Tuesday 23 July 2013

nilai sepuluh sen~

assalamualaiku =)

selamat pagi semua.. :)

ceria-ceriakan hari anda..pagi ini terbaca satu kisah yang dipost oleh salah seorang friends fb saya..saya rasa mungkin ada sebahgian sudah membaca kesah ini, sebahagian belum..apa pun ia sesuatu yang sangat berharga untuk dikongsi dan direnung dalam hidup ini..

meh saya beri copy untuk titipan anda..

"Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."


Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.


Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.


Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.


Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka."


atau anda boleh melihatnya sendiri di https://www.facebook.com/photo.

yup..tak dinafikan banyak kisah2 yang diketengahkan berkaitan pengorbanan ibu bapa..namun sebanyak itu jugalah kisah-kisah menyayat hati berkaitan perlakuan anak-anak terhadap ibu bapa dipapar saban hari.

kadang kala kita rasa mudah, nak apa-apa minta duit, nak itu senang, nak ini senang..sehingga kadang-kala kita alpa dan sombong dengan kesenangan yang diberikan..

mungkin ada sebahagian sahabat atau anak muda diluar sana yang bekerja,so dapat merasa sedikit kesusahan untuk mencari nilai sepuluh sen katanya. Namun,cukupkah semua itu untuk merasakan kesusahan dan keperitan yang mereka tanggung selama ini..????

ada juga segelintir yang bekerja untuk mendapatkan sesuatu kehendak diri dengan mengunakan hasil titik peluh sendiri. yes!!tak dinafikan semua itu adalah permulaan yang baik untuk mengenal jerih perih kehidupan dan menambah pengalaman hidup, namun tetap tidak mampu juga disamakan dengan kepenatan ibu bapa kita bekerja seharian demi sesuap nasi untuk anak-anak. tak caye..?? cer gaji yang anda dapat tu, anda guna untuk keperluan rumah dan adik-adik..??ahhhhh... pikio2 la sendiri..jangan heran kalau ramai yang berat nak menghulur~~hmm..mak ayah kita bersusah payah untuk memenuhi semua keperluan tu sampaikan kadang-kadang tak de satu sen pun untuk diri mereka sendiri.

p/s untuk anak-anak diluar sana bahkan diri ini sendiri..hargailah 'anugerah terindah' ini dengan baik selagi mereka ada disisi anda.

ahhh...jangan terlalu sombong dan merasa dewasa bahwa anda mampu berdikari dan mencari duit sendiri..
no..no..no...kalau anda fikir macam tu, anda salah besar!!

renung-renungkan dan selamat beramal..

sekian.. :)

Monday 22 July 2013

cermin kehidupan...

assalamualaikum=)

apa kabar semua..?? selamat malam..
sebelum mata ini dipejamkan..sempat menyinggah beberapa blog sahabat-sahabat seru, Alhamdulilah..banyak manfaat yang dapat dikongsi bahkan ada sebahagian yang memuhasabahkan diri.. :)

antara yang menjadi tajuk utama sekarang adalah keputusan semesta lepas.. tahniah diucapkan pada yang berjaya.dan yang kurang berjaya..insyaAllah..cuba lagi.. :)

tak kira lah mereka berjaya atau turun sedikit pointer tu, kedua-duanya membuka mata saya tentang sesuatu kejayaan dan reliti kehidupan.. secara peribadinya, saya tertarik dengan kata-kata sahabat seru, ziela.. dimana beliau menyatakan kesukaran untuk memujuk hati sendiri itu lebih dibandingkan memujuk orang lain. saya sendiri tak mampu menafikan kenyataan itu.. sangat sukar bila kita sendiri yang merasakannya berbanding kita melihat orang lain yang menanggung.

saya memerhatikan sekeliling..mengimbas kembali dan membiarkan fikiran ini melayang sejenak, untuk beberapa ketika ini, saya banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada pelajar yang memerlukan. Meleraikan sedikit perasaan mereka menghadapi ujian dan peperiksaan yang kian menjelang..namun, apakah saya juga mampu memotivasikan diri bila saya kembali ke medan 'perjuangan' saya semula..??

takjub bilamana membaca post yang baru ditulis oleh kak atiqah zakariah http://atikahzakaria91.blogspot.com/2013/07/seperti-melihat-pelangi. ...melihat kesungguhan beliau memastikan subjek tersebut lulus sangat membuat saya terharu.. sedangkan saya terasa diri ini agak lalai dalam menghadapi peperiksaan sem lepas. alhamdulilah semua subjek yang masuk poiter lulus..cuma hafazan saya sahaja.walaupon subjek ini tidak menjejaskan poiter langsung..namun bagi saya ia memberi kesan yang mendalam.sikap tidak terlalu serius terhadap subjek ini sangat memakan diri sendiri. seperti ziela, saya juga mengambil masa agak lama untuk tenangkan diri terima kenyataan ini.

