Friday 31 May 2013

MAMA

Assalamualaikum..

detik ini, maka telah masuklah waktu dan hari baru dalam permulaan bulan jun..maka berakhirlah bulan mei yang banyak perkara special di dalam nya..begitu juga tamatla minggu belajar untuk sem ini..minggu ke-14..huhuhu..terasa sedih lak.. :((((

post kali ini saya ingin dedikasikan khas untuk seseorang. bulan mei adalah bulan istimewa buat insan yang paling ku sayang. insan pertama yang menanti kelahiranku. dialah mamaku..!! 

kenapa istemewa bulan mei..?? sebab didalamnya ada 3 hari utama yang kita sambut khas untuk mereka yang bergelar guru dan ibu.. dan pada 29 mei lalu adalah hari ulang tahun kelahiran beliau.

mama seorang yang penyayang dan tegas dan paling penting, awet muda!!!hehehe. kalau tengah tegas tu, tiada apa yang mampu dibicarakan hanya mata yag memandang mengharap belas kasihan..hahaha..boomm bastik ta analogy yang diberi??hehehe.tak adalah..dalam tegas beliau, beliau sangat la caring and loving person,yelah...mana ada ibu yang tak sayang anak, kalau marah pun sebab sayang..ah, jadi kalau rasa-rasa nak merajuk lebih2 tu, pikir-pikirkan lah dulu eh..sebab musabab mereka marah anda.. :))

tapi kan, anak-anak sekarang kalau ditegur sedikit, melenting..merajuk konon-konon, mogok lapar la..hmm..apa pandangan anda.??wajar atau tidak..??kalau saya...hehehe..saya rasa menyampas sikit dengan golongan seperti ini, kalau nak merajuk sekali sekala tu, mungkin la ok lagi, tu pun kene la yang sederhana.tak yah lebih-lebih deh..macam diam sejam ke ( bagi yang suka cakap)..kan.?? hahahha...

pernah try n practise yang abang mirul dan kak elin cakap pasal cara menghargai orang lain..tapi jujur saya tak tahu mama ketegori apa..selalu perhatikan namun macam tak kena je..tak dapat nak kesan beliau ni seorang yang bagaimana.hehehe...

hadiah...saya??..saya tak beri lagi hadiah pada beliau.hehehe..tapi dah ucap dah..:)))))...jadi saya akan cuba luangkan masa untuk pulang kepangkuannya hujung minggu ini..meskipun banyak persedian yang perlu dilakukan untuk exam yang bakal menjelma, namun disitu juga ada ruang untuknya,,

semakin saya amati,sejak pindah belajar di UMKL ini,banyak juga la balik rumah, tapi kalau ada keje je tak balik..tapi dalam sebulan tu,saya akan cuba juga untuk balik..hmm..pasal soal balik ini satu hal sensitif juga ni terutama bagi mereka yang duk jauh..dan saya juga pernah rasa belajar di perantauan, kadang-kadang terpikir juga pasal perkara ini, bukan nak kata manja.tapi apa yang saya lihat adalah, semakin kita dekat semakin besar lah pengharapan dan penantian ibu bapa kita.. jadi pada saya, yang tinggal dekat dengan kampus tu tak salah lau nak balik tiap minggu..tapi yang angin tu kalau time banyak kerja terutama yang dalam bentuk kumpulan..time tu lah dia nak balik..ishhh22...so,saya harap jangan la begitu, dan pandai-pandai la bahagikan masa anda..

kalau dulu jarak menjadi alasan namun sekiranya dekat,apalagi yang ingin didalihkan.??sedangkan mereka sangat dan amat sangat rindukan kita.setidaknya, walau sekali dalam sebulan dah cukup untuk meredakan sedikit kerinduan mereka.

jadi sahabat2 diluar sana, seandainya ada ruang dan masa terluang, pulanglah..mereka juga seorang insan yang memerlukan perhatian anda. jangan hanya diluang masa itu untuk kebajikan diluar semata-mata sedangkan dirumah itu ada segunung harapan dan memerlukan kebajikan dari anda.


kakak dan mama tersayang...<3
macam adik-beradik tak.???hehehhe...<3 u maa....!!


walaupun agak terlewat..saya tetap ingin ucapkan selamat hari lahir, ibu dan guru pada mama... :))))
tima kasih kerana membesarkan kami,merawat dan mengajar kami semua anak-anakmu.. 

<sayangi dan hargai ibu anda selagi masih ada> :)))))))

sekian...

Thursday 30 May 2013

MAZ

Assalamualikum!

Dua minggu ni banyak perkara baru yang ingin dicerita, dikesempatan ini saya ingin bercerita tentang MAZ.
ahhh..apa itu MAZ..ia adalah singkatan bagi MALAM ANUGERAH ZABA..kiranya malam annual dinner untuk kolej kami, kolej ke 7 di hotel dosertt subang..

Rasanya kolej kami lah kolej paling lambat buat annual dinner sedangkan kolej-kolej lain sudah selesai dua atau tiga minggu sebelum. Pada saya, bagus juga lambat-lambat sikit, baru terasa kehangatannya..hahaha..namun bila lihat pada AJK pelaksana..kesian juga kat mereka sebab dihujung-hujung sem ini lah semua assgment nak dihantar,(sebab antara AJK tersebut adalah kawan saya).namun ternyata mereka tetap berusaha melaksanakan projek ini..dan disini saya inginkan ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menganjurkan projek ini terutama pada kawan-kawan tersayang- fairus,zati,nani,dija,ili,kak ecah. korang memang terbaik!!

ok, berkisar pasal MAZ ni, sangat exited menunggu hari kejadian.siap beli baju untuk dinner lagi..walaupun baju tu memang dibeli sebab nak guna hari-hari namun oleh kerana dirasmikan pada malam tersebut, automatik la jd baju khas dinner kan.??hehehhe..

punyalah leka buat kerja depan laptop dan susah nak buat keputusan pilihan kolej untuk tahun depan (almaklumlah ambo memang susah buat pilihan), tak sedar jam pukul 5.30 pm..bas bertolak pada jam 5.45pm..huh..masa ni rasa dasyat sungguh pengalaman pertama ni..awal-awal lagi da tak beres. nasib la sempat kejar. naik bas jam 6 petang..hehhe..lambat bebenor.~ (jangan tiru habit ini!!)

nak dipendikkan cerita, disebabkan kalam-kabut maka tertinggal la eset utama..cermin mata!!--alamat la main redah jah..memang tak nampakla kan, sian kawan saya, nurul aini..terpaksa menjadi 'tongkat' saya..kemana sahaja pergi saya ikut. terasa macam belangkas la pulak..

suasana meriah namun saya rasa hambar sikit, sebab mungkin faktor kurang jelas penglihatan dan sangat lah lapar,satu hari memang tidak menjamah nasi langsung. buat kerja dalam bilik saja. terasa lama lah pula ucapan dari vvip walaupun tak lah lama sangat.

ahh..lepas je bacaan doa makan,huh apalagi..kami dah bersedia menunggu hidangan yang dibawa oleh pelayan.makanan yang dihidangkan merupakan set makanan cina. sebelum tu ada gimik sikit dari pihak hotel dimana mereka guna pedang api sebagai penyuluh jalan sebab lampu ditutup.pastu kat belakang tu ada tandu dan seorang wanita duduk sambil bawa bola cahaya..yang lain bawa dulang makanan. selesai gimik, kami dihidangkan hidangan pertama. semua menu yang dihidangkan memang saya tak hafal la nama ia..apa yang boleh gambarkan disini adalah isi ayam goreng bersos..huh..sebab lapar, tak peduli la macam mana pun rasanya..telan je..boleh dikatakan semua hidangan kami licinkan pinggan.kalau diikutkan hati,nak saja kami minta pada mana-mana hidangan bagi meja yang tak habis tu boleh la bagi kat kami.tapi tak lah sampai macam tu, majlis kot..maka kena lah menjaga adab dalam majlis..hehehe...cuma hidangan terakhir je yang tak habis sebab nasi yang last. dah tak dapat masuk..tapi itu pun tinggal sikit..dasyat tak.??? mentekedarah orang kata..hahhaha..

