Saturday 29 June 2013

istanbul aku datang!!

Assalamualaikum..=)

Alhamdulilah selesai perjalanan sem dua ini. selamat jalan juga pada kakak saya yang telah berjaya sampai ke Istanbul,Turky pada pagi tadi waktu malaysia.

telah lama dia usahakan untuk ke sana, tersangat terharu dengan semangat beliau walaupun pada awalnya terdapat pelbagai rintangan hinggakan program ini hampir sahaja dibatalkan. Namun kegigihan, usaha dan doa akhirnya berjaya juga.

Pada awalnya kakak hanya suruh hantar ke UM sentral je. kemudian pergi sama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. tapi pada jam 2.30 petang, dia mesej minta tolong hantarkan ke KLIA pukul 6 sebab penerbangan dia pukul 12 malam..katanya sahabat-sahabatnya ingin hantar dia ke sana.hmmm..layan je lah..tak tahu pun jalan ke sana. tapi tak mengapalah, sebagai sokongan padanya.!hehehe..Fighting!!

kami gunakan lebuh raya max..sebab kami terlewat keluar dari UM. hmm..jalan memang lengang..tapi biasalah.. harga tol dia pun boleh tahan..hhehhe.. main redah je jalan tu, ikut sighbord je.. nasibla kawan-kawan kakak tu jenis pandai bab2 jalan ni.

sampai tu, kami turunkan kak di balai berlepas sebelum pergi parking kereta. lebih kurang pukul 9 kami sampai ke sana.Huh!! sempat juga kejar..mana taknya.. 90-110km/j kot..hehehe..

sampai sana, sesat sebentar.. first time menjejak kaki di KLIA..sebenarnya second tapi first tu sampai tengah malam.. ayah kawan pun dah siap tunggu depan balai ketibaan tu. so, tak dah la nak round sekitar KLIA tu.

kami berkumpul di KFC.. huh..laparnya.. sempat makan tegahari je. ingat nak makan sebelum hantar kakak..tapi tak tahu la kenapa..rasa tak selera. makan kfc untuk alas perut. pening kepala sebenarnya masa tu, tapi tak kata la kat mereka. sebab takut diorang risau kerna hanya saya je yang boleh memandu.

dalam pukul 10 lebih kakak berangkat ke balai berlepas. kami bergambar dan bersalaman. kakak beri sikit duit untuk pulang. disebabkan sume tu last minute punyer plan, saya tak lah terpikir nak spend duit untuk minyak dan tol.. nasib la pagi tu saya sempat keluarkan duit rm50..boleh la backup2.. takut juga kalau tak cukup.. time tu berserah jelah..

perjalanan pulang tu, singgah sebentar isi minyak sementara kak ummi cari jalan lain untuk pulang. tak nak guna lebuh raya max sebab tolnya punya lah banyak.. lebih kurang rm8 la.. saya pun tak kira sangat. jadi kami ambil laluan ke nilai sampai la jumpa lebuh raya plus. macam biasa..redah je.. saya pun bertawakal jelah sebab guna cermin mata lama, jadi saya tak nampak tulisan kat papan tanda.. memang tak nampak.. mereka jelah yang tengok.. kalau agak2 mereka tak sure tu, saya berhenti atau bawa pelahan.

tak tahu jalan, tak nampak papan tanda ,lampu kereta yang tetiba problem ditambah pula pening kepala ..hmm.. satu pengalaman mencabar, memandu tengah-tengah malam dengan semuanya wanita.. saya bawa diam2.. tak kata apa2..tak nak dorang gelabah..hanya menurut sahaja.. saya tahu mereka juga takut sebenarnya.. tapi saya cuba bagi dorang confiden.. sama-sama membantu.. peach!! =))))

Alhamdulilah selamat pulang jam 12.. time tu bersyukur sangat. hantar kakak-kakak tu ke kolej 12.. ingat nak tido kat kolej 12 je..sebab pening sangat time tu.. tapi tak pela.. barang tak kemas lagi. so, pulang la ke kolej 7..

selamat jalan pada kakak ruzanah dan teamnya..=))))

sekian....

Thursday 20 June 2013

bayu dari johor..

assalamualaikum..