Namun, saya menerimanya dengan hati terbuka apa yang saya dapati..setakat yang saya usaha, itulah hasil yang dapat. moga sem akan datang ini dapat dihadapi dengan lebih tabah dan menjejak semula tangga kejayaan..!!

fighting2!!

kepada mereka yang menghadapi peperiksaan,..semoga berjaya..! :)))

lastly..selamat malam dan selamat menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya..

sekian....

Sunday 21 July 2013

selesai sudah..tima kasih atas pengalaman ini!!

assalamualaikum..=)

Hari ini tamatla saya bekerja di sir ar-razi. kebetulan pula tidak berapa sihat. Alhamdulilah, saya sakit minggu ini, kerana sukar seandainya diberi sakit sepanjang tempoh mengajar. tak dinafikan agak kekok sebenarnya bila tak lagi pergi sekolah..terkenang kembali saat mengajar, pastinya waktu ini saya sudah berada didalam kelas. melihat mereka menempuh ujian minggu ini..

rindu dengan gelagat dan telatah mereka yang meriangkan..walau apa pon, syukur sangat diberi kesempatan ini bersama mereka walaupun sebentar.. hari saya terasa sangat terisi bila melihat mereka.

hari terakhir bersama mereka, saya gunakan peluang sebaiknya, terdapat juga sebahagian kelas, dengan kesempatan yang ada saya gunakan untuk merakam kenangan kami bersama. kebetulan pula subjek yang diajar tu pulak mudah..subjek khat..

dalam kesempatan itu, saya dapat mengisi waktu untuk relief ustazah mazroha kelas 6A. kesempatan yang sangat saya nantikan. betapa saya rindukan mereka yang saya pernah mengajar suatu ketika dahulu,hmmm...nak mengajar pon saya tak tahu silibus, ada masa dalam 1/2 jam.. jadi saya gunakan untuk ambil gambar dengan mereka.. yang paling best,,ahhh!! akhirnya dapat jugak bergambar dengan ketua dan penolong pengawas..disebabkan dorang tahun 6, sukarla nak amik gambar dengan dorang,kecuali ada kesempatan macamni..huahuhua..<sebenarnya suka tengok dorang pakai blazer tu>.. nampak kemas dan lawa sangat!!! suke2!!..saya memang pantang tengok orang pakai kasual ni.. sangat suka!! smaaaaaaarrrrrttttt sangat!!
:)

kelas terakhir saya adalah mengajar subjek jawi di kelas 2B.. saya tak ambil mudah sebab bagi saya subjek ini penting pada mereka, saya mengajar seperti biasa. .Berkisar pasal kelas 2B ini, terutama dua pelajar ini, shafie dan aiman. mungkin bagi sebahagian guru mengatakan mereka ini antara pelajar lemah dan bermasalah kerana kebanyakan kerja tidak siap. buku agak berterabur dan pastinya tak tahu mengeja itu perkara biasa.

namun,Alhamdulilah, mereka buat kerja dengan baik.. pada saya, walaupun mereka ini nakal..tapi alhamdulilah Allah lembutkan hati mereka.mereka mudah mendengar cakap. Sepanjang saya mengajar ini, kesemua kerja yang diberi, mereka dapat menyiapkannya..bahkan mereka mampu menulis dengan cepat. tiap hari saya dapati perubahan dari segi penulisan mereka. dibandingkan dari hari pertama saya mengajar, mereka menulis dengan laju pada hari terakhir saya mengajar. bentuk tulisan mereka juga ada sedikit peningkatan..:) well done my student!! <3

perkara yang mencuit hati saya dalam pengalaman saya mengajar, bila ada sebahagian student mengadu" cikgu, kalau shafie dengan cikgu je dia tulis laju, dengan cikgu lain susah gila nak siapkan!!" hahahha..saya hanya balas dengan senyuman.. bagi saya itu semua peranan psikologi kanak-kanak. kalau kita boleh ambil hati mereka, tak susah untuk menyuruh mereka belajar.. :)

mama saya selalu kata, walaupun pelajar kelas akhir ini agak lambat dari kelas yang awal, tapi mereka lah paling aktif jika belajar, selalu tanya. jadi semua itu saya jadikan inspirasi untuk mengajar mereka. lagipula.. mereka ini bukan lah tak boleh langsung..mungkin pada tahap ini mereka lemah, namun siapa  tahu mereka akan jadi orang paling berjaya suatu hari kelak..?? pada saya, mereka ini seperti bayangan saya ketika kecil.. saya juga seperti mereka.. jika terkenang kembali suatu ketika dulu,pastinya saya tak pernah terpikir dapat menjejak kaki di U.. kerana ketika itu, saya dilihat antara pelajar yang tiada harapan..