perasaan hambar tu rasa terubat sikit bilamana nombor keramat ini disebut-299- hahhaha..punya lah bahagia. rasa nak pergi pentas je,tapi kawan kata ambil hadiah tu nanti kat luar..hahahha..huh..blushinggg2...rasa-rasa tak ada yang perasan sangat. so buat-buat tak malu jela..sambung makan. orang buat persembahan macam mana hebat kat pentas tu pun,kami tak pandang. makanan..FOKUS!! tetapkan matlamat anda!! hahhaha..

selesai majlis kami ambil gambar, namun tak banyak sebab saya tak ada kemera, hanset pun tak la berapa nak canggih sangat..heheh,,makanya tumpang la kemera orang. sempat bergambar dengan adik bilik aini (zati dan fairus) susah nak jumpa mereka sebab mereka adalah AJK. selesai menuntut hadiah dari kaunter dan sesi bergambar, maka kami naik bas..hajat berangkat pulang ke kolej tercinta.

ahh.tak habis lagi!! disambung cerita, punyalah nampak konfiden je pak cik bas tu pandu.dah sampai persimpangan yang saya sendiri pun tak pasti dimana, pak cik tu tanya, 'betul ke jalan ni?''..ahhh suudaaahhh..berjalan-jalan lah nampaknya malam tu. lepas tol susur masuk ke subang jaya kalau tak silap, pak cik patah balik, tapi masalahnya tersalah jalan lagi, masuk tol lagi, kali ni saya tak tahu lah tol apa. apa yang saya tahu, saya sangat letih dan mengantuk.so saya tidur jela.

kami tiba lebih kurang jam 12.30 malam..ngantuknya nak berjalan dan mendaki bangunan kolej tu..bilik pula tingkat atas sekali..hmm...hajat nak sampai awal..orang lain masih bergambar,kami dah naik bas..tapi sampai kolej paling lambat..semua dah masuk bilik.siap ada yang dah berdengkur lagi. waaa..sedihnya~~ :'(

pengalaman yang mengharukan dan tidak bisa dilupakan..hehhe..


testing amil gambar...sebelah saya tu aini..dan yang pink tu syafiqah.. :)

kenangan bersama-best frenz-

rakan-rakan semeja...sopan mereka pakai..:))

bergambar bersama pemilik kamera-hamidah- dan hadiah cabutan bertuah..:)))

ikan steam

antara hidangan yang disediakan-tak tahu nama dia apa-

sampai disini sahaja episod kali ini, harap anda terhibur dan ambil pengajaran yap!! hehehe..bye <3


sekian..


Friday 24 May 2013

betulkan sujud anda!!!

assalamualaikum...

hari ini kita nak cerita tentang sujud..

duduk merenung-renung seketika lepas solat isyak tadi tetiba terlintas tentang sujud. bila muhasabah semula, adakah cara anda sujud selama ini betul..??hah..tuu diaa..kadang-kala kita anggap ia sesuatu yang remeh jah..dan kadang-kala kita berfikir masih ada ke yang sujud salah dalam solat..?? tapi hakikatnya masih ada diluar sana yang tidak tahu.

selalu yang kita lihat kesalahan yang dilakukan berkaitan kedudukan tangan dan  jari kaki.

mari kita perhatikan sama-sama gambar dibawah ini.. :)))


hah..seperti yang anda lihat dari hadis kat gambar tu..maka tak perlulah saya jawab kenapa tak boleh sujud dengan kedudukan tangan macam tu.

namun cara sujud bagi lelaki berbeza sedikit dengan wanita..jom lihat gambar yang kedua..



