Wednesday 20 January 2016

what the plan?

ASSALAMUALAIKUM..

(tersenyum sendiri) ..hmmm.. lama dah terkubur..

begitu lah lamanya 3 tahun 1/2 perjalananku dalam alam degree ni.. siapa sedar masa berlalu tu..cepat sangat kan? begitu jugak la usia kita.. makin meningkan... juga makin dekat dengan kematian..

bila la nak sedar????? (ketuk kepala)

terimbau kembali saat nak masuk degree dlu..pening kepala nak amik kos apa.. takut dan teruja bercampur baur nak masuk alam degree kan? macam2 rasa..

kini masa pula pikir.. bercampur baur perasaan.. kali ni apa pula aku nak buat?

pekerjaan? sekarang surely la susah nak dapat.. ye tak?

rakan-rakan lain dah stat survay tempat kerja. aku? terkedek-kedek lagi nak masuk LI.. tapi orang kata banyak juga benefitnya LI last sem ni.. mana tau ada rezeki sambung kontrak keje situ.. (aamiiinnn)..

takpe la.. orang kata apa yang berlaku tu tidak sia-sia. adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita.

rindu juga pada rakan2.. prof2.. adik2.. semua lah..~~

gud luck pada korang.. apa pun yang terjadi, jalanila hidup dengan tabah!!

akhir kalam... ambo minta ampun ujung rambut sampir ujung kaki atas segala silap salah pada anda yang mengenali diri ini..

bye.. :D

Tuesday 13 October 2015

astronomi islam vs barat

assalamualikum.

hihiii..
orite,,, semalam aku pegi mencerap kat Baitulhilal, PD. macam biasalah..rutin bulanan sepanjang pengajian bagi kos aku ni..hihihi

cuma semalam agak terpana sedikit la.. sebab lama tak tulis blog. tetiba ada yang pm personal.. pasal astronomi..

fuhhh..

aku ingat dah jadi pekasam blog aku ni.. tak sangka masih ada mahu jadikan sedikit rujukan.

hihihi..

time kasih ya sapa yang sudi mejengah blog ni!! :D

orite,,semalam yang pm ak tu tye..

apa beza astronomi islam dengan barat?

hmm.. macamna nak explain eh?

mungkin secara mudahnya saya boleh bezakan dalam beberapa aspek seperti teori2, sistem dan kepercayaan

sedia maklum bahawa semasa zaman kegemilangan islam, sehingga berjaya menahluk 2/3 dunia, ketika itu barat mengalami zaman renaissance. ketika itu lah, tokoh2 astronomi islam bangkit. membawa ideologi dan teori2 tentang alam semesta.

kemudiannya ilmu ini tersebar luas. dan barat mula menceduk bidang2 ilmu dari negara islam. surat dari ratu England kepada kerajaan islam ketika itu, meminta supaya rakyatnya diajar ilmu pengetahuan (ni dapat menerusi program konvensyen falak di Shah Alam. korang boleh cari maklumat lebih lanjut))

orite.. sedikit sejarah ringkas korang kene tahu..so, kita ni banyak dimomokkan dengan agenda barat mengatakan sume ilmu dari dorang. sedangkan orang pertama menemui teori berkaitan pantulan adalah sarjanah islam (x ingat nama dia)

tidak semua teori moden ni ditolak mentah2 oleh islam.. islam tetap menerima selagimana tidak bercanggah dengan akidah islam. sedangkan dalam al-Quran sendiri banyak menceritakan prihal astronomi tanpa kita sedar.

selain itu, bilamana kita belajar berkaitan astronomi dan islam, pastinya tidak terkecuali perihal berkaitan ibadat. macamana tentukan arah kiblat. tentukan waktu solat,puasa dan sebagainya. ini sume memerlukan kemahiran dalam astronomi.

akhir sekali, secara ringkas la..astronomi islam itu bukan sesuatu yang baru atau terpisah jauh dari astronomi yang kita tau..macam kaji bintang,bulan.mahir guna teleskop..

astronomi islam tu adalah astronomi yang kita tahu tu tapi diharmonikan dengan pendekatan islam.

begitulah..

Wallahua'lam.

p/s: semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit input pada kalian. mana yang kurang tu minta maap la.. banyak lagi perlu belajar.

sekian :D

Monday 15 June 2015

im back~!

assalamualaikum..

lama tak bukak blog ni..

 fuhhh2~!!!

hihihi..nak ilangkan sarang labah2 kat blog ni..berkurun dah x jenguk...

sian dia..

maap pada semua..terutama abang mirul dan kak elin.. sebab tak dapat nak konsisten dalam penulisan blog ni..

banyak perkara berlaku sem ini.. paling banyak adalah kene temu janji dengan PPUM.. oohhh tidakkk...!!

kene buat fisio tiap bulan..

