Tuesday 29 July 2014

erti taqwa siri 2

assalamualaikum..

dah lama tak update..before kita cerita pengalaman2 baru sempena raya tahun ni.. nak sambung dulu entri lepas berkaitan erti taqwa..aritu juz cerita 1 kisah dari tazkirah yang disampaikan..

so.. hari saya nak habiskan kisah tersebut..

orite..

kisah ke-2 ini adalah berkaitan dengan seorang raja dan tukang kayu diraja..

"tukang kayu ini  sudah lama berkhidmat dengan raja.. hingga lah satu hari dia berasa ingin bersara dari perkerjaannya.. maka dia pon mengadap si raja..
"ampun tuanku, sesungguhnya patik telah lama berkhidmat dengan tuanku..maka saat ini, izinkan lah patik mengundur diri dari pekerjaan ini" kata si tukang kayu..

maka raja itu pon berkata "beta akan perkenankan hasrat tuan hamba setelah tuan hamba menunaikan satu syarat ini.. syaratnya ialah tuan hamba perlu membina satu rumah paling indah.. dari segala perkakas, peralatan dan seni bina yang cantik.soal duit atau bahan beta yang tanggung.."

maka si tukang kayu ni berdengus sendiri.. "apalah si raja, aku sudah ingin bersara..baru dia nak bina rumah la apa lah..hmm.. tak kesahla..asal aku buat sudahla.."

maka si tukang kayu itu pon binalah sebuah bangunan yang diperintahkan oleh raja.. namun kali ini dia hanya buat ala kadar sahaja, seni binanya juga mengunakan bahan yang biasa2 sahaja asalkan cepat siap untuk dia bersara..

maka..setelah beberapa waktu..dia mengadap si raja.. maka kata si raja "cepat pula tuan hamba bina..? maka..seperti janji beta.. beta perkenankan persaraan tuan hamba..dan sesungguhnya rumah yang tuan hamba bina itu sebagai hadiah dari beta untuk tuan hamba"..

maka saat itu, si tukang kayu berasa sungguh menyesal kerana buat sambil lewa.. seandainya dia buat bersungguh2.. pasti dia dapat miliki mahligai yang indah.."

dari kisah ini kita dapat ambil pengajaran sesungguhnya ibadah yang kita buat itu semua ganjarannya disisi Allah..kita tidak tahu apa yang akan DIA beri pada kita.. seandainya kita lakukan bersungguh2 dan dijanjikan menjadi milik kita..maka sesungguhnya kita adalah seorang yang beruntung.. seandainya dilakukan sambil lewa, maka jadilah kita seperti si tukang kayu diraja.

dari perkongsian ini.. diharap kita sama2 dapat ambil pengajaran dan berusaha untuk bersungguh2 dalam apa jua yang kita lakukan..

insyaAllah.. :D

selamat malam... <3

Friday 18 July 2014

kisah teladan.. (erti taqwa)

assalamualaikum...

kesempatan ini ingin membuat coretan sedikit untuk renungan bersama..

disini nak kongsi kisah dari tazkirah pendek yang saya dengar ketika solat terawih di surau aritu..

tazkirah pendek berkaitan TAQWA..

"tuan-tuan sekalian, saya diberi masa sebanyak 15 minit untuk slot tazkirah kita hari ini.. biasanya saya ceramah 40 minit ke atas.. jadi, menurut saya dalam jangka masa yang singkat ni peringatan yang berkesan adalah menerusi kisah-kisah teladan kerana agak sukar untuk saya beri ceramah sebab mukadimah jer dah panjang.. jadi hari ini. saya bawakan 2 kisah untuk kita sama-sama renungkan..

