Thursday 29 August 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera:)))

malam ini kebetulan membuka fb..sambil berbincang-bincang dengan kawan tetang sem yang bakal tiba ni..keluar lak satu video yang menarik hati saya untuk menontonnya.. video ini dishare oleh senior saya..dalam  post beliau,ditujukan khas kepada para pelajarnya.

"wahai anak2 muridku..
biar kamu paham nanti..
hidayah milik Allah..insyaAllah."



:)))...tanpa fikir panjang..saya buka la video tersebut. sangat terharu bila menontonnya. sahabat2 sekalian..apa pendapat anda tentang hati..? atau lebih tepat lagi kita sebut sebagai kalbu.??

kadang-kadang kita sering terpikir atau ditanya persoalan "apa yang lebih tinggi dalam kejadian manusia dan haiwan/makluk lain"..??

seringkali anda akan mendapat jawapan "pastilah akal"!!!

sebab..???

"sebab semua binatang ada otak,tapi tiada akal untuk bezakan betul salah, baik dan buruk.."

ok,bagaimana pula jika ada yang mempersoalkan "tapi kenapa masih ada manusia yang kejam dan lakukan perkara yang "tak masuk akal"..???

:))..yup..betol akal kita mampu membezakan baik dan buruk namun akal tetap terbatas..kerana itulah Allah menurunkan wahyu untuk membimbing akal.

sesungguhnya kalbu(hati) adalah penciptaan paling tinggi..tiada siapa didunia ini mampu "memegang" hatinya sendiri..hanya Allah sahaja pemilik hati manusia..

jika manusia mampu memegang hatinya..pastila tak akan kita dengar khabar putus cinta,kecewa, dan sebagainya..sebab kita boleh buka dan tutup pintu hati kita sesuka hati..ea tak..?

tapi..hakikatnya tidak..Maha suci  Allah..sempurna segala perancanganNya..Dia menjaganya sebaik2 penjagaan..

berperikemanusiaan,kasih sayang, benci, mahupun hidayah..semua itu daripada Allah..kita tidak tahu siapa, mengapa dan bagaimana ia hadir..namun, manusia diberi kekuatan untuk mengawalnya..

jadi,.

jika hati mendambakan sebuah kasih sayang, berdoalah semoga Allah membuka hatinya..
jika hati membenci seseorang, mohonla moga Allah meredakan amarah kita..
begitu juga bila kita menasihat seseorang.jangan terlalu berharap dia terus berubah..kerana anda akan kecewa..

tapi...berdoalah semoga dirinya diberi petunjuk..dilembutkan hatinya..dan penerimaan yang baik terhadap kata-kata anda..

berbicara soal hati ini tidak la terlalu sukar dan tidak terlalu mudah kerana ianya bisa difahami dengan hati yang tulus dan tenang..

moga kita di bukakan mata hati untuk lebih memahami dan menghargai...<3<3

selamat malam...

sekian~.

Wednesday 28 August 2013

heartstrings....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..:)

tak sedar kita dah melangkau jurnal 12 minggu kan.?? sedar tak sedar akhirnya tiba juga masanya..Alhamdulilah..

minggu ini saya tiada sebarang aktiviti khusus yang nak dikongsikan kerana boleh dikatakan sepanjang hari berada dirumah selepas hari-hari dipenuhi dengan aktiviti baraan..hehhe..

Alhamdulilah..sepanjang minggu lepas dan minggu ni berjaya puasa 6 hari dibulan syawal..inspirasi dari adik bongsu saya yang sungguh-sungguh nak puasa enam..last2 satu keluarga sedang berusaha habiskan puasa enam bulan syawal ini..ditambah pula tahun ini adik-adik saya akan duduki exam SPM dan UPSRA.
kira macam beri sokongan moral gituu..ngeee..:))

sepanjang minggu ini, rutin hari-hari adalah kemas rumah disiang hari dan ambil adik di petang hari..disebabkan trial PSRA adalah setara..so, walaupon sekolah beliau satu sesi, still kene duduki exam sebelah petang selaras dengan sekolah-sekolah SRA sekitar daerah KLANG. lepas balik pulak, tolong mama sediakan juadah berbuka..

