse..nak wat mcmna, time tu kte utamakan pekse dulu..ehhehe

bila diimbas kembali..banyak perkara yang saya pelajari.. & tak terduga terjadi. sem ini boleh dikatakan suatu permulaan yang mencabar..dimana pada awalnya dihujani masalah berkaitan kelas..dipertengahan disulami dengan masalah rakan serta diakhiri sebuah pertemuan.

dalam keresahan yang melanda..Alhamdulilah..Allah berikan kecukupan dan kekuatan yang diluar jangkauan..dan hari ini, inginku cerita bahagian darinya..

dalam ketakutan mencuba jalani hari-hari diatas kekuatan sendiri.. DIA pertemukan diriku dengan seseorang ...SYAZWANI ATYRAH..nama seindah budi perkertinya..semakin aq mengenalinya semakin diri ini mengagumi kebesaran hatinya.

teringat kembali saat pertama kali dirinya ku dekati, suatu hari dia mengetuk pintu bertanya tentang rakan sebilikku.. kebetulan pula Aina tiada..kemudian dia bertanya kepadaku perihal program ilmiah yang diadakan di APIUM iaitu "mak, ambo nok nikoh"..

memang niat nak pergi, tapi kebetulan waktu itu terpaksa ke API untuk program under jabatan. so, tak decide samada nak balik dulu or terus jer stay kat API sampai petang. entah bagaimana hati ini terdetik untuk pulang dahulu selepas program walaupon jam telah menunjukkan pukul 6 lebih. lagipula kakak pinjamkan kenderaan dia hari tu..so senang untuk berulang-alik.

sebaik sahaja naik, saya pesan pada roomate beliau tentang niat sya tu. kami tiba di API dalam pukul 8.30 mlm..alhamdulilah..tak mula lagi..ehhehe

baris ke-2 dari depan, kami melabuhkan punggung di kerusi tersebut.. terasa tenang dan damai bila mendengar kata2 ahli panel. mungkin kerana hati ini sudah gersang tanpa titisan hidayah Allah dek kesibukan yang berpanjangan.

ketika itulah, sesuatu yang kutemui dalam dirinya..melihat nota yang dicatat. terasa kemas dan menarik hatiku untuk melihatnya,alhamdulilah..hatinya amat terbuka..dan memberi padaku.. " wahhh..kemasnya awak! cantik nota2 awak ni~!".tak dapat nak gambarkan keterujaan yang wujud dihati ni saat tu.

bermula hari itu, diri ini merasa "keunikan" yang ada dalam dirinya. hinggala suatu malam, saya menjengah ke biliknya ( jiran sebelah jer pon sebenarnya). kebetulan hanya dia berseorangan. niat asalnya juz nak tengok bilik dia jer.. tapi terlama la pulak bilamana saya minta dia ajarkan bab2 "kekemasan" ni..ternyata dia seorang yang teratur dalam segenap segi..

dari mengajar cara menyusun nota hinggalah mengurus hal pribadi. walaupon ini kali pertama kami bercerita, hati ini terasa senang untuk meminta nasihat dan share beberapa perkara seolah-olah kami sudah lama kenal.

walaupon setahun muda dariku, ternyata kematangannya mengatasi usianya.so, dia tak gelar saya "akak" sebab terasa sya ni kurang matang.hehehhe..^^,

bermula dari itu, hati kami semakin bertaut. Dia mendorongku perkara2 berkaitan disiplin dan atitude.. manakala dirinya berjinak2 mempelajari ilmu agama.

ahh~!! bab ilmu agama ni satu hal yang membuatku tersentuh terhadap pendiriannya. walaupon dia orang yang hebat..pelajaran jangan cakapla..excellent student tu~! dia bersemangat untuk belaja agama sbb b4 ni dia memang tiada latar belakang pendidikan agama.

sya nampak betapa dia berusaha untuk mendalaminya..tersentuh hati ini saat dia menangis kerana muhasabah diri. sedangkan diri ini kadang-kala alpa dan keras hati ini.. sungguh hidayah itu milik ALLAH..

sikap positif dan semangat, itu yang sering dipesan padaku. ku jadikan ia sebagai bekalan kekuatan untuk jalani segala apa yang ada dihadapan. Alhamdulilah, ku terasa tenang sedikit dalam menghadapi kesulitan  yang ada..

Terima Kasih Ya ALLAH, telah buka hatiku untuk mengenali hambaMU ini. moga hati kita tidak alpa dalam menyukuri nikmatNYA.

kata-katanya yang menyentuh hatiku~.

'tidak salah merancang dan mempunyai impian untuk masa hadapan. Namun, still kene ingat bahawa kita tak tahu adakah kita ini sempat untuk menghadapinya. atau adakah ajal itu lebih cepat hadirnya. jadi tak perlu runsing untuk sesuatu yang belum tentu terjadi. Apa yang penting adalah yang sekarang ini..yang ada depan mata kita ini untuk kita hargai sebaik mungkin. once ia hilang, mungkin sudah tiada lagi kesempatan untuk mendapatinya lagi.."

sekian~