pada saya, ada sedikit kepuasan dihati bila lihat mereka mampu mengeja beberapa perkataan jawi yang saya ajar terutama shafie..  peningkatan yang ada pada mereka walaupon sedikit itu cukup membuat saya terharu..moga mereka terus berjaya kelak..:)

1/2 jam sebelum balik, kami diminta menyusun kedudukan meja untuk persedian ujian pada minggu ini. selesai mengemas, saya minta mereka duduk ditempat masing-masing.. ketika tu mula sesi nasihat-menasihati..hahhahha..biasa lah..dah nama pun guru. kalau tak berleter sikit tu tak sah la..huahahua.. kesempatan tu saya mohon maap atas segala kekuarang kesilapan dan apa2 yang sepatutnya lah..mereka agak terkejut hari tersebut adalah hari last saya..ehhehe..

tamat sesi persekolahan,, seperti biasa, guru-guru bertadarus.. bersemangat guru-guru bertadarus sebab majlis khatam quran tu jumaat ni (26/7/2013).. pastinya saya tak terlepas bertadarus untuk terakhir kalinya bersama mereka..:)

selesai tadarus, mengadap guru besar..rupanya ada sedikt cenderahati dari pihak sekolah.. berupa baju raya dan tudung,pastu ambil gaji..:)

saya pulang lewat hari tersebut,,yelah,.kena lah kemas meja tu..selesaikan apa yang patut..nanti cikgu asal nak datang pulak... semua buku saya susun dan tanda semampu mungkin..disebabkan saya dah menanda buku tersebut dari hari-hari sebelumnya, tak lah banyak sangat nak menanda..cuma untuk subjek jawi 2A saya tak sempat nak tanda semua nya.. selesai tu, saya titipkan surat buat kak syikin.. mohon maap dan minta halal sepanjang saya mengantikan beliau...

sebelum balik, sempat saya melihat sekeliling buat kali terakhirnya..

rindunya~

thank to Allah..berikan saya kesempatan ini..

terima kasih semua atas pengalaman ini..............!!!!!..<3

sekian...


Thursday 18 July 2013

;)

Assalamualaikum.=)))

Ok...pengalaman hari ni sangat mencabar jiwa saya..tak da mencabar dengan aktivti saya..cuma pada emosi sahaja..hehehe..

Awal pagi tadi hujan renyai, jadi saya datang lewat sedikit sebab tak boleh nak bawak moto laju-laju sangat..kang tak pasal-pasal bukan sampai ke sekolah..lepas hantar adik di depan sekolah SRA Meru, saya terus bergegas ke tempat kerja.

huhhh..hehhehe..guru besar tak ada..agak kelam-kabut sikit la sebab saya tak sempat lagi nak rapikan pakaian.. setelah selesai..macam biasa, saya akan bersalaman dengan semua guru-guru yang ada kat situ..hehhe...rasa macam tak sempurna hari tanpa menyapa mereka.

tapi hari ni rasaya saya tak berapa ceria sangat..sikap saya lebih serius sedikit..hmmm..mybe sebab esok hari last..banyak perkara saya kene selesaikan sebelum hari saya berakhir. Pagi tersebut, saya berdiri di luar..memantau para pelajar.. <satu suasana yang akan saya rindukan nanti> .. hehehe

pengalaman hari ni dimulakan dengan esakan seorang murid tahun 2B time nak berhimpun tu..katanya dia tak nak datang sekolah..hehehe..lagipula  manja budaknya..anak last..lelaki..kakak dia darjah 5.. tak nafikan la..budaknya hensem!! hehehhe..tapi biasalah..kanak-kanak..mula-mula saya try pujuk kat situ juga, tapi disebabkan banyak mata-mata yang memerhati..so, saya bawakla pelajar tu ke depan bilik guru..kak norliza (guru kelas pelajar tersebut) sambung pujuk dia.. last2 kalau tak silap saya, dia di hantar pada kakak dia lah..masuk kelas darjah 5..tak kesahla..asalkan dia diam dan tak sibuk2 nak balik rumah...susah oooo nak handle..!!

ahh...semalam ada seorang guru masuk menggantikan ustaz faris yang terpaksa berhenti disebabkan masalah kesihatan. nama dia kak aisyah..ntah macamna, saya rasa agak akrab dengan beliau.. walaupon hari ni adalah hari ke-2 beliau..tapi kami selesa bersama, rasa macam dah lama kenal..hehhe,,, kami sama-sama memantau pelajar-pelajar berhimpun.

hari ini saya tidak mengajar subjek yang terlalu susah.. sekadar untuk mengulangkaji untuk periksa minggu depan..lagipula sebahagian pelajaran mereka telah habis silibus..

