Tuesday 29 July 2014

erti taqwa siri 2

assalamualaikum..

dah lama tak update..before kita cerita pengalaman2 baru sempena raya tahun ni.. nak sambung dulu entri lepas berkaitan erti taqwa..aritu juz cerita 1 kisah dari tazkirah yang disampaikan..

so.. hari saya nak habiskan kisah tersebut..

orite..

kisah ke-2 ini adalah berkaitan dengan seorang raja dan tukang kayu diraja..

"tukang kayu ini  sudah lama berkhidmat dengan raja.. hingga lah satu hari dia berasa ingin bersara dari perkerjaannya.. maka dia pon mengadap si raja..
"ampun tuanku, sesungguhnya patik telah lama berkhidmat dengan tuanku..maka saat ini, izinkan lah patik mengundur diri dari pekerjaan ini" kata si tukang kayu..

maka raja itu pon berkata "beta akan perkenankan hasrat tuan hamba setelah tuan hamba menunaikan satu syarat ini.. syaratnya ialah tuan hamba perlu membina satu rumah paling indah.. dari segala perkakas, peralatan dan seni bina yang cantik.soal duit atau bahan beta yang tanggung.."

maka si tukang kayu ni berdengus sendiri.. "apalah si raja, aku sudah ingin bersara..baru dia nak bina rumah la apa lah..hmm.. tak kesahla..asal aku buat sudahla.."

maka si tukang kayu itu pon binalah sebuah bangunan yang diperintahkan oleh raja.. namun kali ini dia hanya buat ala kadar sahaja, seni binanya juga mengunakan bahan yang biasa2 sahaja asalkan cepat siap untuk dia bersara..

maka..setelah beberapa waktu..dia mengadap si raja.. maka kata si raja "cepat pula tuan hamba bina..? maka..seperti janji beta.. beta perkenankan persaraan tuan hamba..dan sesungguhnya rumah yang tuan hamba bina itu sebagai hadiah dari beta untuk tuan hamba"..

maka saat itu, si tukang kayu berasa sungguh menyesal kerana buat sambil lewa.. seandainya dia buat bersungguh2.. pasti dia dapat miliki mahligai yang indah.."

dari kisah ini kita dapat ambil pengajaran sesungguhnya ibadah yang kita buat itu semua ganjarannya disisi Allah..kita tidak tahu apa yang akan DIA beri pada kita.. seandainya kita lakukan bersungguh2 dan dijanjikan menjadi milik kita..maka sesungguhnya kita adalah seorang yang beruntung.. seandainya dilakukan sambil lewa, maka jadilah kita seperti si tukang kayu diraja.

dari perkongsian ini.. diharap kita sama2 dapat ambil pengajaran dan berusaha untuk bersungguh2 dalam apa jua yang kita lakukan..

insyaAllah.. :D

selamat malam... <3

No comments:

Post a Comment