nilai sepuluh sen~
assalamualaiku =) selamat pagi semua.. :) ceria-ceriakan hari anda..pagi ini terbaca satu kisah yang dipost oleh salah seorang friends fb saya..saya rasa mungkin ada sebahgian sudah membaca kesah ini, sebahagian belum..apa pun ia sesuatu yang sangat berharga untuk dikongsi dan direnung dalam hidup ini.. meh saya beri copy untuk titipan anda.. "Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik se jak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" Gadis itu menjawab "Tidak." Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis itu menjawab,...