Saturday 27 April 2013

pengalaman baru!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

selamat malam semua..!! ceriakan hari anda dengan sepotong doa dan senyuman yang manis..:)

Minggu ini terlalu banyak peristiwa dan perkara yang ingin dikongsi namun masa terasa terbatas untuk menulis sebagai coretan hidup di blog ini..

minggu ini bukan sahaja merupakan hari terbuka kolej kediaman ke-7, bahkan terlalu banyak program yang dijalankan di dalam universiti ini, tak kira lah samada anjuran kolej atau fakulti.

baru-baru ini berlangsung program MITA'13 iaitu merupakan hari terbuka Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. beberapa pameran diadakan oleh setiap jabatan.Terasa teruja dengan hari terbuka ini. biasalah kalau ada kekurangan sedikit.. Antara program yang menerujakan adalah moot trial anjuran JSU yang bertajuk 'alamak!!laki aku gay..!!'' hahahhha...tajuk pun nampak lucu kan..?? yup..tajuk pun nampak seronok kan.?? ia bertujuan ketengahkan kepada masyarakat umum akan situasi di dalam satu perbicaraan. dalam sketsa ini menceritakan tentang seorang suami yang telah di dakwa oleh isterinya bahawa dia merupakan seorang gay dan ingin memohon fasak. namun diakhirnya mereka tidak jadi bercerai dan dakwaan ditolak oleh makamah kerana kegagalan pihak plantif mengemukakan bukti yang kuat dan mengatakan si isteri hanya mengalami kemurungan..

hmmm.. dari sini kita dapat lihat betapa sukarnya untuk memutuskan suatu hukuman terhadap seseorang. prosesnya agak leceh kan.??jika dalam sketsa tersebut diandaikan watak zakry adalah seorang yang benar2 gay, dan apa pula yang terjadi pada isteri apabila permohonan fasak dan perceraian itu ditolak jika kita cuba lihat dari sudut realiti?? hmm...ini lah masalah sosial yang berlaku pada hari ini.

namun, seperti yang kita tahu ini lah proses yang ada dalam makamah dan kadang2 ada individu yang tertindas..kerna itu lah proses berkaitan mahkamah ini sukar dengan tujuan ia nak memberi keadilan yang sepatutnya..

hmm..berkaitan mahkamah ini, teringat pula kata2 lecture kat APIUMNP dulu. Beliau kebetulan time tu cerita tentang pengamalannya pergi ke luar negara atas urusan kerja. masa nak pergi tu, kapal terbang yang dinaiki tu ada masalah..jadi untuk naik, beliau dan rakan sekerja nya perlu beli tiket baru,katanya kalau diikutkan kita boleh saman pihak kapal terbang tersebut sebab kesalahan tu berkaitan pihak tersebut.Namun masyarakat kita kebiasaannya malas untuk menyaman2 ni sebab malas nak ikut prosedur makamah yang leceh,nak kene turun naik makamah lagi..tu yang tiada kes saman menyaman antara pelangan dengan pihak kapal terbang sedangkan telah banyak aduan dari pelangan-pelangan berkaitan tahap perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, kebiasaannya kalau seseorang nak buka fail contoh macam nak menyaman ke apa ke, kita memerlukan lebih kurang dalam rm5000, tu baru nak bukak fail..bayangkan pula untuk bayaran peguam untuk beberapa kali perbicaraan.

ada juga yang bertanya tentang situasinya andainya pihak yang kene saman tak mampu untuk membayar saman yang dikenakan, apa yang akan jadi?? contoh situasi yang kita lihat pihak A menyaman rm4 juta terhadap pihak B jikalau harta pihak B tidak sampai nilai tersebut, apa yang akan jadi?? dari mana nak dapatkan duit?? namun, tak sempat lagi nak bertanya tentang perkara ini sebab saya pun bukan ambil undang2..jadi sukar untuk pergi ke jabatan syariah dan undang2 (JSU),,insyaAllah andai dah dapat jawapannya, saya akan berkongsi dengan anda semua..

ok, berbalik kepada MITA tadi, pada hari khamis lepas ada dijalankan program Simfoni Hiburan Islam.banyak yang dibincangkan dalam forum ini..termasuk lah bidadari syurga dimana salah satu panel menceritakan kisah awal perkenalan dengan isterinya yang merupakan warga bosnia.. beliau menegaskan tentang hal hantaran perkahwinan yang tinggi dalam masyarakat melayu zaman ini. Beliau kata ketika beliau menikahi isterinya dengan mas kahwin sebentuk cincin, namun kebesaran cinta yang dirasai itulah yang menyatukan hati pasangan ini, malahan beliau menegaskan jika anaknya ingin berkahwin beliau inginkan seperti itu, hantaran dalam lebih kurang rm1000 la, kerna dia ingin mereka turut merasakan nikmat dan anugerah cinta yang teramat mahal dititipkan Allah pada hambanNya,bukannya dengan hantaran yang mahal-mahal hinggakan kita kadangkala berasa berat untuk menikahi seseorang..sedangkan nabi sendiri mengatakan sebaik-baik mas kahwin adalah yang paling murah..ok, jika dilihat pada fenomena ini, kadang-kala ia menjadi satu sebab perkahwinan itu ditangguhkan, bukankah ia bercanggah dari ajaran nabi yang mengalakkan jikalau sudah berkenan antara lelaki perempuan itu disatukan secepatnya? jika difikirkan pun,semakin lama masa ditangguh, semakin banyaklah maksiat yang berlaku..nak2 pula darah muda-mudi yang membuak2..bimbang-bimbang jikalau ia tidak terkawal..marilah sama-sama kita renungkan, apakah fenomea ini dibiarkan terus-menerus berleluasa..?hmmm...tuu diaa dah masuk bab perkahwinan pulak~~..dok aih..buke dok gatai nak kawin, cuma nak kita sama-sama fikirkan apa yang kita cari sebenarnya dalam perkahwinan kita nanti, kita pun akan lalui meskipun masih ada 5-6 tahun lagi( kuuihh2x ;P )..

mungkin anda yang membaca lebih luas pemikirannya tentang perkara ini..apa salahnya kita berdiskusi..dan tiap pandangan itu tiada yang salah mahupun betul..ye tak?? kita sama-sama menjana idea dan mematangkan fikiran..

Majlis penutup diserikan dengan dendangan lagu oleh amir idris selaku moderater pada malam tersebut..huuhuhu..sepatunya heliza namun kerna flight dia ditangguh sampai pukul 10.30 malam,nak dipendekkan cerita, maka beliau lah sebagai gantinya..sedap juga suara dia..tak penah pulak dengar sebelum ini.. lagu yang di popularkan oleh sebuah band indonesia dan digubah semula oleh sham kamikazer yang bertajuk AKU SAYANG ALLAH.. first time dengar, terasa menusuk kalbu..



disini saya titipkan lagu tesebut..dengar lah.. moga turut memberi inspirasi kepada anda..:)

ok..sekian untuk perkongsian kita..
bye2.. :)

No comments:

Post a Comment