perkara menjengkilkan bila waktu kelas darjah 2A.. saya nampak pelajar yang kene denda di luar kelas tersebut..so, saya ingat ada lah guru dalam bilik darjah tersebut..saya duk perhatikan je.. tapi makin pelik bila 1/2 jam berlalu.. kebetulan kak linda melewati tempat tersebut.bila saya tanya ada guru ke tidak, dia kata tidak la pulak..hmmm..abis la..masa dah tinggal 15 minit,..nak mengajar apa..???

saya masuk buat muka garang (hehehehhe..poyo je sebenarnya)..saja nak gertak.!!!.dan  "basuh"  dorang betul-betul orang kata.. :) yela...jangan naik minyak sangat..!!!hmm...semua diam..terkebil2..
alahai siannya..~~

Disebabkan diorang di kelas A..agak taat sedikit la..saya mula kendurkan nada saya..saya suruh beratur.. ceh, macam suruh buat apa je..nasibla dorang ikut cakap..tak bising sangat..<sebenarya nak atur dorang untuk ambil gambar je pon>>> hehehhe...

yelah..mana taknya, kalau dorang bising-bising..pastu kelas tu jadi tumpuan..habis la saya.. dah main curi2 amik gambar..nasib MLP tak melawat sekolah time tu.lau tak., habisla saya..hewhewhwehweee...

mereka nampak gembira walaupun kene marah tadi...biasalah budak2..gambar2 tu saya tak uplode lagi..inshaAllah dimasa akan datang.. :)

sekian...

Tuesday 16 July 2013

Ar-razi

Assalamualaikum.=)

Alhamdulilah..dah masuk 6 hari kita dalam bulan ramadhan. begitu pantas masa berlalu. begitu jualah pengalaman yang dilalui..terlalu banyak rasanya yang ingin dikongsikan..

pejam celik,ternyata...saya telah melalui 3 minggu saya itu.. minggu ini, adalah minggu terakhir ku di SIR Ar-Razi. tinggal sisa 4 hari lagi bersama mereka.. <3

Sepanjang seminggu yang lepas..ternyata banyak perkara yang saya temui dan kagum dengan apa yang saya alami.. Tiap pagi isnin- jumaat pelajar2 akan diminta beratur dan berhimpun sebentar sebelum sesi pembelajaran bermula. disini..tiap selasa dan rabu akan diadakan sesi Iqra' dan khamis-jumaat adalah sesi hafazan. saya menggantikan ustazah syikin, dimana beliau mentaksir pelajar2 dalam tahap iqra' 5...

Ini kali pertama saya menyemak bacaan pelajar selain iqra' 1,2, dan 3.. sangat seronok!! hehehe.. lancarnya mereka membaca.. Alangkah kagum dan segan terhadap mereka..Semakin saya perhatikan, kanak-kanak ini sangat unik.. kadang-kadang kita terfikir, bagaimana mereka boleh pandai?? bagaimana mereka mampu menguasai ilmu..???.. saya sering kali perhatikan pelajar-pelajar sewaktu perhimpunan..dari darjah satu hinggalah 6.. bila lihat pelajar tahap 1 (tahun 1-3)..hmmm..nampak suci sangat..seolah-olah mereka tidak kenal akan dunia.. bila lihat tahap 2 (tahun 4-6)..wow..hebat2 mereka ini.. dengan sebahagian barisan pengawas dan pelajar2 pintar..

Ada sekali saya tanya rakan sekerja saya..(kak maz..antara guru lama di sekolah tersebut.. saya rapat dengan beliau.. seronok rasanya dengan beliau..walaupon jarak kami agak jauh sedikit..tapi saya rasa sangat selesa dengan beliau.). saya tanya "akak..macamna ea diorang ni boleh bijak-bijak?? kalau masa darjah 1-3 tu, macam paham tak paham je orang ajar..? "ntahla yani, akak pun pelik juga, dorang ni macam tiba-tiba je pandai"..hahhaha..tu lah antara jawapan beliau..

yup..bila kita fikirkan,ia agak unik sedikit..pada saya, berbanding peljar pintar yang dewasa, kita dapat lihat usaha mereka untuk memahami sesuatu pelajaran, namun kanak-kanak ini, sikap mereka yang happy go lucky but still menyengat kot~!! result keluar~!! perghhhhhh~!!

disebabkan saya suka melayan budak-budak ni, bila ada waktu, saya akan 'lepak" sebentar dengan mereka.. so dikesempatan itu saya tanya la, "awak ada ambil tuisyen???".. "tak"..."abis,awak selalu study ke kat uma??".."tak lah. saya buat keje uma kalau ada je,tu pun kalau ummi suruh"..
hmm..mungkinla kita kata memang ada pelajar pintar di dunia ini, study sikit tapi result gempak..namun,jika kita lihat kebanyakkan murid2 sekolah rendah seperti itu.. walaupun tak semua mereka 'pintar" seperti itu..namun tetap mampu kuasai pelajaran.

perkara ke-2 bagi saya sebagai pengalaman yang amat berharga adalah berkaitan subjek yang saya ajar. saya akui, saya sendiri sukar untuk kuasai tulisan jawi sebaiknya.. nak-nak pula, sekarang tulisan jawi kini berlaku beberapa transfomasi dalam kaedah ejaan tersebut. perghhh~!! lagilah susah..ketika tu terasa.."macamna lah nak ajar..??'