tapi..terpaksa stop da..sebab kekangan masa nak kene buat tesis a.k.a final projek.
 (tapi sakit sikit la bila tak fisio ni)~

sekarang ni masih tempoh editing.. almaklumla..kos astronomi ni separuh pengajian islam separuh fizik.. tang fizik tu laaa lemah ceq rasa.. ase macam tak paham gapo~~

sangkut la jugak bab data-data ni..nasib la ada sahabat jantung hatiku ini,,,hehe.. dia sudi tolong ambo part data-data ni.. (nak buat mcmna..dulu analisis akaun jer kat sekolah~ T_T)

inila cabarannya bila kita belajar aliran lain kat sekolah, amik kos lain kat U..

but its fun!! cuma kadang2 bila berdepan benda susah ni..biasala kita jadi gelung2 sikit..hihihi..

sekarang ini, lusa nak exam.. huhhh~ tak tau nak cakap mcmna..

sbb?

sem ni..kos jabatan yang ditawarkan sume susah2.. tak nak amik, (alamat kene extand la nak tunggu dia bukak tawaran semula :'( )

pastu asgment? jangan cakap la..last week study still diberi asgment..(asgment paling susah ku rasa)

aihhhhsss~~ banyak pulak merunggut @,@

tak pela.. bila lagi nak rasa mcmni..tekanan buat kita dewasa..

so!! chayok2!!

kpd adik2 n sahabat2..selamat menjawab exam!

kepada abg mirul kak elin n sume skali beragama islam..
selamat menjalani ramadhan! :)

Tuesday 29 July 2014

erti taqwa siri 2

assalamualaikum..

dah lama tak update..before kita cerita pengalaman2 baru sempena raya tahun ni.. nak sambung dulu entri lepas berkaitan erti taqwa..aritu juz cerita 1 kisah dari tazkirah yang disampaikan..

so.. hari saya nak habiskan kisah tersebut..

orite..

kisah ke-2 ini adalah berkaitan dengan seorang raja dan tukang kayu diraja..

"tukang kayu ini  sudah lama berkhidmat dengan raja.. hingga lah satu hari dia berasa ingin bersara dari perkerjaannya.. maka dia pon mengadap si raja..
"ampun tuanku, sesungguhnya patik telah lama berkhidmat dengan tuanku..maka saat ini, izinkan lah patik mengundur diri dari pekerjaan ini" kata si tukang kayu..

maka raja itu pon berkata "beta akan perkenankan hasrat tuan hamba setelah tuan hamba menunaikan satu syarat ini.. syaratnya ialah tuan hamba perlu membina satu rumah paling indah.. dari segala perkakas, peralatan dan seni bina yang cantik.soal duit atau bahan beta yang tanggung.."

maka si tukang kayu ni berdengus sendiri.. "apalah si raja, aku sudah ingin bersara..baru dia nak bina rumah la apa lah..hmm.. tak kesahla..asal aku buat sudahla.."

maka si tukang kayu itu pon binalah sebuah bangunan yang diperintahkan oleh raja.. namun kali ini dia hanya buat ala kadar sahaja, seni binanya juga mengunakan bahan yang biasa2 sahaja asalkan cepat siap untuk dia bersara..

maka..setelah beberapa waktu..dia mengadap si raja.. maka kata si raja "cepat pula tuan hamba bina..? maka..seperti janji beta.. beta perkenankan persaraan tuan hamba..dan sesungguhnya rumah yang tuan hamba bina itu sebagai hadiah dari beta untuk tuan hamba"..

maka saat itu, si tukang kayu berasa sungguh menyesal kerana buat sambil lewa.. seandainya dia buat bersungguh2.. pasti dia dapat miliki mahligai yang indah.."

dari kisah ini kita dapat ambil pengajaran sesungguhnya ibadah yang kita buat itu semua ganjarannya disisi Allah..kita tidak tahu apa yang akan DIA beri pada kita.. seandainya kita lakukan bersungguh2 dan dijanjikan menjadi milik kita..maka sesungguhnya kita adalah seorang yang beruntung.. seandainya dilakukan sambil lewa, maka jadilah kita seperti si tukang kayu diraja.

dari perkongsian ini.. diharap kita sama2 dapat ambil pengajaran dan berusaha untuk bersungguh2 dalam apa jua yang kita lakukan..

insyaAllah.. :D

selamat malam... <3

Friday 18 July 2014

kisah teladan.. (erti taqwa)

assalamualaikum...

kesempatan ini ingin membuat coretan sedikit untuk renungan bersama..

disini nak kongsi kisah dari tazkirah pendek yang saya dengar ketika solat terawih di surau aritu..

tazkirah pendek berkaitan TAQWA..

