Posts

Showing posts from February, 2014

usrah muzikal

Image
Assalamualaikum.. Alhamdulilah..sekali lagi Allah memberi nikmat untuk mengisi masa yang ada dengan menghadiri kuliah ilmu. sebentar tadi telah berlangsungnya satu program bertajuk usrah muzikal yang merupakan salah satu program yang disusun sepanjang minggu manifestasi islam di KK3. program ini diadakan dalam bentuk santai dan panel jemputan adalah salimah AF.. mungkin ada sebahagian yang kenal beliau.. ada juga yang tidak.. :D apapon itu tak penting..yang pentingnya adalah sikap dan isi yang dikongsikan sepanjang program. :D Alhamdulilah..setakat feedback yang saya dengar..ramai yang suka dengan salimah kerana sikapnya yang sporting dan bersahaja dalam berkongsi pengalaman dengan para penonton. secara tak langsung,para penonton terbuka dalam menerima pulak... so..dalam ceramah tersebut..beliau berkongsi serba ringkas berkaitan usrah.  pengalam beliau ke GAZA dan pengalamannya bertemu jodoh dengan suami beliau.. :D selesai program..kami menjamah sedikit bihun yang...

SEMBANG SELEBRITI

Image
Assalamualaikum.. semalam bersamaan 24/2/2014.. saya dan jiran2 depan dan sebelah berkesempatan mengikuti majlis ilmu di KK 3 iaitu SEMBANG SELEBRITI. majlis ni menampilkan bro sham dan kak heliza.. diserikan lagi dengan keletah moderator yang bersahaja dan kelakar sekali.. antara pengisian yang dikongsi oleh bro Sham terhadap soalan yang diajukan adalah, bagaimana bro Sham melihat suatu ujian itu as rahmat.  menurut bro Sham.. rahmat itu suatu perkara yang tidak dapat  dijangkau oleh akal fikiran..yang tidak boleh diterjemahkan melalui pacaindera.. kita pastinya akan merasa sangat sakit dan rasa tidak terdaya untuk melaluinya..sehinggala satu saat bilamana kita telah melepasinya pasti kita kan tersenyum dan bersyukur apabila kita mengenang kembali berapa kita berusaha untuk keluar darinya.. Pahala tidak dapat diukur dengan nilai mata wang..dan setiap ujian yang ada itu menunjukkan betapa Allah sangat sayang pada kita.  sepanjang beliau nak berub...

MALAM CINTA RASUL KK7

Image
Assalamualaikum. alhamdulilah.. pejam celik dah masuk minggu ke-2 sem 4. untuk pertama kalinya hati ini terasa sangat terisi dengan program2 ilmiah yang ada di UM ni.. tidak seperti sem lepas yang mana sepanjang malam disibukkan dengan kelas dan lab.. hingga akhirnya terasa tandus sekali jiwa ini tanpa bekalan dan "makanan" yang diperlukan. sedangkan banyak program ilmiah dan mentarbiah jiwa dihidangkan saban hari.. namun, hanya bisa di ketahui sahaja.. Sebagai pembuka tirai sem 4 ini.. dimulakan dengan pengisian melalui program MALAM CINTA RASUL anjuran KK7 yang telah berlangsung pada 21/2/2014.. ni program bawah JKP KEP (yang saya join) .. program ni menampilkan persembahan dari kumpulan qasidah bekas pelajar salah sebuah sekolah agama di Ampang. Serta penampilan istimewa PU FAKRUL sebagai penceramah pada malam tersebut. julung kalinya diadakan di KK7 UM . program serba ringkas namun sangat padat dengan pelbagai nasihat dan tauladan yang boleh diambil. program t...