Wednesday 3 July 2013

hay semua!!

assalamualaikum =)

alhmdulilah dah hari keempat di kampung halaman.. sempat juga melawat blog-blog sahabat yang lain. seronok! banyak pengalaman mereka. masa yang terluang ini rasa ingin diisi dengan kerja. selain mengisi masa yang terluang dan mencari pengalaman baru dapat tambah duit poket jugak..ehhehehe..

so,saya mulakan pencarian tersebut dengan menelefon sekolah-sekolah..mana lah tau ada rezeki...hmmm...kenapa saya pilih pekerjaan guru?? sebab bagi saya sangat seronok dapat mendidik anak-anak muda ini mengenal dunia. mengenal mahalnya ilmu dan betapa seronoknya berilmu.hehehe.. lagipula bila jadi guru rasa macam buka buku la jugak..yelah..sebelum mengajar kena study dulu topik yang diajar.banyak persediaan kene buat tau. bukan main redah je. bak kata orang.."semua orang boleh belajar, tapi tidak semua mampu mengajar" sebab untuk membuat orang paham apa yang kita ingin sampaikan itu tidak semudah yang disangka taw!!.

Sepanjang dua hari ni dah telefon hampir 20 buah sekolah tapi kebanyakkannya tiada guru yang bercuti.. nak kerja jauh-jauh mama dan abah tak galakkan dan kenderaan pun tiada.. tak mengapa.. fighting2!!

ntah mengapa, terasa rindu sangat warga Sekolah Islam Al-farabi, Meru (sekarang ditukar ke SIR AR-Razi).. ah, sekolah ini, dulu saya pernah bekerja sebagai guru sementara sepanjang cuti lepas spm dulu. lebih-kurang 2-3 bulan juga la sebelum masuk UM nilam puri.

sangat rapat dengan pelajar-pelajar, masa tu ajar pelajar dari darjah dua hinggalah darjah 5. Lagipula, saya rasa mereka seperti adik-adik sendiri. seronok melayan kerenah mereka dan yang pasti pengalaman itu juga membuat seribu satu pengajaran buat diri saya. yelah..ketika itu kan masih muda lagi..mentah lagi. macam-macam lah saya 'cuba try test"...hahahhaha...

disebabkan saya denda mereka, tak pasal-pasal keluar memorendum "Perkara yang guru boleh buat dan tidak boleh pada pelajar"..hahahha.. kesemua guru dapat memorendum tersebut sebab kebetulan banyak guru sementara diambil ketika itu..ehehhehe..nakal tak..?? agak-agak kenapa guru besar keluarkan.?? motif utama tak tau lah..cuma yang pasti, saya la yang pencetusnya..hahhahaha..Tak cukup dengan tu, saya konon-kononnya nak buat sesi kaunseling sebentar la dengan budak-budak ni. memang la menjadi, semua termuhasabah, tapi masalahnya nagis berjam-jam..tu tak tahan.. hmm.. tobat.. sekali jah la buat.. tak buat lagi  dah.!!

keesokkan harinya, seorang pelajar tanya saya " cikgu, cikgu buat sesi muhasabah kat kelas 2A ea semalam, buatlah kat kami juga"..hmm...pastinya!! saya tak akan lakukan..hahahha.. dan macam-macam lagi lah yang berlaku.. dengan sikap kurang matangnya..

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  __ _ _ __ _ _ __ _ __ _ _ _ __ _ _ __ _ _ __ _ __ _ _ __ _ _ __ _ _ _ __ _ _ __

ahhahha.. tulah antara yang menjadi kenangan manis yang sangat dirindui saat ini. Sedar tak sedar dah tiga tahun tak berjumpa mereka. sangat rindukan mereka.

ingin bertemu mereka, tapi selama ni sangat lah segan.hehehe.. tapi ntah bagaimana, semalam saya rasa nekad untuk menelefon salah satu rakan sekerja di sekolah tersebut. cikgu Jamilah.. sangat penyayang orangnya..rasa tenang dengan beliau. rasa macam bersama ibu sendiri. beliau antara guru senior disekolah tersebut.

Maka, mencarilah semula diari lama..kot2 la jumpa mana-mana nombor yang boleh dihubungi. Alhamdulilah, Allah ilhamkan saya menulis nombor anak-anak murid di dalam dairi tersebut.Jadi, bila henset ini buat hal, tak ada masalah la nak cari balik nombor-nombor yang hilang.

saya minta nombor telefon melalui anak murid saya bernama Arfah..ehhehe..otai tak cikgu dia..hehehe.. nak dijadikan cerita. Kebetulan bila saya call cikgu jamilah dan bertanya khabar, dia tanya, "nani cuti sampai bila".."nani cuti dalam dua bulan lebih macam tu lah, awal bulan sembilan ni balik U" "ahh..datang la sekolah, bawak resume sekali sebab ada guru nak berhenti dalam masa 24 jam, guru yang ganti tu masuk 22 julai ini..kalau nak la, boleh la 3 minggu ganti."..

Alhamdulilah.. walaupon 3 minggu ia tetap menjadi kesempatan berharga untukku..hehehhe.. rindu sangat nak mengajar disana.. Terima Kasih dan Syukur atas kurniaannya..

Pagi tadi niat hanya nak jumpa, tak sangka rupanya saya dah kena lapor diri, disebabkan saya datang dah tengah hari maka esok lah saya akan mulakan kerja sebagai guru.hehehe..

Saya akan mengajar BM untuk pelajar tahun 2 dan 3.. dan sempat bawa buku-buku yang sepatutnya untuk study sikit pelajaran yang nak diajar esok.hmm.. agak rumit sikit lah sebab tak pernah mengajar subjek bahasa. berbanding dengan subjek diniah yang saya pernah mengajar sebelum ini, subjek bahasa agak kompleks kerana subjek ini tak ada selibus yang tetap. Tiap tajuk bersangkut-paut.but i'll try my best!

Sebelum balik,sempat juga berjumpa anak-anak murid..dah besar panjang semuanya..dulu ajar masih kecik-kecik darjah 3, sekarang dah darjah 6. tinggi pun hampir sama..

Semoga pengalaman kali ini memberi suatu yang lebih indah..hehehe..

nervous dan exited menanti esok!!

welcome to school..

=))))

sekian..

No comments:

Post a Comment