Tuesday 23 April 2013

kembara gemilang'13 siri 3

Kedatangan kami disambut ceria oleh guru kaunsling di sekolah tersebut. terasa sepeti vvip sahaja bila kami dijemput menjamu selera di kantin, menu jamuan yang menyelerakan di meriahkan lagi dengan suasana dewan makan tersebut menambah selera kami meski kepenatan masih terasa dek satu perjalanan yang jauh.

selesai makan kami dibawa ke bilik penginapan kami yang bernama MELATI, sangat luas..wah..kami tergamam seketika. mewahnya kami terasa, ehhehe..'biasalah sekolah elit'., seorang kawan menyapa lantas menghentikan lamunan.

Pada permulaan agak segan silu bersama mereka, biasalah buat kali pertama bertemu. Tambahan pula, pengalaman pertama menjadi fasi, jauh bezanya berhadapan dengan pelajar sebagai seorang guru sementara dulu. kadang-kala terasa diri ini kerdil mengenangkan pelajar-pelajar elit tersebut, namun perasaan itu ditepis jauh kedalam hati. bak kata orang, biar tenang di mata, tuhan sahaja yang tahu badai yang melanda hati ini..huhuhu..(memandai je..)

Program dimulakan dengan ice breaking dimana pelajar dibahagikan kepada 9 buah kumpulan, setiap kumpulan seramai 14 ahli ( Bahiyah + Muazam Shah)..Muazam Shah kebetulan mengadakan program pertukaran pelajar, lantas mereka join sekali program kami,..wah, 1 fasi nisbah 14 pelajar..nak pengsan rasa..tapi tak mengapalah.. semua itu ditanggung beres. saya mewakili fasi untuk kumpulan yang ke-7, tak tersangka pula dapat kumpulan tersebut sebab terdetik nombor tujuh time sebelum fasi diagihkan kepada kumpulan masing-masing.

LDK pertama di mulakan dengan modul bertemakan fokus kejayaan. diikuti slot muhasabah pada malam hari tersebut.kagum melihat seorang pelajar cina menangis ketika slot tersebut.beliau seorang yang pendiam dan satu-satunya etnik cina mewakili sekolah Muazam Shah yang join program tersebut.

paling seronok dapat share perkara ilmiah dengan mereka, almaklumlah pelajar elit katakan, perkara seperti ini yang mereka inginkan, terutama berkaitan soal agama. nampak disitu sinar semangat ingin mengetahuinya. hari-hari yang berlalu mengeratkan ukhuwah kami seolah bertahun-tahun lamanya kami berkenalan dengan mereka. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. terasa tak ingin berpisah dengan mereka.Namun apa kan daya, tiap pertemuan akan ada perpisahan.

Di akhir ucapan penutup, guru mereka menyatakan harapan agar program seperti ini menjadi program tahunan..wah..moga-moga menjadi kenyataan,,amin..

sesi ice breaking... ;)



time riadah hari pertama,sume gembira bukan main...heehhe


bergambar untuk terakhir kalinya.... <3

posing sebentar di masjid Bukhary,Kedah...


persembahan khas dari kumpulan yang berjaya...




Indahnya saat bersama kalian, moga kita berjumpa lagi..... <3 

sekian...

No comments:

Post a Comment