jika anda perhatikan, bagi orang lelaki, mereka perlu membuka atau menjarakkan sedikit tangan dari sisi badan(lambung) tu..manakala bagi kaki pula, ditegakkan tumit dan bengkokkan ibu jari kaki.



 ah, bagi wanita..ni yang selalu berlaku kesalahan kerana adat kita solat mengunakan telekung..maka, pastilah sukar untuk kita perhatikan kedudukan tangan dan kaki yang betul..

oraite kawan-kawan sekalian, bagi wanita pula, tangan mestilah rapat dengan sisi badan(lambung) berbeza dengan lelaki, mereka perlu renggangkan dari lambung tapi kita kene rapatkan.. dan tumit ditegakkan serta jari kaki dibengkokkan..

dahi..??dari mesti atas sejadah..maksudnya jangan ada benda lain yang menghalang, contohnya
  1. - songkok yang kita pakai terlalu kedepan hingga dahi kita tak mencecah ke sejadah
  2. - perempuan pula anak tudung terlalu kedepan dan menutup dahi atau
  3.  telekung yang anda pakai tu terlalu lebar hinggakan menjadi alas sejadah,
contoh2 diatas adalah sebahagian sahaja..kalau itu terjadi kemungkinan solat kita batallll..

hah, jangan main2..betulkan kalau anda salah..

semoga info ini dapat membimbing anda serba sedikit, seandainya ada kesalahan dalam kenyataan saya, harap dapat dibetulkan..sama2 kita belajar..:)))

<<ilmu agama itu adalah fardu ain dan wajid dipelajari, seadainya tidak tahu, maka belajarlah bukannya dijadikan alasan untuk terus-menerus jahil>>


Friday 3 May 2013

oren!!



oren...

assalamualaikum..

hah..nampak oren kat atas tu..??nyum2 ..sedapnya kalau dapat minum juz oren.. :)..

bila berbicara tentang buah oren atau limau..saya ingin bertanya pada anda semua..pernah minum sirap limau??juz oren?? or apa2 yang berkaitan dengan buah-buah ini..??

:).saya pasti anda pernah minum..paling tidak pun pernah lihat kan..??ok, hari ini saya bukan ingin bercerita tentang cara untuk buat minuman tersebut..tapi ingin berkongsi sedikit tentang fakta buah ini.

bila kita lihat limau yang ada dalam air, perasan atau tidak, buah tersebut akan terapung.?sebagai contoh kita beli air sirap limau kan, jika anda lihat, hirisan limau tersebut akan terapung, ketika itu, anda ada tertanya mengapa ia terapung?? atau anda  tak pernah peduli?asal dapat minum sudah..hahhaha..

saya memang peminat air limau. tak kesah la juz oren, limau ais or sirap limau,jadi bila kita nak minum tu,sentiasa tengok buah limau tu.tapi seperti kalian, saya buat tak peduli jah..nak minum punya pasal..:)

Jadi kenapa dengan buah tersebut?? hehhe..pendik cerita,Pada hari terbuka API haritu, kebetulan kelas batal..jadi sementara menunggu kelas yang seterusnya, rakan saya ajak kunjungi semua booths yang ada kat situ.asalnya nak kumpulkan hadiah..heehhe..yela..kebanyakan jabatan akan anjurkan kuiz atau pertandingan. Semua kami pergi, sampailah ke tapak pelajar APIDS (akademik pengajian islam dan sains)..time tu diorang buat eksperimen kuiz berkaitan  belon, jarum, telur dan oren.