Alhamdulilah..semua guru-guru di situ sangat sporting.. saya banyak bertanya pada mereka berkaitan perkataan yang saya keliru or tak pasti ejaanya. Walaupun pada awalnya, saya ragu-ragu nak tanya apatah lagi dengan guru-guru baru. tapi bila dah tanya..hehehhe.. seronok pula dengar penerangan mereka..hehhe..

bersempena ramadhan ni, setelah tamat sesi PNP, para guru akan bertadarus dan melaksanakan solat zuhur berjemaah.. saya agak sukar untuk on time la sebab kebanyakkan kelas saya dihujung-hujung semuanya..selalu la telajak jugak..ehhehe..mana tak nya..pelajar sekolah rendah memerlukan waktu yang lebih untuk menulis..

yang seronoknya, sepanjang ramadhan ini, dapat balik cepat..hehehe..dalam pukul 2 dah boleh balik.. <3

ahhh...banyak lagi perkara ingin dikongsikan..insyaAllah saya sambung dientri yang lain. =)))

sekian...

Saturday 6 July 2013

welcome... :))

Assalamualaikum.. =))))

apa kabar semua.. tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang barakah.. sepanjang persiapan itu juga saya melihat ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil kesempatan ini mengadakan kenduri arwah dan sebagainya..

Alhamdulilah, selesai hari ini kenduri bersempena arwah,pindah rumah dan hari jadi mak cik saya yang ke-31 yang dilaksanakan di rumah nenek saya di meru..tak jauh pun dari rumah saya.. :)).. Kenduri ini dalam kalangan ahli keluarga sahaja, Asalnya jamuan ini diadakan bersempena keluarga mak cik saya yang baru pindah masuk ke rumah nenek dalam minggu ini. kiranya selepas ini, mereka akan tinggal dengan nenek.. Setelah keputusan diambil dalam majlis syura antara adik beradik mama, so, mak cik saya lah yang akan tinggal di rumah tersebut..

pada saya ok juga.. selepas ini, nenek tidak lah kesunyian.:)) .. Dalam pada itu, majlis ini juga diserikan dengan sambutan hari jadi mak cik saya yang ke-31.. ntah mengapa, tetiba atuk tanya saya pasal kek semalam. bila saya tanya kembali, rupanya mak cik saya teringgin nak potong kek.. mak cik saya sorang yang special.. downsindrom..kerana itu, perangainya seperti kanak-kanak, selama ini kami tidak menyambut pun hari jadi beliau..almaklumlah.. orang tua-tua mana sibuk sangat nak menyambut bezday ni, kami pula tak tahu bila dia lahir..hanya atuk dan nenek sahaja yang tahu.that why kami tak pernah sambut.. sian pula..

so, atuk minta saya belikan 2 biji kek sebab ramai yang datang malam ni. pada jam 2 petang tadi saya bergegas pergi ke kedai kek..takut pula stok habis kan, saya pilih kek pandan dan moist coklat.. dua perisa kek yang berlainan. yelah.. saya pon tak berapa berkenan sangat dengan kek moist coklat apatah lagi orang dewasa.. cepat muak la..kalau budak2 ea lah suka sangat ..tapi boleh je makan..saya telan je..ngee. :) ..

majlis dimulakan dengan baca yassin dan doa arwah,. banyak makanan terhidang.. pihak mak cik dan mama hanya masak nasi ambeng dan nasi lemak..selebihnya di belanja olehh adik-beradik mama yang lain.. antara menu lain yang ada tadi antaranya adalah satay,popia fishball dan roti jala..

