Sunday 17 March 2013

Astronomi islam


Assalamualaikum semua. inshaaAllah kali ini nak berkongsi kisah suka duka saya dalam mendalami bidang astronomi islam di universiti MAlaya ini..

ASTRONOMI ISLAM VS FALAK???

seringkali kita dengar seolah-olah astronomi dan falak ini berbeza?? atau ada segelinting mempunyai fahaman kalau kita menyebut falak ia hanya berkaitan penentuan arah kiblat dan penentuan waktu atau hari raya.manakala kalau astronomi,ia dilihat seperti suatu bidang sains angkasa yang menakjubkan.Maka adakah ia tetap berbeza.??

Sebenarnya ia adalah perkara yang sama.Hanyalah nama sahaja yang berbeza. Falak adalah bahasa arab yang merujuk kajian alam semesta,dalam al-Quran pun ada menceritakan tentang astronomi dengan menggunakan lafaz 'FALAk'.

fist day masuk kelas astronomi

Masuk sahaja kelas tersebut..huh..terasa besar sungguh bilik tersebut sebab hanya 5 orang sahaja pelajar perempuan, selebihnya pelajar lelaki lebih-kurang 12 orang.Namun,sebenarnya tak la besar sangat.hehhe.makin terasing bila hanya saya dan aisyah sahaja dalam kalangan pelajar  perempuan yang tiada latar belakang sains sepanjang sejarah pendidikan kami.huh..dalam hati hanya boleh cakap"ku serah segalanya padaMU.."

Namun tak dinafikan bila dah lama-lama belajar, seronok sangat.walaupun banyak sangat cabaran tapi semua tu tak dapat halang minat terhadap bidang ini.Tiap kali keluar waktu malam,tak kisah la walaupun hanya jalan-jalan depan kolej mesti pandang langit sebab nak tengok bintang.

sebenarnya minat tu dari kecil lagi, memang suka pun tengok langit.Paling tak boleh dilupakan pengalaman di kem Marang,Terangganu.Nak cerita memang panjang la.Diringkaskan, kebetulan pada malam kedua tersebut kami semua berkumpul di pantai.

'wah..SubahanaAllah cantiknya!!~ perkataan pertama yang terdetik dihati, betapa banyaknya gugusan bintang di langit,terasa macam mimpi.macam di alam Fantasi pun ada  jugak.Balik rumah,punya la semangat nak cerita kat adik-adik.sampai saat ni tak jemu bersembang pasal peristiwa tersebut.

Balai Cerap Bukit Kemang,Negeri Sembilan

Tempat ini lah yang selalu kami akan buat cerapan tiap bulan.Walaupun tidak belajar lagi cara mencerap dan cara pengunaan teleskop,tapi kami diminta ikut untuk biasakan diri dengan aktiviti ini.Lagipun aktiviti ini merupakan salah satu program wajib jabatan kami. Berbagai pengalaman yang berlaku, tapi lain kali lah saya cerita.InshaaAllah.


Balai Cerap Teluk Kemang,Negeri Sembilan




posing sebentar sebelum mencerap...

Last gambar ini adalah rakan-rakan kelas astronomi saya.Cuma sorang tak ada hanani(sedang ambil gambar).
Moga kami semua tabah menjalani apa berlaku pada hari esok.:)

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment