Friday 18 July 2014

kisah teladan.. (erti taqwa)

assalamualaikum...

kesempatan ini ingin membuat coretan sedikit untuk renungan bersama..

disini nak kongsi kisah dari tazkirah pendek yang saya dengar ketika solat terawih di surau aritu..

tazkirah pendek berkaitan TAQWA..

"tuan-tuan sekalian, saya diberi masa sebanyak 15 minit untuk slot tazkirah kita hari ini.. biasanya saya ceramah 40 minit ke atas.. jadi, menurut saya dalam jangka masa yang singkat ni peringatan yang berkesan adalah menerusi kisah-kisah teladan kerana agak sukar untuk saya beri ceramah sebab mukadimah jer dah panjang.. jadi hari ini. saya bawakan 2 kisah untuk kita sama-sama renungkan..

kisah pertama adalah pada zaman alexander the great..anda tahu siapa dia.?? pemimpin dua tanduk.. bukan dua tanduk tu.. maknanya pemimpin yang mampu menguasai timur dan barat..keagungan pemerintahan beliau sehingga mampu membuat tembok penghalang kepada yakjut dan makjut..
kisah ini apabila beliau dan para pengikutnya perlu berperang (tak ingat perang apa) .. maka Alexander telah memaklumkan mereka akan berperang..dan untuk ke kawasan peperangan tersebut..mereka akan melalui satu terowong yang dipenuhi dengan emas dan berlian.. maka tibalah hari yang dijanjikan..maka tentera ini berjalan mengikut Alexander.. sampaila mereka berhenti dihadapan gua tersebut.. maka mereka diarahkan masuk.. susasana dalam terowong tersebut sangat gelap..tiada satu cahaya pon.. ada sebahagian pengikut yang mengambil 1 batu dalam terowong tu..ada yang ambil dua..ada yang penuhkan satu baju..begitu jua ada yang tak ambil apa2 langsung..

mereka teruskan perjalanan hinggalah dihujung terowong tersebut, mereka terlihat cahaya yang sangat terang.. apabila keluar dari terowong tersebut..mereka melihat kembali batu yang mereka ambil sepanjang perjalanan tadi..alangkah terkejutnya bahawa ia benar-benar adalah emas..dan sesungguhnya Alaxander bercakap benar..maka yang ambil satu tadi tu pon menyesal sebab tak amik dua..yang ambil satu baju pon menyesah sebab tak ambil banyak2.. yang tak ambil langsung tu lagi la menyesal.."

Dari kisah ini, sejauh mana kita percaya dengan janji Allah..? begitu jua para tentera tadi sejauh mana mereka percaya kebenaran yang diutarakan oleh pemimpin mereka. sungguh mereka tdak tahu sebab sepanjang terowong itu gelap.. begitu lah analogi kehidupan kita..taqwa kita pada DIA..percaya sepenuh hati pada balasanNYA diakhirat..kita tidak tahu saat kita tersandung dan hikmah ujian Allah beri..segala yang Allah kurniakan hinggala dihujung hidup kita..maka sesungguhnya sudah terlewat jika kita sedar dihujung nafas kita nanti..

waalalhuaAllam..

No comments:

Post a Comment