Selesai makan, kami lepak-lepak sebentar.. sepupu saya menarik saya ke dalam bilik, banyak yang kami borakkan..lama tak jumpa lah katakan.. cuma yang agak kelakar bagi saya, antara kami, saya lah paling tua.. hehe..mereka baru berumur 13 dan 16 tahun..hahha.. tapi disebabkan tubuh saya tk besar sangat..so bila saya berkumpul dengan mereka tak nampak sangatla..nampak sebaya je,,ngee :)

 Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan rasuk-merasuk ni.. sepupu saya yang 16 tahun tu mengalami kejadian aneh dan dia agak trauma dengan apa yang berlaku.. katanya..dia menemankan kawannya yang pening kepala..bila dia sedar kawannya dirasuk dia sangat takut dan menangis sepuasnya.. punyalah trauma..dia tak boleh berenggang dengan orang.. mesti kene ada orang disisinya..
tak mengapalah..moga dia dapat mengatasi perasaannya walaupun mengambil tempoh yang lama.

perbincangan kami terhenti apabila sepupu saya yang 13 tahun tu kene balik, mama saya pun panggil saya untuk pulang.. almaklumlah., mereka dah kene balik asrama semula esok..sebab tu ramai yang tak tidur di rumah nenek.. kebetulan rumah pak cik2 pula sekitar selangor sahaja..so, boleh balik malam ini juga,, mama saya pula da mengantuk. tepat jam 11.30 malam kami berangkat pulang..

:))))))

sekian,...

Friday 5 July 2013

luv u all

Assalamualaikum =)

Alhamdulilah.. selesai kerja hari ini. pengalaman kerja yang mengujakan dan memenatkan. Tengahari tadi sempat menjenguk salah seorang guru yang cuti bersalin di sekolah tersebut. Saya dikhabarkan selepas selesai kelas terakhir, mereka akan melawat kak syikin dan bayi beliau lepas sesi persekolahan.

Pada mulanya saya memang tak kenal siapa dia kak syikin tu, tapi bagi saya, apa salahnya saya berkenalan dengan semua para guru SIR Ar-Razi, lagipula sebelum ini, rakan sekerja saya yang lain kesemuanya dah pindah serta menyambung pelajaran. Maka, kebanyakan guru-guru yang ada sekarang adalah guru baru.

Sepanjang minggu ini saya mengajar BM, mengambil alih tugas cikgu Anis Suzeen yang telah berhenti serta akan melangsungkan pernikahan tak lama lagi. Namun, semasa mengajar kelas darjah 2B, nama saya dipanggil mengadap guru besar. huhhh.. apalah yang berlaku..tapi saya tenang sahaja..hehhehe..lagipun saya 'ngam' dengan guru besar tu. Beliau sporting je orangnya.

Ketika bertemu beliau, saya dimaklumkan supaya mengambil alih tugas cikgu Syikin yang sedang bercuti bersalin (mengajar jawi,khat dan Imlak), sementara tugas cikgu Anis akan diambil sepenuhnya oleh ustazah Liza. kiranya, Ustazah Liza adalah guru tetap bagi subjek tersebut selepas ini. hehehe.. fleksibel tak?? mengajar bermacam-macam subjek??..tapi satu jela subjek yang saya tak berani untuk mengajar.. BI..!!!! hehehe~~~

Panjang pula ceritanya, ahh.. sebenarnya nak cerita siapa kak Syikin tu, selepas saya jumpa dia..laaa... rupanya dia senior saya dulu. ketika saya tingkatan 2,beliau sedang SPM. Comel bayi beliau.. baby girl,

Pengalaman kali ini, sangat bermakna pada saya, dalam kerisauan dan keterujaan yang bercampur-baur dalam jiwa ini, saya dipertemukan semula senior-senior sekolah dahulu merangkap rakan sekerja saya kali ini. Ntah mengapa, sukar untuk saya menterjemahkan perasaan yang ada. Namun yang pasti, kerinduan dan kasih sayang memenuhi segenap ruang hati saya.

Rindu dan semakin rindu bila melihat wajah-wajah suci anak didik yang dahulunya kecil sahaja namun kini sudah besar-besar semuanya yang sedang meniti hari menghadapi UPSR dan PSRA yang bakal tiba nanti, wajah guru-guru senior yang pernah saya bekerja dahulu dan makin tersimpul kasih-sayang antara guru-guru yang baru ni. walaupon agak kekok kerana saya sebenarnya tak pandai sangat dalam bergaul dengan mereka yang lagi tua dari saya walau jarak hanya 2-3 tahun.hehehe...Namun, semua itu saya cuba tepis dan menyulam kasih-sayang  antara kami sepanjang 3 minggu ni.

Tiap hari, saya akan memandang mereka, Syukur.. Allah beri kesempatan ini. saya dapat melihat anak didik tersayang (yang dirindui 3 tahun lamanya) menghadapi tahun sukar mereka. walaupon saya tidak berkesempatan ada disisi mereka ketika waktu itu tiba, Namun, dapat melihat mereka belajar di tahun 6 sudah cukup buat saya.