'cuba tengelamkan buah oren ini' kata salah seorang pelajar yang jaga kat gerai tu.hmmm..kalau anda, agak-agak bagaimana ye??..saya?? time tu saya hanya ternampak pisau yang disediakan di hadapan bekas air yang berisi limau tu.jeng2..heheehe..ah,kebetulan time tu teringat,penah tengok limau tanpa kulit yang tengelam dalam air..apa lagi..saya tanyalah, boleh tak nak kupas limau tersebut.?? dia kata buat la apa yang anda nak..hahahhaaha..apa lagi,buat2 macam pakar la..so, kupas la buah tu sampai habis..punya la confiden time tu(sebenarnya main teka-teka je, nasib la kalau teori tu salah).hehhe..sebelum masukkan tu, saya pandang rakan saya.hehehe..tak boleh nak kata apa ketika itu, bersiap sedia lah kalau salah..:{

fuhh..tengelam!!! nasib baik..hahahha..teruk tak??nasib la buah limau, kalau ujikaji tu berkaitan bahan kimia ke, compem masuk wad..haahha..rakan saya bersorak..saya sekadar tersenyum sebab tindakan saya bukan atas pengetahuan ilmiah juz main teka-teka je dengan apa yang saya penah lihat..masa tu lah baru saya tertanya"kenapa pulak dia tengelam bila dikupas"??  tapi alhamdulilah pelajar tu terangkan sebelum saya sempat bertanya.

sebenarnya limau ini mempunyai liang udara di dalam kulit tersebut, sebab tu ia boleh terapung. sama seperti fungsi yang terdapat pada sabut kelapa. Kelapa akan terapung di dalam air..Sabut kelapa terdiri dari serat dan gabus yang menghubungkan satu serat dengan serat lainnya. Sabut kelapa boleh memerangkap udara menyebabkan ia mampu untuk terapung.

lepas ini boleh la anda buat eksperimen kat rumah dengan buah ini atau yang lebih kurang macam oren ini seperti buah lemon..:)))))

mungkin ada fakta sains yang lain berkaitan buah-buah ini yang saya pun tak mengetahuinya lagi, bahkan mungkin juga fakta hari ini anda dah lama  mengetahuinya terutama anda yang mengambil bidang sains. maap seandainya fakta ini salah,saya budak baru belajar..hehehhe..jadi sama-sama lah kita berkongsi idea dan ilmu untuk manfaat bersama.

< <sains itu suatu yang menyeronokkan jika dikaji>> 

sekian.. <3

Wednesday 1 May 2013

:)

bayu malam menghembus lembut..
kelembutan yang mampu menjadi bisa mencengkam..
tubuh mengigil kesejukkan..
mata yang kuyu tidak jua mampu dipejamkan...
meski kepenatan membelenggu.. 

hehehhe..bukan ingin bermadah-pujangga malam-malam begini, hanyalah terasa diminda ini seolah beribu persoalan mengisi ruang yang ada. namun diri ini tak dapat mentafsirkan rasa yang hadir..sedih, gembira, rindu,menangis,resah,kecewa,keliru or blur??..

pengalaman-pengalaman lepas seolah-olah tersingkap satu persatu.menilai semula apa yang telah berlaku.
wajah-wajah yang kian hadir menghanyutkan lamunan..

tersentap seketika bila terkenangkan kata-kata pengarah MCB ( malam citra budi).projek terakhir ku sem ni, Alhamdulilah..namun,tidak pula berniat untuk menceritakan pengalaman itu pada saat ini..

''saya terlalu baik bukan la kerana saya baik namun sesuatu yang saya belajar untuk memimpin kali ini, kerana saya mula bergiat dalam dunia kepimpinan dari form 4 dan form 5 dimana ketika itu saya sangat menekankan cara kepimpinan yang keras.Seandainya saya tak nak, itu adalah muktamad.saya akan arahkan diorang buat itu dan ini, dan saya?? saya akan duduk sebagai pengarah.semua itu berjalan lancar.Namun ia berubah bila mana saya mengikuti kem kepimpinan. jadi ketika itu, saya sedar bila berada dalam U ini, kita bukan lagi seperti pelajar sekolah yang buat apabila diarah.begitu jua dari segi psychology yang berbeza.Siapa suka dimarah? jadi saya buat keputusan untuk cuba mendegar idea orang lain meski time saat itu kita terpikir,mungkinkah idea ini bernas sedangkan idea yang asal masih terkontang-kanting??namun segalanya saya tahan,dan membenarkan melaksanakan idea tersebut,ternyata hasilnya diluar jangkaan.jika lah kita fikirkan saat ini, seandainya saya tak menerima idea dia, mampukah kita laksanakan projek ini sebaiknya?? tak dinafikan saat ditahan perasaan marah dan kekerasan itu ia sakit,nasib ada tonik..heheehhe.....'' itulah antara bicara pengarah dalam postmoterm projek malam tadi.

