Posts

Showing posts from June, 2013

istanbul aku datang!!

Assalamualaikum..=) Alhamdulilah selesai perjalanan sem dua ini. selamat jalan juga pada kakak saya yang telah berjaya sampai ke Istanbul,Turky pada pagi tadi waktu malaysia. telah lama dia usahakan untuk ke sana, tersangat terharu dengan semangat beliau walaupun pada awalnya terdapat pelbagai rintangan hinggakan program ini hampir sahaja dibatalkan. Namun kegigihan, usaha dan doa akhirnya berjaya juga. Pada awalnya kakak hanya suruh hantar ke UM sentral je. kemudian pergi sama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. tapi pada jam 2.30 petang, dia mesej minta tolong hantarkan ke KLIA pukul 6 sebab penerbangan dia pukul 12 malam..katanya sahabat-sahabatnya ingin hantar dia ke sana.hmmm..layan je lah..tak tahu pun jalan ke sana. tapi tak mengapalah, sebagai sokongan padanya.!hehehe..Fighting!! kami gunakan lebuh raya max..sebab kami terlewat keluar dari UM. hmm..jalan memang lengang..tapi biasalah.. harga tol dia pun boleh tahan..hhehhe.. main redah je jalan tu, ikut sighbord je.. ...

bayu dari johor..

assalamualaikum.. Al-fatehah dan takziah kepada embah sekeluarga,semalam bersamaan 19 jun 2013 kami sekeluarga dikhabarkan tentang kepulangan saudara kami kerahmatullah..Beliau adalah anak kepada nenek angkat kami. masa abah merantau belajar ilmu perubatan dulu.. mereka ni salah sorang guru abah. biasalah orang zaman dulu, biasanya diorang akan ambil sebagai anak angkat. jadi kami ni jadi cucu angkat diorang. embah merupakan salah seorang pengasas perubatan tradisional. ubatan mereka dah diiktiraf oleh badan yang berkenaan. jadi, dorang selalu datang anta ubat kat kami la, kalau anda kenal "jamu putera dan puteri" tu lah antara produk diorang..hmmm..bukan nak promote, nak cite serba sedikit je..siapa mereka ni. lebih kurang 10 tahun yang lepas embah kahwin baru dan dikurniakan anak, nama timbangan or pangilan dia tokhair ( tak tahu la eja sebenar ama dia).ia adalah nama istilah bahasa jawa.embah pernah bagitau maknanya,tapi saya lupa..muka dia lebih kurang sama dengan adi...

langit tak selalu cerah~

assalamualaikum.. hari ini merupakan minggu ke-2 exam sem ni..Alhamdulilah lepas juga 4 paper.. tak dinafikan sem ini rasa sangat penat sedikit dan tekanan juga agak berat lah..kali ini kami ambil 9 subjek.. 4 subjek jabatan.. tapi untuk yang exam akhir juz 8 paper..wahhhhhh~!!! letih2...so, start esok, tinggal subjek-subjek jabatan.. sejarah astronomi, asas sains fizik dan trigonometri..huh..semoga terus diberi kekuatan.. periksa kali ini bagi saya amat menguji kesabaran..dengan subjek-subjek yang berat + masalah penerimaan kolej untuk sem depan yang tak selesai lagi + cermin mata pecah.. hingga kadang-kala membuatkan kita terduduk dan menangis. Namun, saya yakin disebaliknya pasti ada hikmah dan pertolonganNYA. ketika mana kita rasa tak terdaya untuk menahan segala kesakitan dek ujian yang bertandang, saya pesan pada diri dan buat renungan anda semua.."semakin kita mencari jawapan kepada persolan kenapa dan mengapa diuji sebahagian rupa, ketahuilah apapun masalah yang ...

nice to meet u!!

assalamualaikum.. cerita hari ini dimulakan dengan pengalaman pagi tadi untuk hadiri paper ke-2 untuk sem ni iaitu BI. kami ramai-ramai tunggu di depan bas stop untuk ke dewan peperiksaan. namun, bas agak lambat..paling sedih bila sampai depan kolej kami je,bas penuh..sangat padat sebab pelajar-pelajar kolej 8 dan 10 amat ramai. dalam   8.15pagi kami sampai ke dewan periksa dan pastilah semua student dah masuk ke dalam dewan kerna exam akan bermula jam 8.30 pagi. Setakat pengalaman menjalani exam disini, perkara ini sering terjadi pada minggu pertama yang berkaitan subjek-subjek U. lagi-lagi kalau waktu pagi. harap-harap pihak UM dapat tangani masalah ini. mungkin untuk minggu pertama perjalan bas boleh dirancakkan pada waktu-waktu genting terutama 1/2 jam sebelum waktu exam. jadual exam ini boleh diedarkan pada pemandu-pemandu bas. cukupla walau hanya pada minggu pertama sahaja sebab minggu tersebut melibatkan jumlah student yang ramai dalam waktu yang serentak untuk ke sana. ...

kesepaduan dalam kepelbagaian!!

Image
assalamualaikum alhamdulilah..hari ini diberi lagi peluang untuk berkongsi sedikit al-kisah sepanjang 2 hari ini. setelah lebih kurang dua minggu 'mengasingkan diri' dari jiran tetangga untuk esimen dan persediaan peperiksaan yang bermula pagi semalam,diberi juga sedikit ruang diri ini meluangkan masa bersama teman rapat dan sekutunya. selama dua minggu tersebut memang tak jumpa mereka langsung walaupun satu blok dan hanya dipisahkan aras sahaja. Alhamdulilah petang semalam tamat satu paper iaitu HE. tawakal pada Allah atas apa yang telah dijawab. moga DIA menghadiahkan rezeki buat kita. bagi mengendurkan setikit tegangan yang dirasai dek debaran peperiksaan, sempat menjenguk teman rapat dan roomate dia yang tak diziarahi selama 2 minggu tersebut. kami hanya mulakan dengan perbincangan simple pasal masakan kerana kebetulan melihat sebentar episod terkini masterchef selebriti. ntah bagaimana ia menjadi isu yang hangat dan banyak perkara baru yang saya belajar dari merek...
assalamualaikum.. entri hari ini saya ingin mulakan dengan satu peristiwa yang ingin saya pahatkan jadi ingatan seumur hidup.hehehe... tak da suprise mana pun..pembukaan bulan jun ini, saya rasakan dimulakan dengan memori yang amat manis. kemanisan yang tak dapat digambarkan!! rasanya kalau boleh dimakan, kompem kene kencing manis..hehehe..Alhamdulillah..syukur pada Allah.. 1 jun 2013..tarikh yang saya ingin ingatkan.. pagi hari tersebut sepatutnya saya sudah tiba dirumah namun ditunda sampailah malam sebab kakak saya ada kerja yang belum diselesaikan lagi. tak tahu lah mengapa hujung sem ini sangat-sangat la padat. banyak benda tak setle lagi, termasuklah kelas ganti. namun tak mengapalah, lagipun sem dua memang sem yang pendik, tambah pula banyak event yang perlu dilaksanakan dalam jangka waktu tersebut samada dari pihak pelajar sendiri, mahupun lecture. orite.. pada pagi tersebut, tak tahu mengapa, sangatlah mengantuk, terasa letih sangat menjalani penghujung sem yang tersanga...