Wednesday 25 September 2013

DUHAI PELAJAR~~

Assalamualaikum...:)))

selamat malam semua..

sambil-sambil online malam ini, asalnya nak tengok info2 baru dalam facebook sebab sekarang kebanyakkan student send info by Fb sahaja..nak tak nak kene la rajin online (save credit gituu)..:)))

so..sedang bace2 notification tuu..ternaik la satu post yang membuka hati saya untuk berdiskusi tentang isu/perkara mahupun fenomena berkaitan realiti pelajar zaman ini.

walaupon perkara sebenar tidak diketahui jelas ceritanya apa, namun jelas menunjukkan kekecewaan mendalam dalam dirinya..

kebiadapan, kurang ajar mahupon kurang diajar semakin menjadi satu isu yang seolah-olah tiada penghujungnya dalam dunia pendidikan kala ini..

seringkali saya tertanya, jika seorang kanak-kanak itu degil atau sekali sekala agak mencabar kesabaran seorang guru,,kita akan sering memberi alasan, mereka masih mentah dan perlu bimbingan..bahkan ada yang menyatakan mereka melakukan perkara tersebut untuk mendapat perhatian (dari survay dan pemerhatian serta pembacaan larr..).

jika berbicara tentang guru, yup..kita tahu guru juga seorang manusia..dalam kesabarannya ada juga hadnya.malah menjadi tanggungjawabnya menegur jika terdapat kepincangan, kesalahan mahupun kekurang dalam sikap seorang pelajar tersebut..

tidak kurang pula dari pihak ibubapa..kasih sayang ibubapa yang ingin melihat kebahagian anaknya..


namun persoalannya adalah.. kenapa isu ini terlalu menjadi-jadi saban hari..sedangkan kita boleh lihat sejarah pendidikan sebelum ini..

kebiasaannya, kajian seringkali menyatakan bahawa sebarang perkara yang berlaku perlu dilihat dari pokok permasalahannya..mencari punca utamanya..

dalam ramai bersuara..banyak pihak saling menunding jari..ada yang menyalahkan ibubapa, guru bahkan pelajar tersebut..

maka..siapa yang bersalah.??

hmm.. dari pengamatan saya, saya tertanya, jika benar ibu bapa yang menjadi punca dengan alasan sayangkan anak. saya ingin sekali memutar masa atau imbas kembali suatu masa dimana mereka juga pernah digelar pelajar suatu masa dahulu.. apakah mereka tidak pernah ditegur malahan dipukul hanya kerana tidak buat kerja sekolah..??
saya yakin mereka tidak mampu untuk menafikan..sebab ketika itu suasa pendidikan sangat tegas dan mempunyai tujuan yang satu iaitu kejayaan sahsiah mahupon akademik..

dan, hari ini jelas cara itu berkesan hingga mereka berjaya menjadi seorang ahli perniagaan yg berjaya..seorang doktor yang pakar mahupon seorang menteri yang berwibawa..

namun, kenapa hari ini, sebahagian mereka juga yang terlalu membela anak-anak mereka sehinggakan hal remeh-temeh menjadi suatu yang tidak mampu dipertimbangkan oleh akal yang sihat..??

aneh sekali rasanya disitu..~~

dan apakah dengan 'kasih sayang' mereka itu dapat menjamin kebahagiaan dan kejayaan anak-anak kelak..??

apakah tindakan ibubapa dahulu yang turut merotan anak selepas ditegur oleh guru bukan merupakan tanda kasih sayang mereka pada anak2nya..??

ada sebahagian yang terlalu mengagungkan cara barat mendidik anak dengan alasan mengikut cara saidina Ali bin Abi Tholib dengan menjadi kawan kepada anak-anak~

yup..tapi ketahuila kebenaran sebenar dalam mendidik anak..dimana beliau sendiri menjadi seorang AYAH yang perlu dihormati oleh anaknya semasa anak-anak itu masih kecil dan menjadi seorang TEMAN bila anaknya meningkat remaja..

jika diamati perkara diatas, jelas sekali kepincangan barat dimana hanya mengamalkan cara "MENJADI TEMAN" kepada anak sewaktu bayi lagi..