kisah pertama adalah pada zaman alexander the great..anda tahu siapa dia.?? pemimpin dua tanduk.. bukan dua tanduk tu.. maknanya pemimpin yang mampu menguasai timur dan barat..keagungan pemerintahan beliau sehingga mampu membuat tembok penghalang kepada yakjut dan makjut..
kisah ini apabila beliau dan para pengikutnya perlu berperang (tak ingat perang apa) .. maka Alexander telah memaklumkan mereka akan berperang..dan untuk ke kawasan peperangan tersebut..mereka akan melalui satu terowong yang dipenuhi dengan emas dan berlian.. maka tibalah hari yang dijanjikan..maka tentera ini berjalan mengikut Alexander.. sampaila mereka berhenti dihadapan gua tersebut.. maka mereka diarahkan masuk.. susasana dalam terowong tersebut sangat gelap..tiada satu cahaya pon.. ada sebahagian pengikut yang mengambil 1 batu dalam terowong tu..ada yang ambil dua..ada yang penuhkan satu baju..begitu jua ada yang tak ambil apa2 langsung..

mereka teruskan perjalanan hinggalah dihujung terowong tersebut, mereka terlihat cahaya yang sangat terang.. apabila keluar dari terowong tersebut..mereka melihat kembali batu yang mereka ambil sepanjang perjalanan tadi..alangkah terkejutnya bahawa ia benar-benar adalah emas..dan sesungguhnya Alaxander bercakap benar..maka yang ambil satu tadi tu pon menyesal sebab tak amik dua..yang ambil satu baju pon menyesah sebab tak ambil banyak2.. yang tak ambil langsung tu lagi la menyesal.."

Dari kisah ini, sejauh mana kita percaya dengan janji Allah..? begitu jua para tentera tadi sejauh mana mereka percaya kebenaran yang diutarakan oleh pemimpin mereka. sungguh mereka tdak tahu sebab sepanjang terowong itu gelap.. begitu lah analogi kehidupan kita..taqwa kita pada DIA..percaya sepenuh hati pada balasanNYA diakhirat..kita tidak tahu saat kita tersandung dan hikmah ujian Allah beri..segala yang Allah kurniakan hinggala dihujung hidup kita..maka sesungguhnya sudah terlewat jika kita sedar dihujung nafas kita nanti..

waalalhuaAllam..

selamat beramal.. :)

assalamualaikum..

akhir-akhir ini sering kita diberitakan dengan musibah-musibah yang melanda.. ALLAH..segalanya milik dia.. kepadanya dimohon segala kekuatan dan ketabahan.. moga ujian dan teguran ini sebagai kifarah bukan bala yang diturun dek dosa yang berpanjangan..

berita hangat terkini adalah kes MH17 yang terhempas di sempadan Rusia.. berita ini dikhabarkan oleh sahabat saya pagi tadi.. baru saya sedar..sudah lama rasanya saya tak tengok TV apatah lagi berita-berita terkini..

selepas pulang dari kelantan pada ramadhan ke-4 hari tu.. siang hari dipenuhi aktiviti mengemas rumah dan malam selepas pulang surau..terus terlena dek keletihan..terasa rindu sekali pengalaman ramadhan dan berterawih di masjid kelantan..sayu sangat hati..kerna itu,apabila balik ke meru semula..saya berazam rajinkan diri ke surau.. dan moga diri ini terus kuat untuk beristiqamah..

selepas telefon dimatikan segera laptop ini dicapai dan dibuka.. terlihat video yang sahabat post..cuma.. berita tu dalam rusia..tak la paham apa dia cakap..cuma saya amati rakaman video yang ada tu..

termenung sejenak.. tergiang-giang kata-kata sahabat saya "awak..lihat berita tentang pesawat MAS yang terhempas..ada 6 anak-beranak yang turut terkorban..sedih tengok saudara-saudara dia..buat saya terpikir wakk..tiap orang tu ada dugaan dan ujian dia tersendiri.. sejauh mana kita kuat untuk hadapi..sedangkan kita ini..bila berlaku dugaan terasa sedih sekali..padahal kat luar sana ramai lagi orang2 yang lagi susah ujiannya."

saya ingat kembali kata-kata mama sahabat saya tu.. dia selalu pesan "kita hidup ni sementara, kita tak tahu bila kita akan mati.. selalu oyak kat diri kita..buat ibadat sungguh2...mungkin ini ramadhn yg terakhir utk kte sblum kte di jemput illahi..."

