Wednesday 28 August 2013

heartstrings....!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..:)

tak sedar kita dah melangkau jurnal 12 minggu kan.?? sedar tak sedar akhirnya tiba juga masanya..Alhamdulilah..

minggu ini saya tiada sebarang aktiviti khusus yang nak dikongsikan kerana boleh dikatakan sepanjang hari berada dirumah selepas hari-hari dipenuhi dengan aktiviti baraan..hehhe..

Alhamdulilah..sepanjang minggu lepas dan minggu ni berjaya puasa 6 hari dibulan syawal..inspirasi dari adik bongsu saya yang sungguh-sungguh nak puasa enam..last2 satu keluarga sedang berusaha habiskan puasa enam bulan syawal ini..ditambah pula tahun ini adik-adik saya akan duduki exam SPM dan UPSRA.
kira macam beri sokongan moral gituu..ngeee..:))

sepanjang minggu ini, rutin hari-hari adalah kemas rumah disiang hari dan ambil adik di petang hari..disebabkan trial PSRA adalah setara..so, walaupon sekolah beliau satu sesi, still kene duduki exam sebelah petang selaras dengan sekolah-sekolah SRA sekitar daerah KLANG. lepas balik pulak, tolong mama sediakan juadah berbuka..

masa yang terluang ini,serta mencari idea untuk menulis,saya menjengah blog-blog sahabat seru yang lain..kebetulan pula abang mirul ada send blog dari group seru yang lain..dan..saya juga telah menjelajah blog mereka..best sangat!!.. walaupon saya tak de idea or cerita yang menarik..tulisan blog mereka dapat memberi inspirasi pada saya..! keep it up ya!!.hehehe...

dibandingkan menonton tv, saya lebih suka mendengar radio..tapi, dalam 2 minggu ni, saya sempat habiskan menonton cite korea di tonton.com.. anda tau cerita HEARtSTRINGS..?? rasanya ia cerita lama..tapi masih baru dalam senarai drama korea di tonton.com(agaknyer la)..

nak kata minat sangat pada filem korea..hmm..i dont think so la. cuma kalau filem tu menarik, baru la..hehhee..sebab jarang tengok tv, saje2 la bukak tonton.com.kebetulan pulak terjumpa cite ni..sebabkan iklan dia nampak menarik dan hanya ada 13 episod..so, hati saya tertawan untuk monontonya!! yeah.!

secara ringkasnya, cerita ini berkaitan cinta dan cita-cita..bagaimana untuk berkorban demi mengapai kedua-duanya..boleh dikatakan cerita ini berunsur motivasi dalam suasana yang santai..dimana watak utamanya digambarkan pada awalnya seorang yang hanya meletakkan masa depan dengan impian datuknya, iaitu menjadi pemain muzik tradisional korea yang terkenal,seorang yang kurang berkeyakinan,dan terlalu mengendahkan kata2 orang lain.Namun akhirnya beliau berjaya menjadi pelakon terkenal,berwawasan,berdaya saing dan mempunyai matlamat sendiri selepas bakatnya berjaya dicungkil oleh seorang pengarah terkenal sempena Hari Ulang Tahun ke-100 universiti tersebut(watak dalam cite tu la)..

ahh..!!nak tau kisah sebenarnya..bolehla untuk menonton cite tu..kat youtube pon ada.:)))...bukan la nak promote..juz kalau ada sesiapa yang teringin nak tengok la,sementara cuti yang masih berbaki ini..hehhe..

disini salah satu lagu dalam drama tersebut yang mana seni katanya saya suka...

♪♪aku pernah sesat disebabkan rasa takut..♪♪
♪♪tidak dapat melihat dengan jelas jalan dihadapan...♪♪
♪♪aku tidak tahu apa yang sedang menunggu aku pada hari esok...♪♪
♪♪aku ingin menyorok kerana rasa takut..♪♪
♪♪aku ingin menyorokkan diri...♪♪
♪♪tapi hari ini berlainan...♪♪
♪♪kini aku telah berdiri semula..♪♪
♪♪aku boleh menyanyi sekuat hati,,,♪♪
♪♪melupakan semalam,aku menyanyi demi hari esok..,♪♪
♪♪ucapkan selamat tinggal pada hari-hari..♪♪
♪♪dimana aku menyorok tanpa keyakinan..♪♪
♪♪aku percaya pada diriku yang penuh semangat ini..!,,♪♪
♪♪demi hari esok..♪♪
♪♪demi CITA+CITAKU,,♪♪
♪♪TERUS MENGHALA KE HADAPAN....♪♪





sekadar ini sahaja lah yang dapat saya kongsikan kali ini..maap kiranya tiada cerita yang menarik..harap anda terhibur dengan perkongsian ini..

sekian..:)))

No comments:

Post a Comment