Al-fatehah dan takziah kepada embah sekeluarga,semalam bersamaan 19 jun 2013 kami sekeluarga dikhabarkan tentang kepulangan saudara kami kerahmatullah..Beliau adalah anak kepada nenek angkat kami.

masa abah merantau belajar ilmu perubatan dulu.. mereka ni salah sorang guru abah. biasalah orang zaman dulu, biasanya diorang akan ambil sebagai anak angkat. jadi kami ni jadi cucu angkat diorang. embah merupakan salah seorang pengasas perubatan tradisional. ubatan mereka dah diiktiraf oleh badan yang berkenaan. jadi, dorang selalu datang anta ubat kat kami la, kalau anda kenal "jamu putera dan puteri" tu lah antara produk diorang..hmmm..bukan nak promote, nak cite serba sedikit je..siapa mereka ni. lebih kurang 10 tahun yang lepas embah kahwin baru dan dikurniakan anak, nama timbangan or pangilan dia tokhair ( tak tahu la eja sebenar ama dia).ia adalah nama istilah bahasa jawa.embah pernah bagitau maknanya,tapi saya lupa..muka dia lebih kurang sama dengan adik bawah saya ni, dorang sangat akrab, kalau tokhair datang uma, mesti adik saya layan sungguh kerena beliau. rasa macam adik sendiri. cergas budaknya..nak kata hyper aktif, saya pon tak tau nak istilahkan apa..apa yang pasti memang tak leh duduk diam. sayang sangat kat dia. YA ALLAH, rindunya pada dia...

tepat jam 10 malam semalam, mama call bagitau yang embah tepon katanya tokhair meninggal..tak dapat digambar perasaan ketika itu, seolah-olah rasa seperti berada dalam satu sudut yang sepi..teramat sepi. kehilangan yang tidak disangka. sedangkan suatu ketika dulu kami bermain dan sangat seronok melayan kerenahnya terutama bila embah datang ke uma kami. kalau tak silap umur tokhair lebih kurang lingkungan 6-7 tahun.. sebab kematian tak dapat cerita sebenar sebab rasanya tak beradab untuk tanya panjang-panjang dalam telefon cuma apa diberitahu adalah beliau terjatuh ketika balik dari sekolah, kepalanya pecah. tapi mama kata mungkin minggu ini sukar untuk kami menjenguk mereka di johor tambah pula saya yang sedang periksa.

Apabila sudah tersurat sesuatu,kita sendiri tak terjangka bila ia akan hadir. mama bagitau yang dia sejak dua tiga hari yang lepas asyik terpikir ingin menjenguk embah di johor, namun masih tak berkesempatan kerena kerja yang banyak apatah lagi, kami tak berapa tahu jalan ke sana.

hmmm.. Allahu Akhbar, berbagai rasa ada..namun apa yang pasti RASA SUKAR PERCAYA itu paling mendalam di dasar hati ini. Hiba seketika, betapa kerdilnya diri ini, sudah melatah sedangkan baru di uji sedikit dengan dugaan tak seberapa.. Sedangkan diluar sana diuji dengan dasyatnya rasa sebuah kehilangan.
jika ketika ini saya rasa sedih dengan kehilangannya, apatah lagi embah yang kian meniti usia..

SEMOGA ROHNYA TENANG DISANA...

takziah buat embah sekeluarga,kami sangat rindukan awak, TOKHAIR..


Tuesday 18 June 2013

langit tak selalu cerah~

assalamualaikum..

hari ini merupakan minggu ke-2 exam sem ni..Alhamdulilah lepas juga 4 paper.. tak dinafikan sem ini rasa sangat penat sedikit dan tekanan juga agak berat lah..kali ini kami ambil 9 subjek.. 4 subjek jabatan.. tapi untuk yang exam akhir juz 8 paper..wahhhhhh~!!! letih2...so, start esok, tinggal subjek-subjek jabatan.. sejarah astronomi, asas sains fizik dan trigonometri..huh..semoga terus diberi kekuatan..

periksa kali ini bagi saya amat menguji kesabaran..dengan subjek-subjek yang berat + masalah penerimaan kolej untuk sem depan yang tak selesai lagi + cermin mata pecah.. hingga kadang-kala membuatkan kita terduduk dan menangis. Namun, saya yakin disebaliknya pasti ada hikmah dan pertolonganNYA.

ketika mana kita rasa tak terdaya untuk menahan segala kesakitan dek ujian yang bertandang, saya pesan pada diri dan buat renungan anda semua.."semakin kita mencari jawapan kepada persolan kenapa dan mengapa diuji sebahagian rupa, ketahuilah apapun masalah yang datang, ia bukanlah menjadi persoalan pokoknya, kerana apa yang kita ingin adalah kekuatan yang lebih dari dugaan itu sendiri"..