masa yang terluang ini,serta mencari idea untuk menulis,saya menjengah blog-blog sahabat seru yang lain..kebetulan pula abang mirul ada send blog dari group seru yang lain..dan..saya juga telah menjelajah blog mereka..best sangat!!.. walaupon saya tak de idea or cerita yang menarik..tulisan blog mereka dapat memberi inspirasi pada saya..! keep it up ya!!.hehehe...

dibandingkan menonton tv, saya lebih suka mendengar radio..tapi, dalam 2 minggu ni, saya sempat habiskan menonton cite korea di tonton.com.. anda tau cerita HEARtSTRINGS..?? rasanya ia cerita lama..tapi masih baru dalam senarai drama korea di tonton.com(agaknyer la)..

nak kata minat sangat pada filem korea..hmm..i dont think so la. cuma kalau filem tu menarik, baru la..hehhee..sebab jarang tengok tv, saje2 la bukak tonton.com.kebetulan pulak terjumpa cite ni..sebabkan iklan dia nampak menarik dan hanya ada 13 episod..so, hati saya tertawan untuk monontonya!! yeah.!

secara ringkasnya, cerita ini berkaitan cinta dan cita-cita..bagaimana untuk berkorban demi mengapai kedua-duanya..boleh dikatakan cerita ini berunsur motivasi dalam suasana yang santai..dimana watak utamanya digambarkan pada awalnya seorang yang hanya meletakkan masa depan dengan impian datuknya, iaitu menjadi pemain muzik tradisional korea yang terkenal,seorang yang kurang berkeyakinan,dan terlalu mengendahkan kata2 orang lain.Namun akhirnya beliau berjaya menjadi pelakon terkenal,berwawasan,berdaya saing dan mempunyai matlamat sendiri selepas bakatnya berjaya dicungkil oleh seorang pengarah terkenal sempena Hari Ulang Tahun ke-100 universiti tersebut(watak dalam cite tu la)..

ahh..!!nak tau kisah sebenarnya..bolehla untuk menonton cite tu..kat youtube pon ada.:)))...bukan la nak promote..juz kalau ada sesiapa yang teringin nak tengok la,sementara cuti yang masih berbaki ini..hehhe..

disini salah satu lagu dalam drama tersebut yang mana seni katanya saya suka...

♪♪aku pernah sesat disebabkan rasa takut..♪♪
♪♪tidak dapat melihat dengan jelas jalan dihadapan...♪♪
♪♪aku tidak tahu apa yang sedang menunggu aku pada hari esok...♪♪
♪♪aku ingin menyorok kerana rasa takut..♪♪
♪♪aku ingin menyorokkan diri...♪♪
♪♪tapi hari ini berlainan...♪♪
♪♪kini aku telah berdiri semula..♪♪
♪♪aku boleh menyanyi sekuat hati,,,♪♪
♪♪melupakan semalam,aku menyanyi demi hari esok..,♪♪
♪♪ucapkan selamat tinggal pada hari-hari..♪♪
♪♪dimana aku menyorok tanpa keyakinan..♪♪
♪♪aku percaya pada diriku yang penuh semangat ini..!,,♪♪
♪♪demi hari esok..♪♪
♪♪demi CITA+CITAKU,,♪♪
♪♪TERUS MENGHALA KE HADAPAN....♪♪





sekadar ini sahaja lah yang dapat saya kongsikan kali ini..maap kiranya tiada cerita yang menarik..harap anda terhibur dengan perkongsian ini..

sekian..:)))

Sunday 18 August 2013

Geng baraan AR-RAZi..:))

Assalamualaikum =)

alhamdulilah..setelah 5 hari tiada internet..hari ini, dapat  juga saya update blog ni..:)
hari ini genap lah kita menyambut syawal ke-11. begitu pantas masa berlalu kan..?? sepantas masa yang berlalu, sebanyak itu jualah peristiwa dan pengalaman baru sepanjang minggu ini. :)

minggu ini, jadual saya banyak dipenuhkan dengan aktiviti baraan (konvoi raya). yelah..kebanyakkan teman taulan semuanya dah habis beraya dikampung. begitu jua lah kami, pada syawal ke-3 yang lepas dah ke kampung. pada awalnya nak ke sabak bernam, tapi disebabkan jalan sesak, ayah terus ke perak dahulu. petang tu baru ke sabak bernam..ingat nak singgah rumah coursemate dulu sementara ayah berehat,tapi tak sempat..malam itu juga kami balik ke rumah. risau jugak dah hampir setengah jalan, ayah mula mengantuk, aishhhhhh...biasalah abah, selagi boleh bertahan,selagi tu tak tukar pemandu..agak-agak dah sampai sekincan(kalau tak silap), baru berganti dengan saya. sepanjang malam,semuanya terlena! howwwww..redah kesunyian malam sendiri..Alhamdulilah, jam 1 pagi sampai ke rumah.. :)

dikesempatan ini juga, saya mencipta satu pengalaman baru untuk raya tahun ini.. sebagai satu "kelainan" lah untuk raya kali ni.. bersesuaian dengan tema raya "persaudaraan lebih utama", saya buat konvoi dengan student2 saya..hahahhaha..tak tau la penah dibuat orang ke tak, cikgu konvoi dengan student.????.hihihihi.

ntahla..saya pon tak pasti tujuan utama saya plan konvoi ini, pada saya, selain mengisi kekosongan raya ni, saya ingin menyambut raya dengan mereka, sejak 3 tahun yang lepas, saya tak berpeluang lansung menyambut raya dengan mereka, tak kira la melalui sambutan raya kat sekolah dorang atau pon ketika dorang datang beraya kat rumah saya. saya sentiasa tiada. biasanya time tu saya dah start sem baru kat UMNP.so, kali ni..dengan cikgu2 nyer sekali ikut beraya!!amik kauu..!! hahahhaha..

Pada permulaan buat plan ni, saya ragu-ragu..apakah saya ingin turuti ego saya, atau ikut kata hati saya..?? yelah..kalau ikot ego, mana ada guru baraan dengan pelajar..dorang la kene datang rumah saya, tapi kalau ikot hati, saya nak habiskan masa sehari ini bersama mereka, mencipta kenangan baru dengan mereka, mengembirakan serta meraikan mereka yang akan menghadapi periksa besar tahun ini.

Dalam pada itu, saya cuba kuatkan hati saya, yakin dengan apa yang saya lakukan.. saya call 2-3 orang pelajar..saya utarakan plan saya ni. Alhamdulilah..hasrat hati saya disambut baik. saya minta mereka aturkan sapa yang nak join dan rumah mana yang ingin diziarahi.

bolehla dikatakan, sambil menyelam minum air..ehehhe.. dalam saya plan aktiviti yang buat diorang gembira, dalam masa yang sama saya ajar dorang macamna nak uruskan satu2 program..pada saya, walaupon aktiviti ini simple, tapi kalau tak dirancang dengan baik, ia tak akan sempurna.

*hari: rabu
*jam: 9pagi-6 petang
*rumah: 10 buah (target)
*kenderaan : avanza
*bil.peserta: semuat avanza

*maklumat asas yang saya beri pada mereka. Alhamdulilah, tempoh 2 hari saya beri, mereka memberi kerjasama yang sangat baik. hampir 100% urusan bilangan peserta mereka yang uruskan, saya uruskan sebahagian kerja berkaitan call rumah yang ingin diziarahi terutama rumah guru-guru la..sian pula mereka tak ada nombor telefon cikgu.

tak dinafikan, ia tak semudah yang difikirkan, kebanyakkan budak2 ni ada aktiviti dengan family dorang la..so, tak semua dapat join. hingga akhirnya hanya 5 orang pelajar tahun 6 yang benar-benar boleh ikut serta.

pada saya, tak mengapalah. malam tu, saya sukar untuk tidur. risau kalau-kalau rancangan tak menjadi ker esok..hehehe. berbekal doa dan tawakal, saya lenakan mata untuk pengalaman baru tersebut..

tepat jam 9 sampai ke rumah afiqah..kesemua pelajar diminta berkumpul dirumah tersebut. yelah..tak kuasa saya nak angkut sorang2 kat rumah masing2..hehehe..nampak sistematik sikit kan..?? huahuahua..

segan jugak la nak masuk sebab saya je yang datang time tu,yang lain tak sampai lagi..hehhee..tapi tak mengapalah sebab mak ayah afiqah merupakan ALP(ahli lembaga pengelola) SIR-RAZI.. pendek kata, mereka ni majikan saya la..:)..so, ibarat saya melawat majikan saya la.kuikuikui..

beberapa minit selepas saya datang, baru la sorang demi sorang tiba. Tak semua dari kalangan mereka yang tau rumah afiqah ni..so kene ada yang menyambut lah. dalam tak sedar, saya yang pergi menyambut?? aishhh..dalam pada itu, sempat jugak saya cakap " sapa tuan rumahnya sekarang ni??"..

orang kata, kalau kita bergaul dengan orang dewasa kita akan matang, tapi bila bergaul dengan kanak-kanak.?? arrrr..jadi kanak-kanak lah gamaknya!!..siap mak salah sorang pelajar tu ingat saya ni kawan-kawan dorang..tak tau la saya ni yang muda or dorang yang matang (masuk bakul angkat sendiri) ahahhaha..
bila saya perkenalkan diri baru lah dia panggil saya cikgu..saya lak?? saya blur sebenarnya nak panggil ibu-ibu dorang ni apa..?? kakak, autie, mak cik, ummi..?? hmmmmm...

mungkin sebab adik bongsu saya sebaya mereka, jadi saya mudah masuk dengan mereka lah.. berbanding pelajar yang atas or bawah dari umur dorang..hehehhe..

agak lama jugak la stay kat rumah afiqah sebab rumah ke-2(iman), mak dia tak ada kat rumah sebelum kol 10pagi..tepat jam 10 pagi, kami berangkat ke rumah iman..selesai makan dan bergambar, kami berangkat ke rumah salah seorang anak ALP (nasrina).. so, alang-alang da sampai, ajak lah budak tu sekali..so.. kete time tu betul-betul penuh.. 5 pelajar + adik afiqah dan nasrina..tapi Alhamdulilah..sepanjang perjalanan tak da masalah berebut tempat duduk..semuanya pandai nak atur dan saling bertimbang rasa..:)

kami melawat rumah atikah,hani, ustazah sal, ustazah mazroha, ustazah liz (guru besar), ustaz wan, asma..kembara raya kali ni agak "laju" lah jugak..pukul 3 petang dah rumah ke-9.. tapi disebabkan pelajar2 tu nak habiskan sampai pukul 6+++..so, try la tepon rumah cikgu intan..alhamdulilah..sempat ke rumah beliau. jam 5 petang, saya bawa mereka solat asar di masjid aT-Taqwa..senang! tak yah susah2 nak solat uma orang..ehehhe

jam 5.30 petang kami bertolak ke rumah ke-11, rumah terakhir dan paling jauh di bukit kerayong (dekat dengan jeram)..take time 15-30minit untuk ke sana. rumah ini dikatakan pernah dijadikan salah satu tempat pembikian filem "raya tak jadi" ..so, siapa yang nak tengok..boleh la tonton cerita tu ea..promote2..ahahhaha

Disebabkan rumah terakhir, kami agak terleka sedikit la..selesai makan dan bergambar, hampir jam 6.30 baru berangkat pulang (terlebih sudah)..hehehhe..

hantar la budak-budak ni ke rumah masing-masing..mana2 yang jauh tu, tunggu kat rumah afiqah..jam 7 petang sampai rumah..wah...penatnya~~..tapi rasa sangat berbaloi..


yang sebelah saya kiri tu cikgu maz..yang lain tu sume student,,
nampak sama umo tak.??hahahha


posing2 di rumah iman..



rumah ustazah salasiah..

kenangan bersama cikgu mazroha (senior yang paling saya rapat)..<3


bersama anak Guru Besar..hheehe


rehat sebentar..rumah cikgu intan..:)

insyaAllah menjadi kenangan terindah raya 2013..<3333

moga ukhuwah ini terus terjalin dalam redhaNYA selamanya..amin..buat student2..moga mereka terus success dalam hidup ea!!!

sekian..:)))

Thursday 8 August 2013

Assalamualaikum =)

apa kabar  semuanya..??hehehhe..Alhamdulilah syawal telah menjelang..dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas segala salah silap selama ini.=))))

semoga ramadhan yang lepas ini diterima segala amalan dan mendapat kerahmatan dan keampunan daripadaNYA. amin...