moga hati kita terus teguh dalam mencari redhaNya..apa yang berlaku semalam sudah menjadi sejarah.. apa yang penting adalah hari ini yang kita sedang lalui dan pastinya hari esok seolah mimpi yang kita ingin lakarkan..sungguh manusia itu ada peluang.. peluang untuk menjadi lebih baik selagi nafas belum dihujung helaan.. 

selamat menjalani 10 malam terakhir ramadhan..!! :))))

sekian.. 

Saturday 26 April 2014

GAMBAR POLARIS'14



REPLIKA PLANET,AWAN DAN MATAHARI





ASTRORACE







CERAPAN MALAM (PLANET DAN BULAN)




MAJLIS PENUTUP








tulang belakang program (alifah ibtisam)


BERTOLAK KE UM
'













Friday 25 April 2014

POLARIS'14

ASSALAMUALAIKUM..

hari ini nak sembang sikit pasal program POLARIS'14...



arr.. apa tuu..??

POLARIS'14 singkatan untuk PROGRAM LATIHAN ILMIAH ASTRONOMI ISLAM yang telah berlangsung pada 18-19 april 2014 di SMKA wataniah,Besut,Terengganu.

program ni program fasiltator.. yang terlibat adalah budak tingkatan 4 sepenuhnya.. satu program mengabungkan antara fiqh dan astronomi. dalam program ni bukan sahaja pelajar didedahkan tentang smart solat bahkan dari segi pencarian kiblat, menghitung waktu solat dan mencerap bulan dan planet..
program yang bukan sahaja mendedahkan pelajar secara teori bahkan hampir 90% program ini adalah dalam bentuk praktikal or aplikasi..

teringat kembali saat peringkat pertama nak jalankan program ni..masa tu tertanya..mampukah diri ni nak teruskan..tak dinafikan sukar juga kita nak uruskan sorang2.. nak mulakan dan nak akhirkan itu bukan sesuatu yang mudah..

alhamdulilah..disebalik kesusahan itu, Allah kirimkan kekuatan untuk ku teruskan impian yang tertanam..ntahla.. masa awal nak buat program ni..tiada niat lain..juz nak share ilmu dengan masyarakat..

untuk pertama kalinya rasa kepayahan seorang bergelar pengarah program. semuanya tertanggung pada diri sendiri.. rasa juga nak down pada pertengahan..berkat pertolongan sahabat2 dan senior..alhamdulilah hati ini terus kuat untuk bermujahadah..

dengan bantuan seorang pelajar sekolah tu (dulu adik fasi saya jugak time program INDIKASI"12 kat sekolah tu) nama dia Alifah IBtisam.. masa tu saya juz cadangkan program ni kat beliau. dan minta program ni buat as program anjuran sekolah dan kami ini juz as team invited..

program ni berlangsung selama 2 hari jer.. asalnya nak buat 3 hari..tapi setelah ditimbang tara..kami sepakat buat dua hari..even 2 hari pon..sangat la padat modul2 yang berilmiah..

pagi tu kami terlewat..agak kalut rasanya.tapi alhamdulilah..semuanya dapat dikawal dan aktiviti dapat dilakukan seperti yang dirancang.

agak terharu dan kagum dengan pelajar2 ni..tak sangka dorang dapat buat modul yang kiranya pada saya, agak sukar juga la.. tapi ternyata mereka dapat buat dengan cemerlang sekali..

alhamdulilah..even penat sekalipon..terasa sangat puas bila kita dapat lakukan apa yang kita nak buat..betul lah orang kata..bila kita lakukan sesuatu yang kita minat..even sukar macamna pon kita akan cuba sedaya upaya kita..

apapon..sangat puas tengok dorang happy dengan program tu. :D




Friday 28 February 2014

usrah muzikal

Photo: Apa itu Usrah? Jeng..jeng..jeng..
Special For Muslimat Only ;)
Jumaat Malam 28/2/2014!!!

