Sunday 18 August 2013

Geng baraan AR-RAZi..:))

Assalamualaikum =)

alhamdulilah..setelah 5 hari tiada internet..hari ini, dapat  juga saya update blog ni..:)
hari ini genap lah kita menyambut syawal ke-11. begitu pantas masa berlalu kan..?? sepantas masa yang berlalu, sebanyak itu jualah peristiwa dan pengalaman baru sepanjang minggu ini. :)

minggu ini, jadual saya banyak dipenuhkan dengan aktiviti baraan (konvoi raya). yelah..kebanyakkan teman taulan semuanya dah habis beraya dikampung. begitu jua lah kami, pada syawal ke-3 yang lepas dah ke kampung. pada awalnya nak ke sabak bernam, tapi disebabkan jalan sesak, ayah terus ke perak dahulu. petang tu baru ke sabak bernam..ingat nak singgah rumah coursemate dulu sementara ayah berehat,tapi tak sempat..malam itu juga kami balik ke rumah. risau jugak dah hampir setengah jalan, ayah mula mengantuk, aishhhhhh...biasalah abah, selagi boleh bertahan,selagi tu tak tukar pemandu..agak-agak dah sampai sekincan(kalau tak silap), baru berganti dengan saya. sepanjang malam,semuanya terlena! howwwww..redah kesunyian malam sendiri..Alhamdulilah, jam 1 pagi sampai ke rumah.. :)

dikesempatan ini juga, saya mencipta satu pengalaman baru untuk raya tahun ini.. sebagai satu "kelainan" lah untuk raya kali ni.. bersesuaian dengan tema raya "persaudaraan lebih utama", saya buat konvoi dengan student2 saya..hahahhaha..tak tau la penah dibuat orang ke tak, cikgu konvoi dengan student.????.hihihihi.

ntahla..saya pon tak pasti tujuan utama saya plan konvoi ini, pada saya, selain mengisi kekosongan raya ni, saya ingin menyambut raya dengan mereka, sejak 3 tahun yang lepas, saya tak berpeluang lansung menyambut raya dengan mereka, tak kira la melalui sambutan raya kat sekolah dorang atau pon ketika dorang datang beraya kat rumah saya. saya sentiasa tiada. biasanya time tu saya dah start sem baru kat UMNP.so, kali ni..dengan cikgu2 nyer sekali ikut beraya!!amik kauu..!! hahahhaha..

Pada permulaan buat plan ni, saya ragu-ragu..apakah saya ingin turuti ego saya, atau ikut kata hati saya..?? yelah..kalau ikot ego, mana ada guru baraan dengan pelajar..dorang la kene datang rumah saya, tapi kalau ikot hati, saya nak habiskan masa sehari ini bersama mereka, mencipta kenangan baru dengan mereka, mengembirakan serta meraikan mereka yang akan menghadapi periksa besar tahun ini.

Dalam pada itu, saya cuba kuatkan hati saya, yakin dengan apa yang saya lakukan.. saya call 2-3 orang pelajar..saya utarakan plan saya ni. Alhamdulilah..hasrat hati saya disambut baik. saya minta mereka aturkan sapa yang nak join dan rumah mana yang ingin diziarahi.

bolehla dikatakan, sambil menyelam minum air..ehehhe.. dalam saya plan aktiviti yang buat diorang gembira, dalam masa yang sama saya ajar dorang macamna nak uruskan satu2 program..pada saya, walaupon aktiviti ini simple, tapi kalau tak dirancang dengan baik, ia tak akan sempurna.

*hari: rabu
*jam: 9pagi-6 petang
*rumah: 10 buah (target)
*kenderaan : avanza
*bil.peserta: semuat avanza

*maklumat asas yang saya beri pada mereka. Alhamdulilah, tempoh 2 hari saya beri, mereka memberi kerjasama yang sangat baik. hampir 100% urusan bilangan peserta mereka yang uruskan, saya uruskan sebahagian kerja berkaitan call rumah yang ingin diziarahi terutama rumah guru-guru la..sian pula mereka tak ada nombor telefon cikgu.

tak dinafikan, ia tak semudah yang difikirkan, kebanyakkan budak2 ni ada aktiviti dengan family dorang la..so, tak semua dapat join. hingga akhirnya hanya 5 orang pelajar tahun 6 yang benar-benar boleh ikut serta.

pada saya, tak mengapalah. malam tu, saya sukar untuk tidur. risau kalau-kalau rancangan tak menjadi ker esok..hehehe. berbekal doa dan tawakal, saya lenakan mata untuk pengalaman baru tersebut..