"tuan-tuan sekalian, saya diberi masa sebanyak 15 minit untuk slot tazkirah kita hari ini.. biasanya saya ceramah 40 minit ke atas.. jadi, menurut saya dalam jangka masa yang singkat ni peringatan yang berkesan adalah menerusi kisah-kisah teladan kerana agak sukar untuk saya beri ceramah sebab mukadimah jer dah panjang.. jadi hari ini. saya bawakan 2 kisah untuk kita sama-sama renungkan..

kisah pertama adalah pada zaman alexander the great..anda tahu siapa dia.?? pemimpin dua tanduk.. bukan dua tanduk tu.. maknanya pemimpin yang mampu menguasai timur dan barat..keagungan pemerintahan beliau sehingga mampu membuat tembok penghalang kepada yakjut dan makjut..
kisah ini apabila beliau dan para pengikutnya perlu berperang (tak ingat perang apa) .. maka Alexander telah memaklumkan mereka akan berperang..dan untuk ke kawasan peperangan tersebut..mereka akan melalui satu terowong yang dipenuhi dengan emas dan berlian.. maka tibalah hari yang dijanjikan..maka tentera ini berjalan mengikut Alexander.. sampaila mereka berhenti dihadapan gua tersebut.. maka mereka diarahkan masuk.. susasana dalam terowong tersebut sangat gelap..tiada satu cahaya pon.. ada sebahagian pengikut yang mengambil 1 batu dalam terowong tu..ada yang ambil dua..ada yang penuhkan satu baju..begitu jua ada yang tak ambil apa2 langsung..

mereka teruskan perjalanan hinggalah dihujung terowong tersebut, mereka terlihat cahaya yang sangat terang.. apabila keluar dari terowong tersebut..mereka melihat kembali batu yang mereka ambil sepanjang perjalanan tadi..alangkah terkejutnya bahawa ia benar-benar adalah emas..dan sesungguhnya Alaxander bercakap benar..maka yang ambil satu tadi tu pon menyesal sebab tak amik dua..yang ambil satu baju pon menyesah sebab tak ambil banyak2.. yang tak ambil langsung tu lagi la menyesal.."

Dari kisah ini, sejauh mana kita percaya dengan janji Allah..? begitu jua para tentera tadi sejauh mana mereka percaya kebenaran yang diutarakan oleh pemimpin mereka. sungguh mereka tdak tahu sebab sepanjang terowong itu gelap.. begitu lah analogi kehidupan kita..taqwa kita pada DIA..percaya sepenuh hati pada balasanNYA diakhirat..kita tidak tahu saat kita tersandung dan hikmah ujian Allah beri..segala yang Allah kurniakan hinggala dihujung hidup kita..maka sesungguhnya sudah terlewat jika kita sedar dihujung nafas kita nanti..

waalalhuaAllam..

selamat beramal.. :)

assalamualaikum..

akhir-akhir ini sering kita diberitakan dengan musibah-musibah yang melanda.. ALLAH..segalanya milik dia.. kepadanya dimohon segala kekuatan dan ketabahan.. moga ujian dan teguran ini sebagai kifarah bukan bala yang diturun dek dosa yang berpanjangan..

berita hangat terkini adalah kes MH17 yang terhempas di sempadan Rusia.. berita ini dikhabarkan oleh sahabat saya pagi tadi.. baru saya sedar..sudah lama rasanya saya tak tengok TV apatah lagi berita-berita terkini..

selepas pulang dari kelantan pada ramadhan ke-4 hari tu.. siang hari dipenuhi aktiviti mengemas rumah dan malam selepas pulang surau..terus terlena dek keletihan..terasa rindu sekali pengalaman ramadhan dan berterawih di masjid kelantan..sayu sangat hati..kerna itu,apabila balik ke meru semula..saya berazam rajinkan diri ke surau.. dan moga diri ini terus kuat untuk beristiqamah..

selepas telefon dimatikan segera laptop ini dicapai dan dibuka.. terlihat video yang sahabat post..cuma.. berita tu dalam rusia..tak la paham apa dia cakap..cuma saya amati rakaman video yang ada tu..

termenung sejenak.. tergiang-giang kata-kata sahabat saya "awak..lihat berita tentang pesawat MAS yang terhempas..ada 6 anak-beranak yang turut terkorban..sedih tengok saudara-saudara dia..buat saya terpikir wakk..tiap orang tu ada dugaan dan ujian dia tersendiri.. sejauh mana kita kuat untuk hadapi..sedangkan kita ini..bila berlaku dugaan terasa sedih sekali..padahal kat luar sana ramai lagi orang2 yang lagi susah ujiannya."

saya ingat kembali kata-kata mama sahabat saya tu.. dia selalu pesan "kita hidup ni sementara, kita tak tahu bila kita akan mati.. selalu oyak kat diri kita..buat ibadat sungguh2...mungkin ini ramadhn yg terakhir utk kte sblum kte di jemput illahi..."

moga hati kita terus teguh dalam mencari redhaNya..apa yang berlaku semalam sudah menjadi sejarah.. apa yang penting adalah hari ini yang kita sedang lalui dan pastinya hari esok seolah mimpi yang kita ingin lakarkan..sungguh manusia itu ada peluang.. peluang untuk menjadi lebih baik selagi nafas belum dihujung helaan.. 

selamat menjalani 10 malam terakhir ramadhan..!! :))))

sekian.. 

Saturday 26 April 2014

GAMBAR POLARIS'14



REPLIKA PLANET,AWAN DAN MATAHARI





ASTRORACE







CERAPAN MALAM (PLANET DAN BULAN)




MAJLIS PENUTUP








tulang belakang program (alifah ibtisam)


BERTOLAK KE UM
'