Posts

Showing posts from July, 2014

erti taqwa siri 2

assalamualaikum.. dah lama tak update..before kita cerita pengalaman2 baru sempena raya tahun ni.. nak sambung dulu entri lepas berkaitan erti taqwa..aritu juz cerita 1 kisah dari tazkirah yang disampaikan.. so.. hari saya nak habiskan kisah tersebut.. orite.. kisah ke-2 ini adalah berkaitan dengan seorang raja dan tukang kayu diraja.. "tukang kayu ini  sudah lama berkhidmat dengan raja.. hingga lah satu hari dia berasa ingin bersara dari perkerjaannya.. maka dia pon mengadap si raja.. "ampun tuanku, sesungguhnya patik telah lama berkhidmat dengan tuanku..maka saat ini, izinkan lah patik mengundur diri dari pekerjaan ini" kata si tukang kayu.. maka raja itu pon berkata "beta akan perkenankan hasrat tuan hamba setelah tuan hamba menunaikan satu syarat ini.. syaratnya ialah tuan hamba perlu membina satu rumah paling indah.. dari segala perkakas, peralatan dan seni bina yang cantik.soal duit atau bahan beta yang tanggung.." maka si tukang kayu ni be...

kisah teladan.. (erti taqwa)

assalamualaikum... kesempatan ini ingin membuat coretan sedikit untuk renungan bersama.. disini nak kongsi kisah dari tazkirah pendek yang saya dengar ketika solat terawih di surau aritu.. tazkirah pendek berkaitan TAQWA.. "tuan-tuan sekalian, saya diberi masa sebanyak 15 minit untuk slot tazkirah kita hari ini.. biasanya saya ceramah 40 minit ke atas.. jadi, menurut saya dalam jangka masa yang singkat ni peringatan yang berkesan adalah menerusi kisah-kisah teladan kerana agak sukar untuk saya beri ceramah sebab mukadimah jer dah panjang.. jadi hari ini. saya bawakan 2 kisah untuk kita sama-sama renungkan.. kisah pertama adalah pada zaman alexander the great..anda tahu siapa dia.?? pemimpin dua tanduk.. bukan dua tanduk tu.. maknanya pemimpin yang mampu menguasai timur dan barat..keagungan pemerintahan beliau sehingga mampu membuat tembok penghalang kepada yakjut dan makjut.. kisah ini apabila beliau dan para pengikutnya perlu berperang (tak ingat perang apa) .. maka Al...

selamat beramal.. :)

assalamualaikum.. akhir-akhir ini sering kita diberitakan dengan musibah-musibah yang melanda.. ALLAH..segalanya milik dia.. kepadanya dimohon segala kekuatan dan ketabahan.. moga ujian dan teguran ini sebagai kifarah bukan bala yang diturun dek dosa yang berpanjangan.. berita hangat terkini adalah kes MH17 yang terhempas di sempadan Rusia.. berita ini dikhabarkan oleh sahabat saya pagi tadi.. baru saya sedar..sudah lama rasanya saya tak tengok TV apatah lagi berita-berita terkini.. selepas pulang dari kelantan pada ramadhan ke-4 hari tu.. siang hari dipenuhi aktiviti mengemas rumah dan malam selepas pulang surau..terus terlena dek keletihan..terasa rindu sekali pengalaman ramadhan dan berterawih di masjid kelantan..sayu sangat hati..kerna itu,apabila balik ke meru semula..saya berazam rajinkan diri ke surau.. dan moga diri ini terus kuat untuk beristiqamah.. selepas telefon dimatikan segera laptop ini dicapai dan dibuka.. terlihat video yang sahabat post..cuma.. berita tu dala...