tepat jam 9 sampai ke rumah afiqah..kesemua pelajar diminta berkumpul dirumah tersebut. yelah..tak kuasa saya nak angkut sorang2 kat rumah masing2..hehehe..nampak sistematik sikit kan..?? huahuahua..

segan jugak la nak masuk sebab saya je yang datang time tu,yang lain tak sampai lagi..hehhee..tapi tak mengapalah sebab mak ayah afiqah merupakan ALP(ahli lembaga pengelola) SIR-RAZI.. pendek kata, mereka ni majikan saya la..:)..so, ibarat saya melawat majikan saya la.kuikuikui..

beberapa minit selepas saya datang, baru la sorang demi sorang tiba. Tak semua dari kalangan mereka yang tau rumah afiqah ni..so kene ada yang menyambut lah. dalam tak sedar, saya yang pergi menyambut?? aishhh..dalam pada itu, sempat jugak saya cakap " sapa tuan rumahnya sekarang ni??"..

orang kata, kalau kita bergaul dengan orang dewasa kita akan matang, tapi bila bergaul dengan kanak-kanak.?? arrrr..jadi kanak-kanak lah gamaknya!!..siap mak salah sorang pelajar tu ingat saya ni kawan-kawan dorang..tak tau la saya ni yang muda or dorang yang matang (masuk bakul angkat sendiri) ahahhaha..
bila saya perkenalkan diri baru lah dia panggil saya cikgu..saya lak?? saya blur sebenarnya nak panggil ibu-ibu dorang ni apa..?? kakak, autie, mak cik, ummi..?? hmmmmm...

mungkin sebab adik bongsu saya sebaya mereka, jadi saya mudah masuk dengan mereka lah.. berbanding pelajar yang atas or bawah dari umur dorang..hehehhe..

agak lama jugak la stay kat rumah afiqah sebab rumah ke-2(iman), mak dia tak ada kat rumah sebelum kol 10pagi..tepat jam 10 pagi, kami berangkat ke rumah iman..selesai makan dan bergambar, kami berangkat ke rumah salah seorang anak ALP (nasrina).. so, alang-alang da sampai, ajak lah budak tu sekali..so.. kete time tu betul-betul penuh.. 5 pelajar + adik afiqah dan nasrina..tapi Alhamdulilah..sepanjang perjalanan tak da masalah berebut tempat duduk..semuanya pandai nak atur dan saling bertimbang rasa..:)

kami melawat rumah atikah,hani, ustazah sal, ustazah mazroha, ustazah liz (guru besar), ustaz wan, asma..kembara raya kali ni agak "laju" lah jugak..pukul 3 petang dah rumah ke-9.. tapi disebabkan pelajar2 tu nak habiskan sampai pukul 6+++..so, try la tepon rumah cikgu intan..alhamdulilah..sempat ke rumah beliau. jam 5 petang, saya bawa mereka solat asar di masjid aT-Taqwa..senang! tak yah susah2 nak solat uma orang..ehehhe

jam 5.30 petang kami bertolak ke rumah ke-11, rumah terakhir dan paling jauh di bukit kerayong (dekat dengan jeram)..take time 15-30minit untuk ke sana. rumah ini dikatakan pernah dijadikan salah satu tempat pembikian filem "raya tak jadi" ..so, siapa yang nak tengok..boleh la tonton cerita tu ea..promote2..ahahhaha

Disebabkan rumah terakhir, kami agak terleka sedikit la..selesai makan dan bergambar, hampir jam 6.30 baru berangkat pulang (terlebih sudah)..hehehhe..

hantar la budak-budak ni ke rumah masing-masing..mana2 yang jauh tu, tunggu kat rumah afiqah..jam 7 petang sampai rumah..wah...penatnya~~..tapi rasa sangat berbaloi..


yang sebelah saya kiri tu cikgu maz..yang lain tu sume student,,
nampak sama umo tak.??hahahha


posing2 di rumah iman..



rumah ustazah salasiah..

kenangan bersama cikgu mazroha (senior yang paling saya rapat)..<3


bersama anak Guru Besar..hheehe


rehat sebentar..rumah cikgu intan..:)

insyaAllah menjadi kenangan terindah raya 2013..<3333

moga ukhuwah ini terus terjalin dalam redhaNYA selamanya..amin..buat student2..moga mereka terus success dalam hidup ea!!!

sekian..:)))

No comments:

Post a Comment