kerana anak-anak perlu diajar dan dididik untuk menghormati ayah sebagai ibubapa seawal kelahirannya hinggala remaja..dan selepas perasaan hormat itu tersemat dihati, barulah didekati sebagai TEMAN diusia remaja kerana ketika itu anak-anak memerlukan seorang untuk berbicara~

inilah yang seringkali masyarakat terlepas pandang~

hmm...

tak dinafikan ada segolongan guru-guru yang tidak mengikut etika seorang guru hingga mencederakan pelajar dan berselindung dalam topeng "mendidik anak bangsa"..namun, bak kata orang..disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..

meski segolongan itu wujud namun tidak semua guru seperti itu..begitu juga ibu bapa..tak semua terlalu over macam tu..tidak kurang jugak masih ada pelajar yang baik akhlaknya..

walau kadangkala guru itu sikapnya rock n roll, bersahaja, sempoi..namun, hati seorang guru itu akan semakin lembut disemai benih kasih-sayang pada pelajar2nya.

jadi..
apakah sudah tiada bezanya antara mendidik. menegur, menzalimi mahupon menyakiti atas tindakkan seorang guru itu terhadap pelajarnya..?

maka, disini saya ingin membuka ruang diskusi..bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak..hanya ingin mencari jawapan kepada persoalan yang tiada terungkai..

diharap sahabat-sahabat mendapat manfaat dari post ini dan sama-sama kita mencari puncanya agar generasi akan datang tidak terus hanyut dan membina kekuatan wadah ilmu dengan bakal anak-anak kita yang soleh..inshaaAllah..

amin..

Tuesday 10 September 2013

6 sept 2013: pengiktirafan real sahabat seru

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)))))

selamat pagi semuanya.. harap ceria-ceria selalu. hari ni masuk hari ke 3 sem baru.. setakat ini memang agak sibuk untuk urusan penyusunan jadual waktu..hmmmm..ntahla agak berat sedikit sem ni..hahahha..but juz relex dan think positif!!!.. insyaAllah ada jalannya..

beberapa hari yang lepas akhirnya selamat ditabalkan sebagai REAL SAHABAT SERU 2012/2013. tak sangka dapat memberi komitmen pada program ini, kerana sebelum ini, rasanya diri ini tak suka sangat program yang perlu komitmen yang tinggi. Namun, ternyata program ini sangat menyeronokkan.

kami diminta bekumpul di pejabat SERU jam 2 petang pada 4/9/2013. selesai taklimat dari abang mirul, kami check in bilik kolej 2..hahaha..kali pertama masuk kolej 2.. best! bilik pon best! cuma nak memanjat bukit tu jah yang payoh sikit la.. lagi-lagi kalau kene pakai baju fomal dengan kasut tumit tu sekali..kui2..

kami tinggal di kk2 dalam 3 hari.. hari-hari di penuhi dengan aktiviti latihan/ reheasel untuk slot SERU pada hari jumaat (6/9/13).

banyak pengalaman-pengalaman baru dan kelakar bila difikirkan balik..sebab ada sebahagian sahabat or adik-adik yang ingat kami ni orang luar or  orang-orang yang bekerjaya..kui2..kalau la dorang tau kami ni pon pelajar UM..hahhaa..

Alhamdulilah berjalan lancar semuanya..walaupon tak dapat sarapan..kuikuikui..tugasan agihan survay form pon berjalan lancar walaupon pada awalnya agak kelam-kabut, tapi dipertengahan keadaan dapat dikawal juga...!

kek RSS..tq abang mirul n kak elin..<3



ahli kumpulan empayar puma!! berseta coach-kak tiqah malik

mengira borang survay form adik2..

bergambar sebelum masuk DTC..

segunung ucapan syabas dan terima kasih kepada semua ahli Empayar Puma khasnya dan coach- kak tika,kak inea dan arif..berjaya mendapat best coach, best group n best blog (faisal dan azila)..

welcome to adik-adik baru..join la RSS..!! 
memang superb~!!!

:))))))))))