Tuesday 13 October 2015

astronomi islam vs barat

assalamualikum.

hihiii..
orite,,, semalam aku pegi mencerap kat Baitulhilal, PD. macam biasalah..rutin bulanan sepanjang pengajian bagi kos aku ni..hihihi

cuma semalam agak terpana sedikit la.. sebab lama tak tulis blog. tetiba ada yang pm personal.. pasal astronomi..

fuhhh..

aku ingat dah jadi pekasam blog aku ni.. tak sangka masih ada mahu jadikan sedikit rujukan.

hihihi..

time kasih ya sapa yang sudi mejengah blog ni!! :D

orite,,semalam yang pm ak tu tye..

apa beza astronomi islam dengan barat?

hmm.. macamna nak explain eh?

mungkin secara mudahnya saya boleh bezakan dalam beberapa aspek seperti teori2, sistem dan kepercayaan

sedia maklum bahawa semasa zaman kegemilangan islam, sehingga berjaya menahluk 2/3 dunia, ketika itu barat mengalami zaman renaissance. ketika itu lah, tokoh2 astronomi islam bangkit. membawa ideologi dan teori2 tentang alam semesta.

kemudiannya ilmu ini tersebar luas. dan barat mula menceduk bidang2 ilmu dari negara islam. surat dari ratu England kepada kerajaan islam ketika itu, meminta supaya rakyatnya diajar ilmu pengetahuan (ni dapat menerusi program konvensyen falak di Shah Alam. korang boleh cari maklumat lebih lanjut))

orite.. sedikit sejarah ringkas korang kene tahu..so, kita ni banyak dimomokkan dengan agenda barat mengatakan sume ilmu dari dorang. sedangkan orang pertama menemui teori berkaitan pantulan adalah sarjanah islam (x ingat nama dia)

tidak semua teori moden ni ditolak mentah2 oleh islam.. islam tetap menerima selagimana tidak bercanggah dengan akidah islam. sedangkan dalam al-Quran sendiri banyak menceritakan prihal astronomi tanpa kita sedar.

selain itu, bilamana kita belajar berkaitan astronomi dan islam, pastinya tidak terkecuali perihal berkaitan ibadat. macamana tentukan arah kiblat. tentukan waktu solat,puasa dan sebagainya. ini sume memerlukan kemahiran dalam astronomi.

akhir sekali, secara ringkas la..astronomi islam itu bukan sesuatu yang baru atau terpisah jauh dari astronomi yang kita tau..macam kaji bintang,bulan.mahir guna teleskop..

astronomi islam tu adalah astronomi yang kita tahu tu tapi diharmonikan dengan pendekatan islam.

begitulah..

Wallahua'lam.

p/s: semoga perkongsian ni dapat memberi sedikit input pada kalian. mana yang kurang tu minta maap la.. banyak lagi perlu belajar.

sekian :D

No comments:

Post a Comment