Sunday 14 April 2013

kembara gemilang'13

Assalamualikum..!!

Lama rasanya tak update.esok pun da habis cuti.tak terasa masa berlalu..okey, hari ini saya akan berkongsi pengalaman berfasi baru-baru ini. Program yang mengisi cuti midsem kali ini.Sebelum tu,pogram yang saya join ni adalah program KEMBARA  GEMILANG'13 anjuran KELAB FASILITATOR KOLEJ KEDIAMAN RAJA NAZRIN SHAH dimana program ini dijalankan ke 7 buah sekolah di sekitar Alor setar,Kedah secara serentak. Program yang julung kalinya diadakan disini disertai oleh 80 orang fasilitator.Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah :-

1- SMK POKOK SENA
2-SMK SULTANAH BAHIYAH
3-SMK SYED OMAR
4-SMK ALOR JAGUS
5- SMK AL-BUKHARY
6-SMK MERGONG
7-SMK TUNKU ABD.MALIK

program ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 11, 12 dan 13 april 2013.untuk pertama kalinya meyertai program ini, saya berserta 10 orang fasi ditempatkan di SMK BAHIYAH, sekolah ini merupakan antara sekolah elit dimana menempatkan pelajar perempuan sahaja. kebetulan pula, kesemua fasi disini adalah perempuan.

10/4/2013
kami bertolak sebanyak dua buah bas ke kedah pada jam 12 tengah malam.punyalah mengantuk ketika itu, namun hanya semangat untuk melihat kedah yang membara-bara membuat mata ini terus bertahan. Alhamdulilah perjalanan berjalan lancar sepanjang malam.

kami berhenti rehat pada jam 2 pagi di RnR. mulanya malas nak turun, namun akhirnya akur jua kerna aircond yang dipasang terlalu sejuk.terasa macam dalam peti ais jah gamaknya, kebetulan pulak jaket tertinggal dalam beg balik kampung, kompem la tak boleh nak ambil dalam bonet bas tu. nasibla ada beg galas, so ada juga benda dapat digunakan untuk panaskan badan.

sementara menunggu bas kedua tiba, kami bersiar-siar di gerai-gerai sepanjang RnR tersebut,ada sebahagian rakan fasi yang makan berat, tak kurang juga mereka yang memesan maggi cup untuk panaskan badan.

saya, nani, kak nana, dan kak yana hanya beli pau untuk alas perut, tak ada selera ketika itu ditambah lagi mengantuk, pening kepala, sejuk,dan macam-macam lah..

Lama lah juga berhenti disitu, lebih dari satu jam sementara menunggu bas ke-2 yang baru sampai lewat 1/2 jam dari kami.Namun bas kami berlalu lebih awal, mungkin pak cik bas tak mahu tunggu lama-lama. lagipula kelihatan straight sikit orang nya..semua takut nak bersuara.hmmm...

keadaan bas agak sedikit ceria dengan gelak tawa sebahagian ahli fasi yang mungkin segar selepas berehat di RNR tadi sementara sebahagian lain teruskan perlayaran mimpi mereka.

insyaAllah saya akan sambung di entri yang lain..:)

No comments:

Post a Comment