Friday 18 July 2014

selamat beramal.. :)

assalamualaikum..

akhir-akhir ini sering kita diberitakan dengan musibah-musibah yang melanda.. ALLAH..segalanya milik dia.. kepadanya dimohon segala kekuatan dan ketabahan.. moga ujian dan teguran ini sebagai kifarah bukan bala yang diturun dek dosa yang berpanjangan..

berita hangat terkini adalah kes MH17 yang terhempas di sempadan Rusia.. berita ini dikhabarkan oleh sahabat saya pagi tadi.. baru saya sedar..sudah lama rasanya saya tak tengok TV apatah lagi berita-berita terkini..

selepas pulang dari kelantan pada ramadhan ke-4 hari tu.. siang hari dipenuhi aktiviti mengemas rumah dan malam selepas pulang surau..terus terlena dek keletihan..terasa rindu sekali pengalaman ramadhan dan berterawih di masjid kelantan..sayu sangat hati..kerna itu,apabila balik ke meru semula..saya berazam rajinkan diri ke surau.. dan moga diri ini terus kuat untuk beristiqamah..

selepas telefon dimatikan segera laptop ini dicapai dan dibuka.. terlihat video yang sahabat post..cuma.. berita tu dalam rusia..tak la paham apa dia cakap..cuma saya amati rakaman video yang ada tu..

termenung sejenak.. tergiang-giang kata-kata sahabat saya "awak..lihat berita tentang pesawat MAS yang terhempas..ada 6 anak-beranak yang turut terkorban..sedih tengok saudara-saudara dia..buat saya terpikir wakk..tiap orang tu ada dugaan dan ujian dia tersendiri.. sejauh mana kita kuat untuk hadapi..sedangkan kita ini..bila berlaku dugaan terasa sedih sekali..padahal kat luar sana ramai lagi orang2 yang lagi susah ujiannya."

saya ingat kembali kata-kata mama sahabat saya tu.. dia selalu pesan "kita hidup ni sementara, kita tak tahu bila kita akan mati.. selalu oyak kat diri kita..buat ibadat sungguh2...mungkin ini ramadhn yg terakhir utk kte sblum kte di jemput illahi..."

moga hati kita terus teguh dalam mencari redhaNya..apa yang berlaku semalam sudah menjadi sejarah.. apa yang penting adalah hari ini yang kita sedang lalui dan pastinya hari esok seolah mimpi yang kita ingin lakarkan..sungguh manusia itu ada peluang.. peluang untuk menjadi lebih baik selagi nafas belum dihujung helaan.. 

selamat menjalani 10 malam terakhir ramadhan..!! :))))

sekian.. 

No comments:

Post a Comment