Usrah Muzikal, Penampilan khas daripada Salima AF :D
JOM!! Hadir ke majlis Ilmu.

Don't forget to save the date. Kita semua ada dating dengan kak Salima ^_^


Assalamualaikum..

Alhamdulilah..sekali lagi Allah memberi nikmat untuk mengisi masa yang ada dengan menghadiri kuliah ilmu.
sebentar tadi telah berlangsungnya satu program bertajuk usrah muzikal yang merupakan salah satu program yang disusun sepanjang minggu manifestasi islam di KK3.

program ini diadakan dalam bentuk santai dan panel jemputan adalah salimah AF.. mungkin ada sebahagian yang kenal beliau.. ada juga yang tidak.. :D

apapon itu tak penting..yang pentingnya adalah sikap dan isi yang dikongsikan sepanjang program. :D

Alhamdulilah..setakat feedback yang saya dengar..ramai yang suka dengan salimah kerana sikapnya yang sporting dan bersahaja dalam berkongsi pengalaman dengan para penonton. secara tak langsung,para penonton terbuka dalam menerima pulak...

so..dalam ceramah tersebut..beliau berkongsi serba ringkas berkaitan usrah.  pengalam beliau ke GAZA dan pengalamannya bertemu jodoh dengan suami beliau.. :D

selesai program..kami menjamah sedikit bihun yang telah disediakan oleh pihak penganjur..

alhamdulilah..

sekian..


Tuesday 25 February 2014

SEMBANG SELEBRITI

Assalamualaikum..



semalam bersamaan 24/2/2014.. saya dan jiran2 depan dan sebelah berkesempatan mengikuti majlis ilmu di KK 3 iaitu SEMBANG SELEBRITI.

majlis ni menampilkan bro sham dan kak heliza.. diserikan lagi dengan keletah moderator yang bersahaja dan kelakar sekali..

antara pengisian yang dikongsi oleh bro Sham terhadap soalan yang diajukan adalah, bagaimana bro Sham melihat suatu ujian itu as rahmat.  menurut bro Sham.. rahmat itu suatu perkara yang tidak dapat  dijangkau oleh akal fikiran..yang tidak boleh diterjemahkan melalui pacaindera.. kita pastinya akan merasa sangat sakit dan rasa tidak terdaya untuk melaluinya..sehinggala satu saat bilamana kita telah melepasinya pasti kita kan tersenyum dan bersyukur apabila kita mengenang kembali berapa kita berusaha untuk keluar darinya..

Pahala tidak dapat diukur dengan nilai mata wang..dan setiap ujian yang ada itu menunjukkan betapa Allah sangat sayang pada kita. 

sepanjang beliau nak berubah tu.. beliau berpegang pada kata2 punjaga bahawa "ujian ini diibaratkan seperti kita masuk kedalam gua.. gelap...hinggalah dipenghujung gua tersebut..dan kita kan bertemu dengan cahaya"..

begitu juga beliau berpesan bahawa.. jika kita inginkan kebaikan keatas orang..tidak perlu memaksa mereka.. berhemah dalam menasihati itu penting.. kita juz mengajak mereka kepada kebaikan..mana tahu dalam berjuta orang yang melihat status kita..akan ada seorang yang Allah detikkan hatinya untuk terinspirasi atas ajakan tersebut..

DISINI JUGA SAYA INGIN KONGSI  KATA2 SAHABAT YANG TURUT MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT.. (terharu dengan kata2nya)