ntah mengapa rasa tersentap dengan kata2nya..sayu pun terasa jua..teringat kembali corak kepimpinan ku, meski pun bukan la kene conduct program besar macam dia, namun sedikit sebanyak ia tetap melibatkan cara kepimpinan meski hanya sekadar ketua group assigment.

seandainya dulu kita berbicara dengan alasan tiada asas kepimpinan yang kukuh seperti leader yang lain, tak pernah ikuti kem2 kepimpinan dan hanya berlandaskan kekuatan dan keyakinan diri untuk berubah.Namun apakah ia akan terus-menerus dijadikan alasan dalam hidup??ketika itu jua hati ini seolah terdetik, apakah manusia itu dijadikan untuk tunduk pada kelemahan yang ada? atau menjadikan kelebihan sebagai pemangkin kepada kekuatan untuk mengatasi kekurangan yang ada.paling tidak pun janganla terus mengulagi kesalahan yang sama..

tanpa sedar, itu la yang menyelubungi kita selama ini, manusia sering berpegang pada ketidaksempurnaan namun cuba mengejar sesuatu yang sempurna hingga la akhirnya tersungkur dipertengahan. menagis diatas kesakitan yang teramat sangat.namun, apakah kesudahannya..biarkan mimpi berulang lagi~

:) .. renung2 kan lah..

tiada kaitan dengan yang hidup atau mati, sekadar coretan hati untuk di fahami dan direnungi..pasti kalian turut merasakan tidak kira lah samada pada diri sendiri atau di sekeliling mu.. :)))))

cc-terima kasih pada semua yang hadir dalam hidup ini, membantu dan mengajar ku erti kehidupan.. <3 <3 <3

BICARA CINTA: REALITI DAN ILUSI

assalamualaikum n selamat pagi!!

mulakan hari dengan syukur dan senyuman..:)))))) !!

before mulakan entri hari ini, nak panjatkan kesyukuran pada Illahi..Alhamdulilah akhirnya dapat ku tamatkan tugasku sepanjang projek yang ku join sepanjang setahun ini.

sem ini terasa berat kerana banyak projek yang kene handle sem ini, walaupon tak banyak, namun kerana jawatan dan tugasan yang diamanahkan boleh la dikatakan agak sukar. Hari ni saya cerita sedikit tentang pengalaman handle program untuk pertama kalinya di UMKL ni..:))

FORUM

program forum ini adalah dibawah kelab KEMAS kolej kediaman ke-7 dimana ia merupakan projek ke-2 terbesar selepas projek anak angkat. Alhamdulilah tak etrlibat dengan projek anak angkat tu..hehehhe :)..kalau tak, boleh pengsan..hehehe..tak de lah..

ok, forum kali ini diberi tajuk BICARA CINTA: ANTARA RELITI DAN ILUSI..tema ini di cadangkan oleh felio iaitu cik oya. sebelum ini forum ini diberi tajuk CINTA SI DARA MANIS. Namun ditolak oleh master.hehhe..teringat kata-kata pengarah, kak ira time meeting postmoterm malam tadi.."malunya dengan tajuk asal,rasa macam tak nak mengaku akak sebagai pengarah projek, nasibla master tolak tajuk tu..hehehhe".

