Thursday 30 May 2013

MAZ

Assalamualikum!

Dua minggu ni banyak perkara baru yang ingin dicerita, dikesempatan ini saya ingin bercerita tentang MAZ.
ahhh..apa itu MAZ..ia adalah singkatan bagi MALAM ANUGERAH ZABA..kiranya malam annual dinner untuk kolej kami, kolej ke 7 di hotel dosertt subang..

Rasanya kolej kami lah kolej paling lambat buat annual dinner sedangkan kolej-kolej lain sudah selesai dua atau tiga minggu sebelum. Pada saya, bagus juga lambat-lambat sikit, baru terasa kehangatannya..hahaha..namun bila lihat pada AJK pelaksana..kesian juga kat mereka sebab dihujung-hujung sem ini lah semua assgment nak dihantar,(sebab antara AJK tersebut adalah kawan saya).namun ternyata mereka tetap berusaha melaksanakan projek ini..dan disini saya inginkan ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya menganjurkan projek ini terutama pada kawan-kawan tersayang- fairus,zati,nani,dija,ili,kak ecah. korang memang terbaik!!

ok, berkisar pasal MAZ ni, sangat exited menunggu hari kejadian.siap beli baju untuk dinner lagi..walaupun baju tu memang dibeli sebab nak guna hari-hari namun oleh kerana dirasmikan pada malam tersebut, automatik la jd baju khas dinner kan.??hehehhe..

punyalah leka buat kerja depan laptop dan susah nak buat keputusan pilihan kolej untuk tahun depan (almaklumlah ambo memang susah buat pilihan), tak sedar jam pukul 5.30 pm..bas bertolak pada jam 5.45pm..huh..masa ni rasa dasyat sungguh pengalaman pertama ni..awal-awal lagi da tak beres. nasib la sempat kejar. naik bas jam 6 petang..hehhe..lambat bebenor.~ (jangan tiru habit ini!!)

nak dipendikkan cerita, disebabkan kalam-kabut maka tertinggal la eset utama..cermin mata!!--alamat la main redah jah..memang tak nampakla kan, sian kawan saya, nurul aini..terpaksa menjadi 'tongkat' saya..kemana sahaja pergi saya ikut. terasa macam belangkas la pulak..

suasana meriah namun saya rasa hambar sikit, sebab mungkin faktor kurang jelas penglihatan dan sangat lah lapar,satu hari memang tidak menjamah nasi langsung. buat kerja dalam bilik saja. terasa lama lah pula ucapan dari vvip walaupun tak lah lama sangat.

ahh..lepas je bacaan doa makan,huh apalagi..kami dah bersedia menunggu hidangan yang dibawa oleh pelayan.makanan yang dihidangkan merupakan set makanan cina. sebelum tu ada gimik sikit dari pihak hotel dimana mereka guna pedang api sebagai penyuluh jalan sebab lampu ditutup.pastu kat belakang tu ada tandu dan seorang wanita duduk sambil bawa bola cahaya..yang lain bawa dulang makanan. selesai gimik, kami dihidangkan hidangan pertama. semua menu yang dihidangkan memang saya tak hafal la nama ia..apa yang boleh gambarkan disini adalah isi ayam goreng bersos..huh..sebab lapar, tak peduli la macam mana pun rasanya..telan je..boleh dikatakan semua hidangan kami licinkan pinggan.kalau diikutkan hati,nak saja kami minta pada mana-mana hidangan bagi meja yang tak habis tu boleh la bagi kat kami.tapi tak lah sampai macam tu, majlis kot..maka kena lah menjaga adab dalam majlis..hehehe...cuma hidangan terakhir je yang tak habis sebab nasi yang last. dah tak dapat masuk..tapi itu pun tinggal sikit..dasyat tak.??? mentekedarah orang kata..hahhaha..

perasaan hambar tu rasa terubat sikit bilamana nombor keramat ini disebut-299- hahhaha..punya lah bahagia. rasa nak pergi pentas je,tapi kawan kata ambil hadiah tu nanti kat luar..hahahha..huh..blushinggg2...rasa-rasa tak ada yang perasan sangat. so buat-buat tak malu jela..sambung makan. orang buat persembahan macam mana hebat kat pentas tu pun,kami tak pandang. makanan..FOKUS!! tetapkan matlamat anda!! hahhaha..

selesai majlis kami ambil gambar, namun tak banyak sebab saya tak ada kemera, hanset pun tak la berapa nak canggih sangat..heheh,,makanya tumpang la kemera orang. sempat bergambar dengan adik bilik aini (zati dan fairus) susah nak jumpa mereka sebab mereka adalah AJK. selesai menuntut hadiah dari kaunter dan sesi bergambar, maka kami naik bas..hajat berangkat pulang ke kolej tercinta.

ahh.tak habis lagi!! disambung cerita, punyalah nampak konfiden je pak cik bas tu pandu.dah sampai persimpangan yang saya sendiri pun tak pasti dimana, pak cik tu tanya, 'betul ke jalan ni?''..ahhh suudaaahhh..berjalan-jalan lah nampaknya malam tu. lepas tol susur masuk ke subang jaya kalau tak silap, pak cik patah balik, tapi masalahnya tersalah jalan lagi, masuk tol lagi, kali ni saya tak tahu lah tol apa. apa yang saya tahu, saya sangat letih dan mengantuk.so saya tidur jela.

kami tiba lebih kurang jam 12.30 malam..ngantuknya nak berjalan dan mendaki bangunan kolej tu..bilik pula tingkat atas sekali..hmm...hajat nak sampai awal..orang lain masih bergambar,kami dah naik bas..tapi sampai kolej paling lambat..semua dah masuk bilik.siap ada yang dah berdengkur lagi. waaa..sedihnya~~ :'(

pengalaman yang mengharukan dan tidak bisa dilupakan..hehhe..


testing amil gambar...sebelah saya tu aini..dan yang pink tu syafiqah.. :)

kenangan bersama-best frenz-

rakan-rakan semeja...sopan mereka pakai..:))

bergambar bersama pemilik kamera-hamidah- dan hadiah cabutan bertuah..:)))

ikan steam

antara hidangan yang disediakan-tak tahu nama dia apa-

sampai disini sahaja episod kali ini, harap anda terhibur dan ambil pengajaran yap!! hehehe..bye <3


sekian..


No comments:

Post a Comment