SubhanaAllah,Alhamdulilah,Allahuakbar...DrpdNy kte dtng,dan kepadaNy juga kte kembali...Setinggi kesyukuran dipanjatkn pd Allah swt kerana masih lagi diberi kesemptn utk perbaiki kekurng diri dan juga masih lagi diberi nikmat yg terbesar yg kdng2 mungkin kte lupa atau buat2 lupa iaitu nikmat iman dan islam yg xsemua orng dpt...Alhamdulilah,dipermudhkn jln...didorngkn hati dan digerakkn anggota bdn utk ke suatu majlis ilmu yg insyaAllah merupakn suatu persiapan atau bekalan yg mana xsemua orng berkejar2 utk mempersiapkn diri menghadapi hari yg tidak dpt tidak...suatu hari pasti akn tbe gilirn kte...iaitu kematian...disni sekadar ingin memberi sedikit perkongsian yg insyaAllah...blh sme2 kte fikirkn utk menjalani kehidupan yg lebih bermakna selepas ini... ''Ujian itu Rahmat"...Ujian itu hadir dlm pelbagai rupa dn bentuk...ujian harta,anak2,kesihatan dan bermcm2 lagi...Selalu...ble berckp bab ujian...yg terlintas di fikirn kte sumeny yg berbentuk kemiskinan,kesulitan,kehilang dan sebagai ny...tetapi sebalikny... nikmat juga merupakn suatu ujian yg Allah hadirkn dlm hidup setiap individu dngn berbagai2 nikmat dan di situ kte diuji sejauh mana kte mensyukuri nikmat yg diberi...syukur...bkn hny sekadar dilafazkn...sebalikny dizahirkn dngn perbuatan...islam dan iman juga merupakn rahmat dn ujian yg terbesar buat kte bagi yg bergelar muslim...Jom sama2 kte perbaiki diri kte supaya hr ini lebih baik dr semalam dn hari2 yg sebelumny...menjadikn islam bkn hny pd nama bkn hanya pada keturunan...tetapi menjadi seorng muslim yg berakhlak.. Allah menguji bkn tanda Dia benci... Allah tidak memakbulkn doa kte... Bkn tanda Dia xsudi... percayalh... Allah sdh merncng sesuatu yg jauh lebih baik dr ap yg kte sangkakn... Menerima tiap ujian yg dtng dngn hati yg ikhls dn redha dngn mempercayai... bhw tiap kesulitan,kesushn,keggln dn kehilngn pasti akn berlalu suatu hari nanti... cuma bagaimana cara kte membiarkn ujian itu berlalu... menjadi pilihn kte... sme ade terus dn terus meratapi nasib diri... atau bangkit dr ujian dan terus dn terus berpegang pd tali Allah... Genggamlh dunia hanya di telapak tangn...jngn smpai ia masuk ke hati... sebalikny letakkn akhirat itu sebagai tunjang utama dihati kte...Dunia diciptakn untuk kamu dan kamu diciptakn utk akhirat...Jom sme2 kte jadi orang yg berlumba2 nk buat baik...berlumba2 nk dpt pahala...berlumba2 nk dpt syurga...mulakn setiap perubhn yg ingin kte lakukan dngn niat yg btul...insyaAllah perbnykkn niat... wlaupn blum terlaksana...Barng siapa yg Allah inginkn kebaikan ke atas diriny...maka akn diberikn kefahamn agama kepadany...sume orang tau solat tu hukumny wajib...menutup aurat dngn sempurna itu hukumny wajib...tetapi...xsume orng fhm...insyaAllah...jd sebagai seorng yg beragama islam...sudah menjadi kewajipan ke atas kte utk ingt mengingtkn antara satu sma lain...Dakwah atau nasihat yg terbaik ialah melalui akhlak yg terpuji...itu juga merupakn salah satu cara RasuluAllah berdakwah...dn sebaik2 manusia ialah manusia yg bermanfaat kpd manusia lain...Ujian itu tarbiyah...Ujian itu tanda kasih dn syng Allah pd kte... jngn kte mengeluh...jngn kte merungut... krn kehidupn merupakn suatu tmpt persingghn utk kte berlumba2 mencari bekalan dan mempersiapkn diri utk menuju ke negeri yg namany akhirat yg kekal abadi...Sekadar perkongsian buat shbt2...moga2 blh sme2 kte renung2kn...

