Thursday 8 August 2013

Assalamualaikum =)

apa kabar  semuanya..??hehehhe..Alhamdulilah syawal telah menjelang..dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas segala salah silap selama ini.=))))

semoga ramadhan yang lepas ini diterima segala amalan dan mendapat kerahmatan dan keampunan daripadaNYA. amin...

Raya kali ini bersederhana sahaja..kami tiada lah berhias bermacam-macam..hanya membersihkan rumah..tiada pun beli barang-barang baru..kuih pon beli ala kadar je..hehhe..Alhamdulilah..

bagaimana pula dengan anda??hehehhe..ntah la..saya rasa syawal kali ini ramai yang menyambut dengan sederhana sahaja.kebanyakkan rumah pun begitu..Namun keadaan tetap meriah..jalinan persudaraan itu lebih utama..hehehhe

Seperti biasa, pagi raya mama akan menyediakan sedikit juadah sarapan sebelum pergi sembahyang raya..sementara tu, yang anak dara ni,sedia-sediakan balang kuih raya la...selepas abah dan adik2 balik dari solat, kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman.

lepas tu..??hah..berangkat la ke rumah nenek (10 minit dari rumah )..biasa hari pertama kami beraya di sini sahaja sebab nenek sebelah abah dah tiada.. lagipula di meru ni ramai sanak-saudara atok dan nenek..so, kami kebiasaannya bila dah berkumpul di rumah nenek, menjamah sedikit juadah yang ada (aishhhh..makan je kan..?? hheehe..kata pn raya..kui2..). lepas tu, bermula lah sesi salam bersalaman dan fotografi.

raya tahun ni tak ramai yang balik kampung nenek untuk raya pertama..mybe giliran mereka beraya sebelah sana..so, kali ni, kami konvoi 4 buah keluarga sahaja. kebetulan sume pakai kereta panjang-panjang (avanza dan estima)..hahahaha..senang nak cam kereta..tak lah yang ketinggalan nanti..

malam tu pula, mereka beraya dirumah kami..macam biasa..steambot la yang jadi menu pilihan kami..hehehe..senang!! tak yah susah2 nak pikio..sapa nak..masak sendiri...hehehhe..yang specialnya, ahh..udang!! yup..tiap tahun akan ada udang besar (tak tau lah pula nama udang tu jenis apa)..biasanya abah akan mancing pastu simpan untuk rumah terbuka macam ni lah..disebabkan abah minat memancing dan pandai memancing.so, banyakla hasil tangkapan tu..kami ni pon tak terluak nak habiskan...ngeeeeeee :)

hmm...sementara ngah cuti la katakan..so, saya plan nak penuhkan raya tahun ni dengan beraya bersama kawan-kawan..kebetulan pula pelajar2 mesir semuanya balik..wahhhhh..meriah la nanti..lama tak jumpa mereka..diperantauan katakan..:)))
biarpon rumah serba sederhana, namun ikatan ukhuwah luar biasa..hahahha..

insyaALLAH minggu depan akan beraya bersama sahabat handai..minggu ni..?? keluarga la..!! lagipula kebanyakan mereka semua masih beraya dikampung,.

moga raya anda juga meriah tahun ini... salam aidil fitri..maap zahir batin!!

sekian.. <3

No comments:

Post a Comment