Tuesday 25 February 2014

MALAM CINTA RASUL KK7



Assalamualaikum.

alhamdulilah.. pejam celik dah masuk minggu ke-2 sem 4. untuk pertama kalinya hati ini terasa sangat terisi dengan program2 ilmiah yang ada di UM ni.. tidak seperti sem lepas yang mana sepanjang malam disibukkan dengan kelas dan lab..

hingga akhirnya terasa tandus sekali jiwa ini tanpa bekalan dan "makanan" yang diperlukan. sedangkan banyak program ilmiah dan mentarbiah jiwa dihidangkan saban hari.. namun, hanya bisa di ketahui sahaja..

Sebagai pembuka tirai sem 4 ini.. dimulakan dengan pengisian melalui program MALAM CINTA RASUL anjuran KK7 yang telah berlangsung pada 21/2/2014.. ni program bawah JKP KEP (yang saya join) .. program ni menampilkan persembahan dari kumpulan qasidah bekas pelajar salah sebuah sekolah agama di Ampang. Serta penampilan istimewa PU FAKRUL sebagai penceramah pada malam tersebut.

julung kalinya diadakan di KK7 UM . program serba ringkas namun sangat padat dengan pelbagai nasihat dan tauladan yang boleh diambil. program tersebut mengajak orang ramai solat berjemah di tengah padang.. solat secara terbuka.. berqasidah dan kemuncak program dengan ceramah dari PU FAKRUL..

bagi saya.. walaupon ia nampak simple tapi sangat bermanfaat dan boleh dikatakan sebgai program terbaik sebabnya di dalam suasana yang terbuka ini..terdapat sahabat2 islam kita sendiri yang tidak tahu tentang solat.. so, dari ini..kita tidak hanya menyampaikan ceramah namun melakukan praktikal kepada mereka..

hinggakan ada sebilangan mereka yang hadir berasa takjub dan seronok bila dapat bersolat di bawah langit. tidak seperti sebelum ini yang mana mereka hanya tahu solat itu hanya boleh dilakukan ditempat tertentu seperti masjid .

alhamdulilah.. sungguh pengalaman ini menakjubkan..








No comments:

Post a Comment