Raya kali ini bersederhana sahaja..kami tiada lah berhias bermacam-macam..hanya membersihkan rumah..tiada pun beli barang-barang baru..kuih pon beli ala kadar je..hehhe..Alhamdulilah..

bagaimana pula dengan anda??hehehhe..ntah la..saya rasa syawal kali ini ramai yang menyambut dengan sederhana sahaja.kebanyakkan rumah pun begitu..Namun keadaan tetap meriah..jalinan persudaraan itu lebih utama..hehehhe

Seperti biasa, pagi raya mama akan menyediakan sedikit juadah sarapan sebelum pergi sembahyang raya..sementara tu, yang anak dara ni,sedia-sediakan balang kuih raya la...selepas abah dan adik2 balik dari solat, kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman.

lepas tu..??hah..berangkat la ke rumah nenek (10 minit dari rumah )..biasa hari pertama kami beraya di sini sahaja sebab nenek sebelah abah dah tiada.. lagipula di meru ni ramai sanak-saudara atok dan nenek..so, kami kebiasaannya bila dah berkumpul di rumah nenek, menjamah sedikit juadah yang ada (aishhhh..makan je kan..?? hheehe..kata pn raya..kui2..). lepas tu, bermula lah sesi salam bersalaman dan fotografi.

raya tahun ni tak ramai yang balik kampung nenek untuk raya pertama..mybe giliran mereka beraya sebelah sana..so, kali ni, kami konvoi 4 buah keluarga sahaja. kebetulan sume pakai kereta panjang-panjang (avanza dan estima)..hahahaha..senang nak cam kereta..tak lah yang ketinggalan nanti..

malam tu pula, mereka beraya dirumah kami..macam biasa..steambot la yang jadi menu pilihan kami..hehehe..senang!! tak yah susah2 nak pikio..sapa nak..masak sendiri...hehehhe..yang specialnya, ahh..udang!! yup..tiap tahun akan ada udang besar (tak tau lah pula nama udang tu jenis apa)..biasanya abah akan mancing pastu simpan untuk rumah terbuka macam ni lah..disebabkan abah minat memancing dan pandai memancing.so, banyakla hasil tangkapan tu..kami ni pon tak terluak nak habiskan...ngeeeeeee :)

hmm...sementara ngah cuti la katakan..so, saya plan nak penuhkan raya tahun ni dengan beraya bersama kawan-kawan..kebetulan pula pelajar2 mesir semuanya balik..wahhhhh..meriah la nanti..lama tak jumpa mereka..diperantauan katakan..:)))
biarpon rumah serba sederhana, namun ikatan ukhuwah luar biasa..hahahha..

insyaALLAH minggu depan akan beraya bersama sahabat handai..minggu ni..?? keluarga la..!! lagipula kebanyakan mereka semua masih beraya dikampung,.

moga raya anda juga meriah tahun ini... salam aidil fitri..maap zahir batin!!

sekian.. <3

Thursday 1 August 2013

rendang tok wan!! hmm~~

assalamualaikum =)

apa khabar semua..?? lama tak update disebabkan masalah internet. hmmm...tak sedar kita dah masuk 10 ramadhan yang terakhir kan!. :))).

ahh..pada waktu-waktu begini,pastinya ada sebahagian suri rumah atau sahabat-sahabat yang dah mulakan "projek raya" kan..??begitu juga lah saya..nak-nak pulak saya dah tak kerja sekarang.hmm..rindu pulak student2 kat sekolah tu..tapi minggu lepas sempat jumpa mereka dan ikuti majlis khatam quran sekolah tersebut. tapi minggu ni tak sempat lagi.

Almaklumlah disebabkan saya sorang je yang bercuti sekarang ni, so jadual 'projek raya" tu padat sikit la. rasanya kalau disenarai..memang panjang lah!!.untuk permulaan ni..saya mulakan dengan lap tingkap.hmmm..lemah rasa bila cakap pasal tingkap ni sebab tingkap rumah tu leceh sikit. kalau nak cuci,  satu tingkap take time 1/2 jam..tak caya..? jemput lah datang rumah..hehehhe..