# Aku bknlh seorng yg soleh dikalangn kamu...
bkn juga yg paling baik dalam kalangn kamu...
Aku pernah melampaui batas ke atas diriku sendiri...
namun ats nama tangungjwb sesame islam...
aku sampaikn walau sepotng ayat...

Smg Allah permdhkn kehidupan shbt2 utk yg seterusny...wallahualam..

MALAM CINTA RASUL KK7



Assalamualaikum.

alhamdulilah.. pejam celik dah masuk minggu ke-2 sem 4. untuk pertama kalinya hati ini terasa sangat terisi dengan program2 ilmiah yang ada di UM ni.. tidak seperti sem lepas yang mana sepanjang malam disibukkan dengan kelas dan lab..

hingga akhirnya terasa tandus sekali jiwa ini tanpa bekalan dan "makanan" yang diperlukan. sedangkan banyak program ilmiah dan mentarbiah jiwa dihidangkan saban hari.. namun, hanya bisa di ketahui sahaja..

Sebagai pembuka tirai sem 4 ini.. dimulakan dengan pengisian melalui program MALAM CINTA RASUL anjuran KK7 yang telah berlangsung pada 21/2/2014.. ni program bawah JKP KEP (yang saya join) .. program ni menampilkan persembahan dari kumpulan qasidah bekas pelajar salah sebuah sekolah agama di Ampang. Serta penampilan istimewa PU FAKRUL sebagai penceramah pada malam tersebut.

julung kalinya diadakan di KK7 UM . program serba ringkas namun sangat padat dengan pelbagai nasihat dan tauladan yang boleh diambil. program tersebut mengajak orang ramai solat berjemah di tengah padang.. solat secara terbuka.. berqasidah dan kemuncak program dengan ceramah dari PU FAKRUL..

bagi saya.. walaupon ia nampak simple tapi sangat bermanfaat dan boleh dikatakan sebgai program terbaik sebabnya di dalam suasana yang terbuka ini..terdapat sahabat2 islam kita sendiri yang tidak tahu tentang solat.. so, dari ini..kita tidak hanya menyampaikan ceramah namun melakukan praktikal kepada mereka..

hinggakan ada sebilangan mereka yang hadir berasa takjub dan seronok bila dapat bersolat di bawah langit. tidak seperti sebelum ini yang mana mereka hanya tahu solat itu hanya boleh dilakukan ditempat tertentu seperti masjid .

alhamdulilah.. sungguh pengalaman ini menakjubkan..








Friday 17 January 2014

BUKIT BOTAK

Assalamualaikum..

pe kabar semua..:D

tinggal 2 hari lagi ku pulang ke rumah..:D ..harini ada viva untuk eksperimen yang dilakukan..Alhamdulilah semuanya berjalan lancar..:D

walaupon agak merapu jugak menjawab ditambah bedebar yang tak tertahan and buleh pulak berborak dengan lecture tu..ngeee:D

segalanya kita serahkan pada DIA atas segala usaha..

selepas balik ingat juz duk bilik & kemas barang..tapi tiba-tiba dapat call dari kakak..katanya nak panjat bukit botak belakang API..asalnya malas nak ikot. tapi last2 hati ni tergerak jugak nak ikot..

walaupun tak tinggi mana jika dibandingkan bukit-bukit yang ada kat selangor ni..kira penat jugak la nak mendakinya..

bila sampai di puncak~..perghhhh!! ya Allah..cantik dan damainya lihat pemandangan dari atas..walaupon agak gayat..hilang sebentar rasa itu bila mata ini ditumpu pada pemandangan yang indah dari puncak!

release rasa minda dan hati..rasanya kalau nak release stress panjat bukit ni jer da ok da kot..cumanya malas atau tak jer dan berani ker tak sebab tempat tu agak curam dan kene pandai menyelinap.. :D

lebih kurang satu jam kami kat situ duk amik gambar jer..buat kenangan katanya sebab kakak dan geng dia tu dah tahun last..dan ini last sem dorang..that why la beria-ia nak naik bukit tu..:D

Allhamdulilah impian dorang dah tercapai..saya ni tumpang sekaki jer kejenyer..kehkehkeh..:D

#gambar-gambar tak ada untuk tatapan sebab ada kat kemera kawan kakak..

p/s =kalau siapa-siapa yang suka mendaki tu..boleh la mencuba mendaki bukit ni..best jugak!
save pon save~ ngeeee ^^,

selamat mencuba!!!!!!