sebagai timbalan pengarah ia bukan la sesuatu yang mudah, nak2 pula saya masih budak mentah lagi, tak tahu sistem atau cara nak uruskan program.Meski ada pengalaman, namun itu pon hanya sebagai ahli jawatan biasa bahkan seperti yang kita tahu tiap tempat akan berbeza cara pentadbirannya.lagi2 ini adalah universiti..Namun time tu kuatkan juga semangat yang ada.Tanggungjawab mesti dilaksanakan,kepercayaan sepenuhnya diberikan pada pengarah,(chayok2 kak ira).. apa yang boleh ku lakukan akan ku tolong ia..sepanjang tu, banyak tanya SU kelab iaitu kak farah.( sebenarnya umur mereka sama jetapi disebabkan mereka dah tahun kedua terasa seperti kakak, dan lebih selesa panggil mereka kakak.)hehhe..sory ya kak farah..nak rasa muda sikit,,kuang2,, :p

seperti kebanyakkan projek, kami juga menghadapi masalah pada kewangan. susah nak cari, lagi2 prosedur surat tajaan yang lambat menyebabkan kami sukar untuk cari tajaan. bab tu paling panas la..Ada juga yang kata pihak kolej akan luluskan projek seminggu sebelum ia berlangsung. pong!! stress bukan main dengar tentang berita itu, bayangkanlah proses syarikat untuk beri kelulusan tajaan kebiasaannya memerlukan 1 bulan sebelum projek. bagaimana nak cari??..hmmm...harap pihak yang berkenaan boleh pertimbangkan perkara ini secara lebih rasional lagi..

Hari berlangsung projek (18/4/2013)

Meski dana belum dapat lagi, projek tetap dijalankan.Alhamdulilah semua AJK memberi kerjasama yang baik, tabik springggg untuk kalian!!!.. Ahli panel kami jemput fadtri yahya, fatimah syarha dan aimi sofia..

kami buat reheasel pada petang hari tersebut lebih kurang dalam pukul 4, setting semua peralatan. tempat dan sedikit latihan untuk para pengiring jemputan.Time tu banyakkan berdoa moga hari berjalan baik, terutama cuaca la.. moga2 tak hujan sebab dibuat kat court futsal kolej kediaman ke-7 tanpa sebarang khemah..memang beratapkan langit jela..(nasibla kalau apa-apa jadi)..hehhehe

Alhamdulilah, suasana yang suram terasa sangat meriah malam tu, dengan suasana yang nyaman, angin bertiup selembut bayu, mengurangkan bahang kepanasan cuaca dan kehangatan program..pada mulanya kami hanya menyediakan kerusi kurang dari 100 peserta kerana sepanjang tiga tahun forum yang diadakan di kolej ini, tak ramai yang datang..

Namun kehadiran penonton diluar jangkaan kami, habis semua kerusi kat dewan makan kami angkut turun bawah..dianggarkan lebih dari 150 orang penonton pada malam itu, tempat pula strategi sebab sementara menunggu mereka boleh beli makanan di koperasi atau ais kacang di kedai berdekatan(termasuk la saya...hehehe).

ada yang duduk kat gerai..ada yang duduk kat tepi2 tembok.semua dengar dalam keadaaan yang santai..rasa seronok je..hehhehe..rasa sangat teruja malam tu..di tambah sinaran bulan dan bintang-bintang yang menghiasi langit

sangat terharu bila ada yang sanggup datang dari kolej yang jauh dengan teksi semata-mata nak hadiri program kami ini..

program lebih kurang dalam 1 jam setengah..tak terasa masa yang berlalu, tak terasa bosan, kebanyakkan penonton tak balik awal sebelum program tamat.

Alhamdulilah segalanya selesai malam itu, terasa kurang sedikit keresahan yang ada. Tahniah kepada kak ira dan rakan-rakan yang lain..kami dapat feedback yang positif dari felo dan para penonton..kali ini ku belajar tentang kesabaran dan tawakal yang tinggi,Sesungguhnya sesuatu itu tak semudah yang dijangka dan tak bereti juga kita tak mampu untuk menghadapinya dengan cemerlang..:)
moga akan datang dapat dibuat penambahbaikan.. :)


bicara cinta:realiti dan illusi