so, hari ni nak habaq mai al-kisah projek raya kali ini. sepanjang 2 hari melaksanakan projek ni, semalam lah yang agak mencabar sedikit..hahahha.,.tak lah mencabar mana pun, cuma rasa pelik sikit. yelah..memang lah waktu petang-petang bulan ramadhan ni penat, tapi penat semalam ni agak luar biasa sedikit..penat sangat!

jam 10 pagi, saya mulakan operasi mengelap tingkap sampailah pukul 2 petang selesai solat zohor, saya sambung semula lap tingkap.cuaca tak lah panas sangat, tak pula sejuk.tapi bahang kepenatan tu amat terasa la..walauapa pun tetap ku gagahkan diri dan kumpul segala kudrat untuk cuci tingkap tu.kalau tak, bila lah nak siap!! bahagian lain banyak lagi..nak mop lantai lagi, lap kipas, cuci longkang..sume tu perlu disiapkan mengikut jadual. hehehhe..(kang ada jugak pagi raya kene plak cuci parking macam 2 tahun lepas)

nak jadikan cerita,pukul 6 petang saya berhenti mengelap. masuk dalam rumah, alamak! semua tidur..(selalunya mama jarang tidur lepas balik kerja, juz duduk kejap pastu terus pergi dapur). pergghhh! gelabah gile time tu. mana tak nya, dah pukul 6, tapi apa pon tak masak lagi untuk berbuka. nak makan apa maaaa???~~

so, dalam kelam-kabut tu, saya bukak la resepi rendang kawan saya beri tu. disebabkan bahan dan cara masaknya mudah, menu tu saya pilih jadi lauk berbuka.

Selesai solat asar, adik pergi ke kedai beli ayam dan bahan-bahan lain. saya.?? terus jelah ke dapur siapkan bahan tumisannya..nasibla kesemua bahan menu tersebut, kebetulan ada kat rumah. mama yang baru terjaga tanya "sempat ke nak masak? dah tinggal 1/2 jam??"..ntahla..dengan kompiden saya jawab.. sempat!. pastu adik pulak datang tanya soalan yang sama..waaaaaaa.."ped up pulak rasa"..tapi still buat-buat konfiden! keyakinan diri tu penting maa~~

sementara menunggu tu, saya tumis dulu bahan-bahan tersebut. sukatan main taram je..tak sempat nak fikir,congak,tambah,tolak,. semuanya main campak-campak je orang kata.hehehhe

adik balik, terus basuh ayam tu..pakat amik jela bahagian yang agak-agak cepat sikit masak.hehhehe.. time ni skill di dapur sangat la penting. dua kerja dalam satu!! itu yang perlu dilakukan..sebelah kanan masak ayam.sebelah kiri lak tumis bawang,mama nak masak sayur,

lewat sikit lah masak, 5 minit lepas azan baru makan nasi..tunggu ayam masak punyer pasal..hehehhe...alhamdulilah..ada rezeki jugak hari tu..walaupon lauk berbuka hari tu simple je (nasi, ayam dan sayur sawi) tetap bersyukur!! dan paling seronoknya, rendang yang dimasak tu menjadi..rasa semuanya ok!!tak lebih terkurang atau terlebih..just nice!!

ah..menu ni sangat la simple dan sesuai dimasak terutama pada waktu-waktu beginilah..so, disini saya kongsikan bahan-bahan nyer..

1/2 ekor ayam
*2 bawang besar
*4 bawang putih
*4 bawang merah
*3 serai
*2 cili besar
*1 inci halia
*3 inci kunyit hidup
*cili kering/cili giling (agak-agak jelah)

*blander sume bahan ni.

garam
gula
susu pekat manis.

cara masak.

blander sume bahan yang bertanda*..tumis sampai naik bau/ pecah minyak, pastu masukkan ayam.masukkan air sedikit(agak2 untuk empukkan ayam) masukkan gula,garam,susu pekat manis.rasa lebih manis sedikit tapi ikutla,kalau tak nak pun tak mengapa.agak-agak dah masak dan kuah pekat..siap!!

boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning ataupun roti..bahkan nak makan saje pon boleh~

masakan ini sejenis rendang tapi tak guna santan atau kelapa. satu-satunya rendang yang tak muak sebab saya tak suka sangat makanan yang ada santan dan kelapa..hehehe..boleh cuba untuk raya nanti..:)))

so, selamat mencuba..;)))

sekian!