maksudnya, kita sering mempersoalkan kenapa dan kenapa ia berlaku, ianya saya pasti,sukar untuk kita mendapat jawapan semua itu kan?? tapi ketahuila, apa yang sebenarnya sahabat2 perlu ketika itu adalah pertolongan,semangat dan kekuatan lebih dari kesakitan yang anda hadapi, jadi biarla dugaan sebesar apa pun yang DIA ingin beri kat kita, mohonlah padaNYA kekuatan yang lebih besar dari itu. itu yang penting sebab meski ujian itu sikit tapi kita tetap tak mampu hadapi andai tiada kekuatan dan pertolongan darinya.

sekadar ini dapat dikongsikan diruang sisa-sisa masa yang ada ini, harap serba sedikit dapat dijadikan pedoman dalam hidup..harapan dapat stay kolej sem depan dan apa yang berlaku ini dapat dijalani dengan tegar..amin..

pada sahabat2 yang berjuang..gud luck..moga succes!!

sekian..~~

Wednesday 12 June 2013

nice to meet u!!

assalamualaikum..

cerita hari ini dimulakan dengan pengalaman pagi tadi untuk hadiri paper ke-2 untuk sem ni iaitu BI. kami ramai-ramai tunggu di depan bas stop untuk ke dewan peperiksaan. namun, bas agak lambat..paling sedih bila sampai depan kolej kami je,bas penuh..sangat padat sebab pelajar-pelajar kolej 8 dan 10 amat ramai. dalam   8.15pagi kami sampai ke dewan periksa dan pastilah semua student dah masuk ke dalam dewan kerna exam akan bermula jam 8.30 pagi. Setakat pengalaman menjalani exam disini, perkara ini sering terjadi pada minggu pertama yang berkaitan subjek-subjek U. lagi-lagi kalau waktu pagi. harap-harap pihak UM dapat tangani masalah ini. mungkin untuk minggu pertama perjalan bas boleh dirancakkan pada waktu-waktu genting terutama 1/2 jam sebelum waktu exam. jadual exam ini boleh diedarkan pada pemandu-pemandu bas. cukupla walau hanya pada minggu pertama sahaja sebab minggu tersebut melibatkan jumlah student yang ramai dalam waktu yang serentak untuk ke sana.

 Dalam dewan, berjalan agak jauh mencari tempat sebab subjek ini terlalu ramai terutama dari fakulti API. barisan ke-2 dari depan saya duduk,boleh dikatakan depan meja pengawas peperiksaan. sementara menunggu ketibaan rakan-rakan lain, saya tenangkan diri dengan melihat sekeliling sebentar, melihat gelagat calon-calon yang lain. terlihat pula sir Iskandar, lecture kami masa sem 1 dulu, rindu kat beliau..beliau sangat baik,peramah, happy go lucky dan paling respect ialah beliau sangat berpengetahuan luas. Beliau selalu ambil masa sedikit dalam kelas untuk berkongsi pengalaman beliau terutama bila beliau ke oversea samada atas tuntutan kerja atau melancong.

dalam pada itu, saya terlihat exchange student sama kelas BI dengan saya,Tan Tan (tak tahu nama penuh dia)..hehehhe.. beliau dari china. begitu juga oppa jung ( exchange student korea sama  kelas dengan kawan saya).berkenalan dengan beliau semalam ketika makan tengahari di KPS.

Tamat je pekse, kami terpaksa tunggu lebih kurang 1/2jam sebelum dibenarkan keluar sebab kertas kami tak siap lagi dikira kerana calon nya terlalu ramai..lebih dari 1/4 dewan. waktu dibenarkan keluar, saya sempat menyapa sir Iskandar walau hanya dengan isyarat, ia sudah memadai setelah sekian lama tak bertegur sapa dengan sir.

waktu pulang tu, singgah sebentar ke BSN di FSSS sebab terlupa pin nombor kad bank tu. Lama dah tak bukak bank tu, tapi malangnya kemudahan di situ tak lengkap jadi tak boleh nak tukar pin nombor kecuali ada buku bank baru leh buat kad baru,tapi buku tu tertinggal kat rumah.hehehe...masa tu sangat la risau, pastu balik kolej. kebetulan masa belek-belek fail, terjumpa slip BSN yang tertera nombor pin.

huh..masa tu rasa agak panas jugaklah..kena buat kerja 2 kali.. lepas jumpa tu pergi lah balik ke bank. tapi muhasabah balik,'' lupa atau ingat tu kan kuasa Allah,Alhamdulilah dia bagi ilham untuk jumpa balik nombor tu"..

ketika berjalan menuju ke bas stop, terlihat bas, huh..tak sempat nak kejar..bila bas beredar..saya terlihat sekumpulan pelajar wanita(baru turun dari bas tadi) nak melintas ke foodcourt.. sambil jalan tu, saya perhatikan mereka..yelah..tak berapa jelas penglihatan ni walaupun pakai cermin mata.. =.=!!~~

ah, rupanya crystal dan kawan-kawan dia (exchange student china).. ketika tu terlupa segala "panas" yang menyelubungi..hahaha.. saya beranikan diri menyapa dia dengan lambaian tangan..dia sambut lambaian saya.. fuhhhh~..so saya mulakan bicara dengan "how are u"??hehehe..skema tak?..yelah..sudah lama teringin nak menyapa dia..tapi tak yakin sangat sebab cakap BI pon tak berapa nak lancar.. walaupon tak berapa fasih, saya cuba juga speaking..ehehe... pertemuan singkat itu, dia mengkhabarkan bahawa mereka akan balik ke China esok.atas alasan yang saya kurang pasti disebabkan kurang jelas dengan "sleng" mereka. saya berikan dia email saya sebab dia tak ada fb. katanya di china FB tak digunakan secara meluas seperti disini. dia berikan alamat wechat..namun saya tak ada wechat..hehehe..tak ada rezki lagi nak beli nset canggih-canggih.. she said "its ok, give me your number phone" "if I come here again i can call U"..:)) .. sangat bersyukur rasanya dengan pertemuan yang kebetulan ini. terharu bila lihat dia sabar bercakap dengan saya,bila saya agak lambat nak sebut sesuatu perkataan..hahha..tak terkeluar pulak time tu. nervous + exited~!!!..  dia sempat minta saya sampaikan salam dan mohon maap pada sahabat saya, ummu kerna tak dapat balas mesejnya disebabkan tiada kredit..

Saya menunggu bas untuk ke bank islam, membayar yuran..Alhamdulilah selesai..walaupun pada awalnya ada masalah bila mesin atm asyik 'tendang" kad muamalat saya..huh..risau juga kalau tak leh keluarkan duit disitu..tak mungkin la saya nak patah balik ke KPS ambil duit + dengan kawasan awam yang tak berapa nak selamat. nak keluarkan duit beribu pulak tu. tapi bila dicuba2, alhamdulilah..dimudahkan juga.. :))))

walaupun masih ada beberapa perkara yang saya kena setlekan  berkaitan bank selepas exam ni..namun saya still rasa gembira dan bersyukur..dalam kesusahan yang diberi, dikirimkan juga pengalaman yang tak terhingga.. sebuah pertemuan yang tak disangka..rasa bertuah sempat jumpa crystal sebelum beliau balik ke china.. :)))))...<3

nice to meet u crystal and have a save journey tomorrow............!!

         <3 <3 <3 <3 <3 <3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3<3 

tiada gambar yang dapat dititipkan sebab tak sempat lagi nak minta kat kawan..InsyaAllah mungkin lepas exam ni..

sekian....

Tuesday 11 June 2013

kesepaduan dalam kepelbagaian!!

assalamualaikum

alhamdulilah..hari ini diberi lagi peluang untuk berkongsi sedikit al-kisah sepanjang 2 hari ini.
setelah lebih kurang dua minggu 'mengasingkan diri' dari jiran tetangga untuk esimen dan persediaan peperiksaan yang bermula pagi semalam,diberi juga sedikit ruang diri ini meluangkan masa bersama teman rapat dan sekutunya.

selama dua minggu tersebut memang tak jumpa mereka langsung walaupun satu blok dan hanya dipisahkan aras sahaja. Alhamdulilah petang semalam tamat satu paper iaitu HE. tawakal pada Allah atas apa yang telah dijawab. moga DIA menghadiahkan rezeki buat kita.

bagi mengendurkan setikit tegangan yang dirasai dek debaran peperiksaan, sempat menjenguk teman rapat dan roomate dia yang tak diziarahi selama 2 minggu tersebut. kami hanya mulakan dengan perbincangan simple pasal masakan kerana kebetulan melihat sebentar episod terkini masterchef selebriti.

ntah bagaimana ia menjadi isu yang hangat dan banyak perkara baru yang saya belajar dari mereka. yelah, boleh dikatakan kami masih dalam proses pengenalan, banyak lagi kami tak tahu latar belakang dan budaya negeri masing-masing. saya tak ingat apa yang saya tanya, tapi perbincangan kami bermula bilamana zati bercerita pengalaman beliau berniaga nasi dagang bersama adiknya ketika hari terbuka U (tak ingat apa nama kolej or universiti tersebut). tapi ketika itu saya lupa la pulak nasi dagang tu macamana, maka fairus pulak jenis rajin orang nya, maka dia pun cari lah kat google imej (nak perkenalkan nasi dagang tuuu)..

tapi masalahnya saya tak minat pulak nasi-nasi macam ni termasuk la nasi kerabu (bukan tak boleh makan langsung, cuma tak minat sahaja), mungkin bukan kena dengan lidah saya, lagi-lagi orang jawa, memang susah sikit nak masuk dengan makanan yang luar dari kebiasaan. tak semua orang jawa macam tu, terpulang pada individu lah..hehhe..

waahhhh..apa lagi, dorang pun stat la "teringin" mereka tu, nasi kerabu la, pulut kuning la,macam-macam..cuma yang kelakar bila suatu makanan basic tu dimakan dengan cara adat negeri yang berbeza. kalau zati (kedah) dorang makan pulut dengan ikan masin tambah kelapa. dan katanya paling syokk kalau kelapa tu banyak.huh...suka beno dia dengan kelapa. saya?? saya tak sangat kelapa-kelapa ni, tapi saya tahu la adat orang kedah tu sebab kebetulan saya pernah pergi rumah kawan di kedah sempena majlis kahwin abang dia. dari situ saya belajar makan makanan tu walaupun hanya sekali tu je setakat ni.hehehe..
tapi keluarga saya jarang pulak makan macam tu, kalau mama buat pun mesti makan dengan kari walaupun pulut tu tak jadi pulut kuning.

fairus(pahang) pulak kata "apa ke pelik nya makan dengan kari??" kalau dorang akan makan dengan kelapa atau sadin. hahahha..first time kami dengar pulut makan dengan sadin..!!?.lepas tu disambung lak dengan isu ikan lampam.. tahu tak ikan apa tu??? ia sejenis ikan air tawar..hehehe..saya penah tengok ikan ni, tapi tak pernah tau lak nama ikan ni.sebab tak pernah beli pun, kalau ikan air tawar kami biasa makan ikan keli dan sepat. abah pula lebih suka mancing ikan laut berbanding ikan darat ni.

pasal ikan ni, saya teringat lak pasal abah pergi mancing dengan kawan-kawan dia ke terengganu. jauh tuuu!! tapi tak apalah..sekali-sekala apa salahnya, kebetulan rezki mereka dapat tangkap "ikan ketam" walaupun tak banyak(tak tahu la berapa ekor).ikan ini dikongsi2 sesama mereka,ayah ambil bahagian ekor, cukupla untuk merasa ikan tersebut.mama buat masak gulai lemak..rasanya itu tujuan utama mereka pergi memancing di Terengganu. ikan ini memang terhad dan sukar di cari kerana populasi yang terhad. malah dikatakan spesis ini hanya dijual ke hotel-hotel sahaja dengan bayaran yang agak tinggi. istimewa ikan ini adalah rasa isi dagingnya sama dengan ketam.betoll!!! tetiba saya terfikir, ntah2 menu ketam yang dihidangkan di hotel-hotel tu dicampur dengan isi ikan ini.yelah..isi ketam kan sedikit, bahkan jenuh rasanya nak kumpulkan isi ketam tu"..tapi ini hanya tanggapan jela.. yang sebenar.. Waalahua'lam~~

kalau orang kedah masak ketam dijadikan sup ketam..hahaha..pelik pulak rasa ketam jadi sup. tapi tak tahu la memang kebiasaan orang kedah masak ketam dijadikan sup atau tak.. saya simpulkan begini sebab zati dan aini orang kedah dan mereka mengiyakan tentang menu tersebut.:)))

begitu lah juga beberapa menu yang kami kongsikan antaranya cara nak masak tomyam yang betul sebab selama ni masak asyik tak jadi je~hewhewhew. :(((... mereka ni ibarat harimau sembunyikan kuku taw..dalam diam2 pakar masak tu..saya pun tak sejaguh diorang..