Luv U all..


sekian...

first day

Alhamdulilah..

semalam merupakan hari pertama mengajar.. semuanya berjalan lancar, cuma agak kekok sedikit kerana semuanya serba baru, sistem baru, anak murid baru, guru baru dan macam-macam yang baru lah.hehhe~~

saya mulakan dengan mengajar pemahaman bagi darjah 2 dan 3.. seperti biasalah, kalau kelas pelajar 2A dan 3A ni, senang nak mengajar berbanding 2B dan 3B..almaklumlah pelajar pintar.. namun, tak semuanya pelajar 2B dan 3B lemah, mereka bijak sahaja, cuma tak berapa laju seperti rakan yang lain.. kalau yang lemah sungguh pun ada dalam 1-2 orang.. 

Dalam pembahagian tugas, kelas-kelas pintar ni, kami akan berikan kerja yang lebih sedikit kerana 'kelajuan" mereka. mereka ni tak boleh bagi sikit2.. siap komen cikgu lagi,bagi kerja sikit sangat.!! huh.. macam-macamlah.

Dalam ramai-ramai tu, ada seorang pelajar, punyalah nakal dan lemah. yang paling geram tu, susah sangat nak suruh menulis. Mula-mula saya biarkan sahaja dia duduk sendiri ditempat dia. Namun, akhirnya saya terpaksalah panggil ke hadapan supaya dia belatih menulis walaupun tak habiskan.

hari tersebut kebetulan jadual saya padat dan semua kelas yang saya mengajar saya masuk. jadi mudahlah saya nak perkenalkan diri dari hari pertama saya mengajar..hehehe

saya pulang dalam pukul 3 sebab kene datang sekolah semula pukul 6.30 petang kerana pada malam tersebut diadakan kem qiamulail khas untuk pelajar tahun 6. Namun, terdapat sebahagian tahun 5 yang join sekali. belajar qiamulail katanya..hehehe

Alhamdulilah, ramai ibu bapa yang menyumbang makanan untuk program tersebut. fuhhh~!! banyak sangat. ber'round' kami makan untuk habiskan makanan tersebut.Boleh dikatakan sepanjang program kami dok menyuap je.. :p

Saya bertugas menjaga pelajar semasa slot ujian kemahiran. Mereka perlu menjawab soalan selama 1/2 jam. soalan kesemuanya meliputi pelajaran UPSR dan PSRA. Dalam ramai-ramai tu, rupanya seorang pelajar perempuan masih belum masuk bilik ujian lagi. Dalam keadaan teresak-esak dia duduk dan menjawab. langsung tak padang orang..hmm.. tersentap den! hehehe..

tapi saya faham.Mungkin adalah tu nasihat dari mana-mana guru yang buat dia tersentuh sebab sebelum tu dorang ada sesi mohon maap pada semua guru.Beliau antara pelajar harapan dan rapat dengan saya dulu.tapi Saya biar je dia buat.. Sambil2 jaga  tu ambil gambar sikit la.hahahha...!Sebelum balik, saya jumpa semula pelajar tersebut.pujuk dan peluk dia..

Satu perkara yang saya tak pernah buat, stay kat sekolah dengan diorang..hehhehe.. sian lak,tapi nak buat macamna, kita ikut arahan.. ngeee :D

pelajar-pelajar perempuan tahun 2,3 n 4 (2010)


barisan pengawas sesi 2011



 
semasa sambutan maulidur rasul


sekian...

Wednesday 3 July 2013

hay semua!!

assalamualaikum =)

alhmdulilah dah hari keempat di kampung halaman.. sempat juga melawat blog-blog sahabat yang lain. seronok! banyak pengalaman mereka. masa yang terluang ini rasa ingin diisi dengan kerja. selain mengisi masa yang terluang dan mencari pengalaman baru dapat tambah duit poket jugak..ehhehehe..

so,saya mulakan pencarian tersebut dengan menelefon sekolah-sekolah..mana lah tau ada rezeki...hmmm...kenapa saya pilih pekerjaan guru?? sebab bagi saya sangat seronok dapat mendidik anak-anak muda ini mengenal dunia. mengenal mahalnya ilmu dan betapa seronoknya berilmu.hehehe.. lagipula bila jadi guru rasa macam buka buku la jugak..yelah..sebelum mengajar kena study dulu topik yang diajar.banyak persediaan kene buat tau. bukan main redah je. bak kata orang.."semua orang boleh belajar, tapi tidak semua mampu mengajar" sebab untuk membuat orang paham apa yang kita ingin sampaikan itu tidak semudah yang disangka taw!!.