Wednesday 15 January 2014

SANTAI SELEPAS EXAM..

assalamualikum :D

sekarang ni mejoriti kolej2 mula beransur kosong dengan kepulangan pelajar2 ke kampung halaman masing2..namun, masih ada pelajar yang berbaki exam lagi..

tak kurang jugak..pelajar2 yang meluangkan masa beraktiviti selepas sebulan bertungkus-lumus untuk hadapi peperiksanaan.. :D

tak kurang juga buat kami sekelas (falakian)..lepas paper exam (13/1). satu kelas rancang nak main bowling..ingat nak sambut sekali hari lahir sahabat kelas kami yang jatuh pada bulan 1. tapi last2 tak jadi sebab ada sebahagian yang belum siap lab report lagi..

niat tu kami teruskan..alang2 nak pegi, kita pergi jer la en..huahauhaua..
walaupon yang dapat hadir tu sedikit..but still meriah..:D

sampai jer kat sana..deme dah tunggu.. semua cara bayaran mereka yang tentukan..

saya.??

tinggal bayar jela...

hehehhe...

first main..hmmm...not bad la.. coz ini kali pertama pegang bola bowling tu..hehehe :D

yang bestnya dapat gak strik 2 kali..huahahua..! ok la untuk percubaan pertama..ngee :D

selesai main, kami beli sedikit cenderahati untuk sambut bezday girl hari tu..:D

nasibla hujan lebat time kami dah sampai UM..berlari2 la ke foodcourt dari FSSS..

sampai jer kat foodcout hujan kembali turun dengan derasnya..as kemuncak agenda hari tu..ahhhh..tiba masa kita prank si bezday girl.. :D

alhamdulilah..even simple, Allah permudahkan semuanya semuanya hari ni..thank to Allah for everything..:D
beli air sebentar..:D

bergamba selepas main..:D


big apple untuk bezday girl..:D


peach.....<3
moga ukhuwah yang terjalin ini kekal dibawah lembayung rahmat dan keredhaanNYA..amin..

sekian~

Tuesday 14 January 2014

ku temui PERMATA itu~ :D

assalamualaikum..:D

hampir 2 bulan ruang ini tersadai tanpa hiasan..

terasa bersalah kerana dalam sibuk mengurus hal lain, ada juga tanggungjawab yang tidak diselesaikan.. ok.. let by gone be by gone.. still think positif.. move foward!!

hmm.. sekarang dah masuk tahun baru.. walaupon agak terlambat untuk menyambutnya..but ok la sebab baru abis pekse..nak wat mcmna, time tu kte utamakan pekse dulu..ehhehe

bila diimbas kembali..banyak perkara yang saya pelajari.. & tak terduga terjadi. sem ini boleh dikatakan suatu permulaan yang mencabar..dimana pada awalnya dihujani masalah berkaitan kelas..dipertengahan disulami dengan masalah rakan serta diakhiri sebuah pertemuan.

dalam keresahan yang melanda..Alhamdulilah..Allah berikan kecukupan dan kekuatan yang diluar jangkauan..dan hari ini, inginku cerita bahagian darinya..

dalam ketakutan mencuba jalani hari-hari diatas kekuatan sendiri.. DIA pertemukan diriku dengan seseorang ...SYAZWANI ATYRAH..nama seindah budi perkertinya..semakin aq mengenalinya semakin diri ini mengagumi kebesaran hatinya.

teringat kembali saat pertama kali dirinya ku dekati, suatu hari dia mengetuk pintu bertanya tentang rakan sebilikku.. kebetulan pula Aina tiada..kemudian dia bertanya kepadaku perihal program ilmiah yang diadakan di APIUM iaitu "mak, ambo nok nikoh"..

