Wednesday 1 May 2013

BICARA CINTA: REALITI DAN ILUSI

assalamualaikum n selamat pagi!!

mulakan hari dengan syukur dan senyuman..:)))))) !!

before mulakan entri hari ini, nak panjatkan kesyukuran pada Illahi..Alhamdulilah akhirnya dapat ku tamatkan tugasku sepanjang projek yang ku join sepanjang setahun ini.

sem ini terasa berat kerana banyak projek yang kene handle sem ini, walaupon tak banyak, namun kerana jawatan dan tugasan yang diamanahkan boleh la dikatakan agak sukar. Hari ni saya cerita sedikit tentang pengalaman handle program untuk pertama kalinya di UMKL ni..:))

FORUM

program forum ini adalah dibawah kelab KEMAS kolej kediaman ke-7 dimana ia merupakan projek ke-2 terbesar selepas projek anak angkat. Alhamdulilah tak etrlibat dengan projek anak angkat tu..hehehhe :)..kalau tak, boleh pengsan..hehehe..tak de lah..

ok, forum kali ini diberi tajuk BICARA CINTA: ANTARA RELITI DAN ILUSI..tema ini di cadangkan oleh felio iaitu cik oya. sebelum ini forum ini diberi tajuk CINTA SI DARA MANIS. Namun ditolak oleh master.hehhe..teringat kata-kata pengarah, kak ira time meeting postmoterm malam tadi.."malunya dengan tajuk asal,rasa macam tak nak mengaku akak sebagai pengarah projek, nasibla master tolak tajuk tu..hehehhe".

sebagai timbalan pengarah ia bukan la sesuatu yang mudah, nak2 pula saya masih budak mentah lagi, tak tahu sistem atau cara nak uruskan program.Meski ada pengalaman, namun itu pon hanya sebagai ahli jawatan biasa bahkan seperti yang kita tahu tiap tempat akan berbeza cara pentadbirannya.lagi2 ini adalah universiti..Namun time tu kuatkan juga semangat yang ada.Tanggungjawab mesti dilaksanakan,kepercayaan sepenuhnya diberikan pada pengarah,(chayok2 kak ira).. apa yang boleh ku lakukan akan ku tolong ia..sepanjang tu, banyak tanya SU kelab iaitu kak farah.( sebenarnya umur mereka sama jetapi disebabkan mereka dah tahun kedua terasa seperti kakak, dan lebih selesa panggil mereka kakak.)hehhe..sory ya kak farah..nak rasa muda sikit,,kuang2,, :p

seperti kebanyakkan projek, kami juga menghadapi masalah pada kewangan. susah nak cari, lagi2 prosedur surat tajaan yang lambat menyebabkan kami sukar untuk cari tajaan. bab tu paling panas la..Ada juga yang kata pihak kolej akan luluskan projek seminggu sebelum ia berlangsung. pong!! stress bukan main dengar tentang berita itu, bayangkanlah proses syarikat untuk beri kelulusan tajaan kebiasaannya memerlukan 1 bulan sebelum projek. bagaimana nak cari??..hmmm...harap pihak yang berkenaan boleh pertimbangkan perkara ini secara lebih rasional lagi..

Hari berlangsung projek (18/4/2013)

Meski dana belum dapat lagi, projek tetap dijalankan.Alhamdulilah semua AJK memberi kerjasama yang baik, tabik springggg untuk kalian!!!.. Ahli panel kami jemput fadtri yahya, fatimah syarha dan aimi sofia..

kami buat reheasel pada petang hari tersebut lebih kurang dalam pukul 4, setting semua peralatan. tempat dan sedikit latihan untuk para pengiring jemputan.Time tu banyakkan berdoa moga hari berjalan baik, terutama cuaca la.. moga2 tak hujan sebab dibuat kat court futsal kolej kediaman ke-7 tanpa sebarang khemah..memang beratapkan langit jela..(nasibla kalau apa-apa jadi)..hehhehe

Alhamdulilah, suasana yang suram terasa sangat meriah malam tu, dengan suasana yang nyaman, angin bertiup selembut bayu, mengurangkan bahang kepanasan cuaca dan kehangatan program..pada mulanya kami hanya menyediakan kerusi kurang dari 100 peserta kerana sepanjang tiga tahun forum yang diadakan di kolej ini, tak ramai yang datang..

Namun kehadiran penonton diluar jangkaan kami, habis semua kerusi kat dewan makan kami angkut turun bawah..dianggarkan lebih dari 150 orang penonton pada malam itu, tempat pula strategi sebab sementara menunggu mereka boleh beli makanan di koperasi atau ais kacang di kedai berdekatan(termasuk la saya...hehehe).

ada yang duduk kat gerai..ada yang duduk kat tepi2 tembok.semua dengar dalam keadaaan yang santai..rasa seronok je..hehhehe..rasa sangat teruja malam tu..di tambah sinaran bulan dan bintang-bintang yang menghiasi langit

sangat terharu bila ada yang sanggup datang dari kolej yang jauh dengan teksi semata-mata nak hadiri program kami ini..

program lebih kurang dalam 1 jam setengah..tak terasa masa yang berlalu, tak terasa bosan, kebanyakkan penonton tak balik awal sebelum program tamat.

Alhamdulilah segalanya selesai malam itu, terasa kurang sedikit keresahan yang ada. Tahniah kepada kak ira dan rakan-rakan yang lain..kami dapat feedback yang positif dari felo dan para penonton..kali ini ku belajar tentang kesabaran dan tawakal yang tinggi,Sesungguhnya sesuatu itu tak semudah yang dijangka dan tak bereti juga kita tak mampu untuk menghadapinya dengan cemerlang..:)
moga akan datang dapat dibuat penambahbaikan.. :)


bicara cinta:realiti dan illusi

No comments:

Post a Comment