Sepanjang dua hari ni dah telefon hampir 20 buah sekolah tapi kebanyakkannya tiada guru yang bercuti.. nak kerja jauh-jauh mama dan abah tak galakkan dan kenderaan pun tiada.. tak mengapa.. fighting2!!

ntah mengapa, terasa rindu sangat warga Sekolah Islam Al-farabi, Meru (sekarang ditukar ke SIR AR-Razi).. ah, sekolah ini, dulu saya pernah bekerja sebagai guru sementara sepanjang cuti lepas spm dulu. lebih-kurang 2-3 bulan juga la sebelum masuk UM nilam puri.

sangat rapat dengan pelajar-pelajar, masa tu ajar pelajar dari darjah dua hinggalah darjah 5. Lagipula, saya rasa mereka seperti adik-adik sendiri. seronok melayan kerenah mereka dan yang pasti pengalaman itu juga membuat seribu satu pengajaran buat diri saya. yelah..ketika itu kan masih muda lagi..mentah lagi. macam-macam lah saya 'cuba try test"...hahahhaha...

disebabkan saya denda mereka, tak pasal-pasal keluar memorendum "Perkara yang guru boleh buat dan tidak boleh pada pelajar"..hahahha.. kesemua guru dapat memorendum tersebut sebab kebetulan banyak guru sementara diambil ketika itu..ehehhehe..nakal tak..?? agak-agak kenapa guru besar keluarkan.?? motif utama tak tau lah..cuma yang pasti, saya la yang pencetusnya..hahhahaha..Tak cukup dengan tu, saya konon-kononnya nak buat sesi kaunseling sebentar la dengan budak-budak ni. memang la menjadi, semua termuhasabah, tapi masalahnya nagis berjam-jam..tu tak tahan.. hmm.. tobat.. sekali jah la buat.. tak buat lagi  dah.!!

keesokkan harinya, seorang pelajar tanya saya " cikgu, cikgu buat sesi muhasabah kat kelas 2A ea semalam, buatlah kat kami juga"..hmm...pastinya!! saya tak akan lakukan..hahahha.. dan macam-macam lagi lah yang berlaku.. dengan sikap kurang matangnya..

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  __ _ _ __ _ _ __ _ __ _ _ _ __ _ _ __ _ _ __ _ __ _ _ __ _ _ __ _ _ _ __ _ _ __

ahhahha.. tulah antara yang menjadi kenangan manis yang sangat dirindui saat ini. Sedar tak sedar dah tiga tahun tak berjumpa mereka. sangat rindukan mereka.

ingin bertemu mereka, tapi selama ni sangat lah segan.hehehe.. tapi ntah bagaimana, semalam saya rasa nekad untuk menelefon salah satu rakan sekerja di sekolah tersebut. cikgu Jamilah.. sangat penyayang orangnya..rasa tenang dengan beliau. rasa macam bersama ibu sendiri. beliau antara guru senior disekolah tersebut.

Maka, mencarilah semula diari lama..kot2 la jumpa mana-mana nombor yang boleh dihubungi. Alhamdulilah, Allah ilhamkan saya menulis nombor anak-anak murid di dalam dairi tersebut.Jadi, bila henset ini buat hal, tak ada masalah la nak cari balik nombor-nombor yang hilang.

saya minta nombor telefon melalui anak murid saya bernama Arfah..ehhehe..otai tak cikgu dia..hehehe.. nak dijadikan cerita. Kebetulan bila saya call cikgu jamilah dan bertanya khabar, dia tanya, "nani cuti sampai bila".."nani cuti dalam dua bulan lebih macam tu lah, awal bulan sembilan ni balik U" "ahh..datang la sekolah, bawak resume sekali sebab ada guru nak berhenti dalam masa 24 jam, guru yang ganti tu masuk 22 julai ini..kalau nak la, boleh la 3 minggu ganti."..

Alhamdulilah.. walaupon 3 minggu ia tetap menjadi kesempatan berharga untukku..hehehhe.. rindu sangat nak mengajar disana.. Terima Kasih dan Syukur atas kurniaannya..

Pagi tadi niat hanya nak jumpa, tak sangka rupanya saya dah kena lapor diri, disebabkan saya datang dah tengah hari maka esok lah saya akan mulakan kerja sebagai guru.hehehe..

Saya akan mengajar BM untuk pelajar tahun 2 dan 3.. dan sempat bawa buku-buku yang sepatutnya untuk study sikit pelajaran yang nak diajar esok.hmm.. agak rumit sikit lah sebab tak pernah mengajar subjek bahasa. berbanding dengan subjek diniah yang saya pernah mengajar sebelum ini, subjek bahasa agak kompleks kerana subjek ini tak ada selibus yang tetap. Tiap tajuk bersangkut-paut.but i'll try my best!

Sebelum balik,sempat juga berjumpa anak-anak murid..dah besar panjang semuanya..dulu ajar masih kecik-kecik darjah 3, sekarang dah darjah 6. tinggi pun hampir sama..

Semoga pengalaman kali ini memberi suatu yang lebih indah..hehehe..

nervous dan exited menanti esok!!

welcome to school..

=))))

sekian..