Tuesday 23 April 2013

kembara gemilang'13 siri 2

Assalamualaikum..!!

kali ni saya sambung sedikit entri yang lepas..

11/4/2013 (6.00 pg)

Bas berhenti sebentar di masjid yang berdekatan, tak ingat masjid apa sebab agak mamai ketika itu. yelah perjalanan malam tu tak berapa nak lancar, pening kepala bukan kepalang ditambah lagi duduk dalam bas berjam-jam. Mata yang kuyu serta badan yang penat, digagahkan juga kaki ini berjalan longlai ke dalam masjid. Terhuyun-hayang jalan, sambil berpaut pada rakan yang lain. hehehe..lepas ambil air sembahyang, pegi la solat jemaah. sementara bas yang ke-2 tak tau hilang ke mana.hilang jejak terus!..

Tiba di masjid Bukhary jam 7 pagi..sepatutnya kalau ikut pada tentatif program, kami solat subuh di sini. tapi mungkin sepanjang perjalanan pak cik bas tersesat kot, di sana kami bersihkan badan sebelum meneruskan perjalanan.

lebih kurang jam 9.00 pagi kami tiba di kota setar, kedah.Alhamdulilah.. first, nampak sekolah SMK BUKHARY dulu, masing-masing exited..tapi yang peliknya sekolah Bahiyah tak kelihatan pula,kalau diikutkan google map sekolah tu berdekatan je. perjalanan diteruskan dengan tanda tanya yang panjang.. =.=!!

lebih kurang kol9 lebih tu sampai la kat gerai makan,time tu tak tau la nama tempat tu, ada yang kata tempat tu di kuala kedah, ntahla..makan jela.yang peliknya kami diberi menu nasi untuk serapan pagi, " ni memang adat orang kedah ke?, makan nasi lauk pagi-pagi?" tu jah la pertanyaan pertama pada sahabat saya bilamana kaki ini jejak ke gerai tersebut. nama pun saya tak tahu, yang pasti pengarah dah orderkan makanan buat kami. so,kita makan!! nyum2..

lepas makan terus ke kampung nelayan..berhenti depan muzium yang terletak di kuala kedah tu, kami di tentukan bas untuk ke sekolah masing-masing. masa perjalanan lebih kurang 45 minit dari kota setar, tapi jam dah menunjukkan pukul 12 lebih..Tuhan jela tau perasaan kami time tu sebab tanpa prepare yang lengkap ditambah lagi tiba dekat-dekat dengan waktu program..hmmm...dah la kami dapat sekolah berstatus elit..namun, segala doa dipanjatkan pada Ilahi, moga segalanya lancar sahaja.

seperti yag dijangka, pukul 2.30 petang kami tiba di sekolah Bahiyah.

No comments:

Post a Comment