Sunday 24 March 2013

FESENI PERTAMAKU

Assalamualaikum..

     Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk pertama kalinya menyaksikan keunggulan bakat-bakat artis Universiti Malaya dalam acara FESENI baru-baru ini. Tak dinafikan bakat mereka sangat "tip top'', tapi adakalanya bosan juga kerana  kebanyakkan acara yang dipertandingkan diwakili oleh perserta yang sama. Tiadalah niat untuk saya komen tentang mereka.Malah bakat-bakat itu sangat dihargai. 

14/3/2013

Hari tersebut adalah hari bagi  pertandingan nasyid.Inilah kali pertama acara Feseni kami sertai.Asalnya untuk bagi semangat pada kawan yang bertanding tu je.Tapi dah alang-alang pergi,tengokla sampai habis,tapi sebenarnya nak tak nak kene juga tunggu sampai habis sebab kumpulan tersebut tu dapat giliran yang terakhir.hehehhe..Walaupun agak lewat kami sampai, namun terasa berbaloi sebab kumpulan nasyid yang ingin di saksikan belum lagi membuat persembahan( kolej 12 B). Allamdulilah.. DTC pada malam tersebut hampir penuh.Malah terdengar perbualan kakak-kakak yang jual tiket tu kata pertandingan ni paling banyak penonton hadir. memang sangat sengit persembahan yang dihidangkan kepada kami. wow..ehhehe..terkelu lidah. paling seronok ketika persembahan kolej 12 B dan kolej 7 B.Persembahan sangat mantap!!Persembahan kolej 12 sangat unik serta lagu kotemporari mereka sangat menyentap, tarian boleh tahan, bak kata senior "tarian robot'.ahahhahha..Tidaklah nak memuji lebih-lebih tapi sepertinya relitinya begitu lah.Kolej 7 B pon seronok,baju ala-ala pengantin gitu..make up punye pasal..sampai tak kenal mana satu sahabatku.kalau bab lagu,selalu dengar kawan berlatih lagu tu, jadi, rasa macam da sebatilah.. :)..

Tema warna kumpulan yang bertanding macam lebih kurang je.mejoriti warna biru atau merah.hanya kolej 9 jela, warna kuning.Malam tu berlangsung dengan lancar la.cuma ada sebahagian penyokong terlolong menjerit pada sahabat-sahabat mereka diatas pentas.hmmm...biarlah, mereka sekadar ingin meluahkan sokongan mereka je cume bingit sikit la..tahan jela~

Seperti yang dijangka la kan, kumpulan kolej 12 B menjuarai pertandingan nasyid pada tahun ini, diikuti kolej 7 dan kolej 9.

20/3/2013

Hari ni adalah hari berlansungnya pertandingan puisi. kawan bilik aAini bertanding mewakili kolej 7. Malam tu hanya berdua bersama fairus ( rakan bilik zati). Asalnya tak nak pergi..namun akhirnya dia setuju.hehehe..jahatnya la saya,dia banyak kerja saya ajak dia pulak..apapun terima kasih eh fairus..:)
kolej 7 dapat tempak ke-4, mungkin didsebabkan persembahan agak ringkas tapi tak mengapalah bagi kami diorang da terbaik mungkin tiada rezki..


23/3/2013

Akhirnya sampai juga hari kemuncak program ini, iaitu malam juara-juara. punya la semangat nak pergi tengok, kami makan cepat-cepat..huh..rasa nak tercekik..hajat nak bawak masuk makanan, namun tak jadi.nasib baik..huh selamat~..malam tu dimulakan dengan acara puisi..tapi mejoriti tak da la menunjukkan persembahan sehebat malam yang mereka bertanding..paling seronok ketika persembahan akustik dan tarian tradisional cina.Akustik tersebut mendengdangkan lagu DOREMON VERSI AKUSTIK..sangat kelakar!! dengan kuali periuk bagai..paling seronok bila bunyi itik tu, adik yang duk picit patung itik tu segan silu je..hehhee..Bagi tarian cina tu, sangat unik..lari-lari..tang main kipas tangan tu paling cantik.nampak macam obor-obor..
 Akhir sekali juara keseluruhan dimenangi oleh kolej 12 selama tiga tahun berturut-turut ini.Kolej 7 dapat tempat ke-3..Alhamdulilah..ada peningkatan dari tahun yangt sebelumnya.Tercapai gak hasrat master kolej kami. :)

para peserta nasyid kolej 7 B

peserta acara deklamasi puisi kolej 7 

*Pertandingan yang disertai kawan-kawan saya..tahniah anda semua..moga terus cemerlang !! :) 

sekian....

No comments:

Post a Comment