sedikit sebanyak pengalaman hidup bersama mereka, walaupun kadang-kadang apa yang dibincangkan hanya perkara remeh tapi mampu meluaskan pandangan kita..hah..kawan2 kat luar tu..terutama wanita..menjelang usia2 begini jangan la duk borak kosong jah...daripada bergosip baik borak pasal masakan ke..kan dapat tambah menu baru..boleh try nanti masa cuti sem akan datang ni..:)))

ni dia ikan lampam, banyak duri tau.. :)


nasi dagang tenganu...


ni makanan etnik saya..nasi ambeng!! satu dulang biasa makan 4-5 orang..:))
cara hidangan pun tak sama ikut tempat masing-masing...

seronok dapat berkenalan dengan mereka, terasa rindu lak bila difikirkan sisa-sisa waktu yang tinggal ini, apakah akan berpeluang lagi merasakan detik indah ini bersama mereka jikalau tak sama kolej..hmm..

ah..buat kawan-kawan,lepas ni leh la berkenalan dengan pelbagai lagi ikan-ikan air tawar dan adat budaya masyarakat malaysia yang pelbagai ini dengan mencuba makanan mereka..:)))

sekian...


Saturday 8 June 2013

assalamualaikum..

entri hari ini saya ingin mulakan dengan satu peristiwa yang ingin saya pahatkan jadi ingatan seumur hidup.hehehe... tak da suprise mana pun..pembukaan bulan jun ini, saya rasakan dimulakan dengan memori yang amat manis. kemanisan yang tak dapat digambarkan!! rasanya kalau boleh dimakan, kompem kene kencing manis..hehehe..Alhamdulillah..syukur pada Allah..

1 jun 2013..tarikh yang saya ingin ingatkan.. pagi hari tersebut sepatutnya saya sudah tiba dirumah namun ditunda sampailah malam sebab kakak saya ada kerja yang belum diselesaikan lagi. tak tahu lah mengapa hujung sem ini sangat-sangat la padat. banyak benda tak setle lagi, termasuklah kelas ganti. namun tak mengapalah, lagipun sem dua memang sem yang pendik, tambah pula banyak event yang perlu dilaksanakan dalam jangka waktu tersebut samada dari pihak pelajar sendiri, mahupun lecture.

orite.. pada pagi tersebut, tak tahu mengapa, sangatlah mengantuk, terasa letih sangat menjalani penghujung sem yang tersangat la buzy..hehehe.. pastu mesej la kakak, tanya dah siap packing beg belum,sebab sem ni kan kena bawa semua barang keluar kolej, jadi balik kali ini nak bawa sedikit la barang-barang yang agak-agak tak digunakan lagi, nanti tak ada lah terlalu banyak barang nak diangkut time abis exam yang terakhir nanti.. :)))

namun, kakak kata belum siap lagi, ntah mengapa perasaan saya selamba sahaja.(tak ada lah selamba sangat cuma saya rasa tak nak rushing2 sangat).nanti takut ada yang tertinggal. jadi saya bagi lah ruang pada dia untuk setle kan dulu. lagipula,saya tahu beliau memang seorang yang sangat aktif, banyak kerja..nak-nak lagi uruskan prosedur untuk ke turki hujung bulan ini.

sementara menunggu tu, saya kemaslah apa-apa yang patut untuk dibawa balik, lagipula barang tak banyak, so, tak lama sangat la nak kemas.hehehe...dalam pada itu, saya lupa pulak nak maklumkan kat mama kami balik lambat.tak pelah..lepas makan tengahari tu telefon mama..bagitau kakak nak balik petang.

diringkaskan cerita. bila dah petang, timbul lak isu lain..jalan jem ke tak???..hmmm... petang tu abah telefon, "sempat tak balik sebelum pukul 8? nak bawa nenek pergi makan kat kedai".. huh.. saya rasa berbelah bahagi.. nak tunggu kakak or rushing2 balik untuk abah??..

hmm..tak pelah.kakak kata nak kuar lepas magrib..so tunggu jelah.. malam tu saya yang drive (biasalah kalau malam-malam ni memang saya yang kene amik alih sebab kami ada masalah silau,cuma nak dibandingkan dengan kakak, saya boleh tahan lagi..hehehehe)

Alhamdulilah jalan tak jem sangat, banyak kereta tapi masih lancar. kalau diikutkan waktu biasa, pasti masih jem lagi, mungkin kerana cuti sekolah kot.

masa drive hati kata 'tak pelah kalau tak sempat nak kejar dorang kat pizza tu'..tapi kakak kata, " waa..tak leh jadi ni,lapar..nak makan jugak..bawak cepat2 sikit..pizza tu!!''..haahhaa..yelah kami memang jarang makan pizza..setakat saya hidup 20 tahun ni, boleh kira berapa kali kami pergi makan pizza. hari tu pun sebab idea mak cik ajak makan besar dengan nenek.

kebetulan pula, sepanjang hari tu, saya tak tahu lah kenapa..saya layan je kerenah orang..cuma satu je..saya tak banyak cakap. sepanjang memandu tu pun hanya dengar suara radio dengan kakak yang sekali-sekala mengomel. saya hanya bersuara bila ditanya. hahahha..

so, saya drive la dengan kadar yang segera (kelajuan masih dibawah kawalan), harapan dapat join makan malam tu. kami tiba dalam pukul 9.15 malam di Pizza Setia Alam, lebih kurang la.nasib la ada parking..kebetulan pula malam tu penuh.

masuk je..wahhhhhhhh..meriahnye~~. dengan mood yang saya tak tahu kenapa sepanjang hari tersebut, saya rasa terharu..jarang keluarga kami makan bersama. yelah, mak cik pun jarang balik kampung, keluarga kami pun jarang nak berkumpul bila dah anak-anak stat masuk U.hehehe..boleh bayang kan suasana time tu???,,hehhe..paling saya terharu abah pun ada kat situ, abah ni susah sikit nak diajak keluar.

sambil makan tu, satu persatu saya pandang, lihat sepupu yang masih kanak-kanak tu, adam, hafie dan zara. Banyak-banyak sepupu, paling rapat dengan dorang la.sebab kami rapat dengan cik iwa sebelum beliau kahwin lagi, so bila ada anak ni, kompem la rapat, nak pula budak kecik..kami pecinta kanak-kanak!! hahahha..rasa dorang macam adik-adik sendiri je.. <3.. pastu tengok nenek, atuk, cik diha,.. lihat je kat abah..waaaaaaa.... ber'gaya'nya abah makan,kalau kat hotel ni, boleh kata ikut protokol sungguh. saya pun makan pizza tu pakai tangan je ( sebab sudu tak cukup) hehehe..

disebabkan termakan petang kat dewan makan kolej sebelum tu, so tak dapat nak nikmati sangat lah sebab perut da kenyang, tapi cuba juga habiskan mana yang mampu sebab tak nak tengok makanan membazir.cik iwa kata 'nasibla korang datang, kalau tak sapa nak habiskan ni"..hehehe.. sup cendawan tu saya cuba juga lah telan, walaupun tak suka, waaa..saya memang tak suka sup tu..huh...sambil telan tu saya duk mengelamun, so tak perasan la yang saya sedang telan benda tu..hahahha..dah nak habis tu saya konon-konon lawan dengan adik, siapa habis dulu dia menang..haahhaha..tak sangka, habis juga..terharunya~(rasa nak menitis air mata menelan benda tu).hohohoho..

habis makan tu, baru nak amik gambar..sedih~!!..tapi ok juga lah. mak cik pon amik gambar, tapi biasala..bila kanak-kanak dah mula perangai 'nakal' dorang tu, mula la bingit suasana dengan tangisan bagai..bab ni yang lemah sikit. saya??..buat tak tahu jela..tarik hafie ke pelukkan dan bergambar dengan dia...sangat cute!..hmmm, disebabkan nset ni tak berapa nak canggih kan, mintalah adik amikkan gambar dengan nset dia.hehehe...

balik tu kami tak ikut mereka, kami singgah sekejap ke lokasi yang bakal kakak buat LI..katanya kene temuduga untuk L.I sebab terlalu ramai buat permintaan disana, tambahan skop kerjanya yang menarik, dapat travel ke luar negara..hmmm..tapi tak jumpa pula..so, kami balik jelah.. :))

<<tak de gambar nak diuplod sebab gambar tu masih kat adik, lupa nak minta..InsyaAllah lain kali saya masukkan.. :))

sekian....