Friday 5 July 2013

luv u all

Assalamualaikum =)

Alhamdulilah.. selesai kerja hari ini. pengalaman kerja yang mengujakan dan memenatkan. Tengahari tadi sempat menjenguk salah seorang guru yang cuti bersalin di sekolah tersebut. Saya dikhabarkan selepas selesai kelas terakhir, mereka akan melawat kak syikin dan bayi beliau lepas sesi persekolahan.

Pada mulanya saya memang tak kenal siapa dia kak syikin tu, tapi bagi saya, apa salahnya saya berkenalan dengan semua para guru SIR Ar-Razi, lagipula sebelum ini, rakan sekerja saya yang lain kesemuanya dah pindah serta menyambung pelajaran. Maka, kebanyakan guru-guru yang ada sekarang adalah guru baru.

Sepanjang minggu ini saya mengajar BM, mengambil alih tugas cikgu Anis Suzeen yang telah berhenti serta akan melangsungkan pernikahan tak lama lagi. Namun, semasa mengajar kelas darjah 2B, nama saya dipanggil mengadap guru besar. huhhh.. apalah yang berlaku..tapi saya tenang sahaja..hehhehe..lagipun saya 'ngam' dengan guru besar tu. Beliau sporting je orangnya.

Ketika bertemu beliau, saya dimaklumkan supaya mengambil alih tugas cikgu Syikin yang sedang bercuti bersalin (mengajar jawi,khat dan Imlak), sementara tugas cikgu Anis akan diambil sepenuhnya oleh ustazah Liza. kiranya, Ustazah Liza adalah guru tetap bagi subjek tersebut selepas ini. hehehe.. fleksibel tak?? mengajar bermacam-macam subjek??..tapi satu jela subjek yang saya tak berani untuk mengajar.. BI..!!!! hehehe~~~

Panjang pula ceritanya, ahh.. sebenarnya nak cerita siapa kak Syikin tu, selepas saya jumpa dia..laaa... rupanya dia senior saya dulu. ketika saya tingkatan 2,beliau sedang SPM. Comel bayi beliau.. baby girl,

Pengalaman kali ini, sangat bermakna pada saya, dalam kerisauan dan keterujaan yang bercampur-baur dalam jiwa ini, saya dipertemukan semula senior-senior sekolah dahulu merangkap rakan sekerja saya kali ini. Ntah mengapa, sukar untuk saya menterjemahkan perasaan yang ada. Namun yang pasti, kerinduan dan kasih sayang memenuhi segenap ruang hati saya.

Rindu dan semakin rindu bila melihat wajah-wajah suci anak didik yang dahulunya kecil sahaja namun kini sudah besar-besar semuanya yang sedang meniti hari menghadapi UPSR dan PSRA yang bakal tiba nanti, wajah guru-guru senior yang pernah saya bekerja dahulu dan makin tersimpul kasih-sayang antara guru-guru yang baru ni. walaupon agak kekok kerana saya sebenarnya tak pandai sangat dalam bergaul dengan mereka yang lagi tua dari saya walau jarak hanya 2-3 tahun.hehehe...Namun, semua itu saya cuba tepis dan menyulam kasih-sayang  antara kami sepanjang 3 minggu ni.

Tiap hari, saya akan memandang mereka, Syukur.. Allah beri kesempatan ini. saya dapat melihat anak didik tersayang (yang dirindui 3 tahun lamanya) menghadapi tahun sukar mereka. walaupon saya tidak berkesempatan ada disisi mereka ketika waktu itu tiba, Namun, dapat melihat mereka belajar di tahun 6 sudah cukup buat saya.


Luv U all..


sekian...

No comments:

Post a Comment