memang niat nak pergi, tapi kebetulan waktu itu terpaksa ke API untuk program under jabatan. so, tak decide samada nak balik dulu or terus jer stay kat API sampai petang. entah bagaimana hati ini terdetik untuk pulang dahulu selepas program walaupon jam telah menunjukkan pukul 6 lebih. lagipula kakak pinjamkan kenderaan dia hari tu..so senang untuk berulang-alik.

sebaik sahaja naik, saya pesan pada roomate beliau tentang niat sya tu. kami tiba di API dalam pukul 8.30 mlm..alhamdulilah..tak mula lagi..ehhehe

baris ke-2 dari depan, kami melabuhkan punggung di kerusi tersebut.. terasa tenang dan damai bila mendengar kata2 ahli panel. mungkin kerana hati ini sudah gersang tanpa titisan hidayah Allah dek kesibukan yang berpanjangan.

ketika itulah, sesuatu yang kutemui dalam dirinya..melihat nota yang dicatat. terasa kemas dan menarik hatiku untuk melihatnya,alhamdulilah..hatinya amat terbuka..dan memberi padaku.. " wahhh..kemasnya awak! cantik nota2 awak ni~!".tak dapat nak gambarkan keterujaan yang wujud dihati ni saat tu.

bermula hari itu, diri ini merasa "keunikan" yang ada dalam dirinya. hinggala suatu malam, saya menjengah ke biliknya ( jiran sebelah jer pon sebenarnya). kebetulan hanya dia berseorangan. niat asalnya juz nak tengok bilik dia jer.. tapi terlama la pulak bilamana saya minta dia ajarkan bab2 "kekemasan" ni..ternyata dia seorang yang teratur dalam segenap segi..

dari mengajar cara menyusun nota hinggalah mengurus hal pribadi. walaupon ini kali pertama kami bercerita, hati ini terasa senang untuk meminta nasihat dan share beberapa perkara seolah-olah kami sudah lama kenal.

walaupon setahun muda dariku, ternyata kematangannya mengatasi usianya.so, dia tak gelar saya "akak" sebab terasa sya ni kurang matang.hehehhe..^^,

bermula dari itu, hati kami semakin bertaut. Dia mendorongku perkara2 berkaitan disiplin dan atitude.. manakala dirinya berjinak2 mempelajari ilmu agama.

ahh~!! bab ilmu agama ni satu hal yang membuatku tersentuh terhadap pendiriannya. walaupon dia orang yang hebat..pelajaran jangan cakapla..excellent student tu~! dia bersemangat untuk belaja agama sbb b4 ni dia memang tiada latar belakang pendidikan agama.

sya nampak betapa dia berusaha untuk mendalaminya..tersentuh hati ini saat dia menangis kerana muhasabah diri. sedangkan diri ini kadang-kala alpa dan keras hati ini.. sungguh hidayah itu milik ALLAH..

sikap positif dan semangat, itu yang sering dipesan padaku. ku jadikan ia sebagai bekalan kekuatan untuk jalani segala apa yang ada dihadapan. Alhamdulilah, ku terasa tenang sedikit dalam menghadapi kesulitan  yang ada..

Terima Kasih Ya ALLAH, telah buka hatiku untuk mengenali hambaMU ini. moga hati kita tidak alpa dalam menyukuri nikmatNYA.

kata-katanya yang menyentuh hatiku~.

'tidak salah merancang dan mempunyai impian untuk masa hadapan. Namun, still kene ingat bahawa kita tak tahu adakah kita ini sempat untuk menghadapinya. atau adakah ajal itu lebih cepat hadirnya. jadi tak perlu runsing untuk sesuatu yang belum tentu terjadi. Apa yang penting adalah yang sekarang ini..yang ada depan mata kita ini untuk kita hargai sebaik mungkin. once ia hilang, mungkin sudah tiada lagi kesempatan untuk mendapatinya lagi.."

sekian~