Friday 5 July 2013

first day

Alhamdulilah..

semalam merupakan hari pertama mengajar.. semuanya berjalan lancar, cuma agak kekok sedikit kerana semuanya serba baru, sistem baru, anak murid baru, guru baru dan macam-macam yang baru lah.hehhe~~

saya mulakan dengan mengajar pemahaman bagi darjah 2 dan 3.. seperti biasalah, kalau kelas pelajar 2A dan 3A ni, senang nak mengajar berbanding 2B dan 3B..almaklumlah pelajar pintar.. namun, tak semuanya pelajar 2B dan 3B lemah, mereka bijak sahaja, cuma tak berapa laju seperti rakan yang lain.. kalau yang lemah sungguh pun ada dalam 1-2 orang.. 

Dalam pembahagian tugas, kelas-kelas pintar ni, kami akan berikan kerja yang lebih sedikit kerana 'kelajuan" mereka. mereka ni tak boleh bagi sikit2.. siap komen cikgu lagi,bagi kerja sikit sangat.!! huh.. macam-macamlah.

Dalam ramai-ramai tu, ada seorang pelajar, punyalah nakal dan lemah. yang paling geram tu, susah sangat nak suruh menulis. Mula-mula saya biarkan sahaja dia duduk sendiri ditempat dia. Namun, akhirnya saya terpaksalah panggil ke hadapan supaya dia belatih menulis walaupun tak habiskan.

hari tersebut kebetulan jadual saya padat dan semua kelas yang saya mengajar saya masuk. jadi mudahlah saya nak perkenalkan diri dari hari pertama saya mengajar..hehehe

saya pulang dalam pukul 3 sebab kene datang sekolah semula pukul 6.30 petang kerana pada malam tersebut diadakan kem qiamulail khas untuk pelajar tahun 6. Namun, terdapat sebahagian tahun 5 yang join sekali. belajar qiamulail katanya..hehehe

Alhamdulilah, ramai ibu bapa yang menyumbang makanan untuk program tersebut. fuhhh~!! banyak sangat. ber'round' kami makan untuk habiskan makanan tersebut.Boleh dikatakan sepanjang program kami dok menyuap je.. :p

Saya bertugas menjaga pelajar semasa slot ujian kemahiran. Mereka perlu menjawab soalan selama 1/2 jam. soalan kesemuanya meliputi pelajaran UPSR dan PSRA. Dalam ramai-ramai tu, rupanya seorang pelajar perempuan masih belum masuk bilik ujian lagi. Dalam keadaan teresak-esak dia duduk dan menjawab. langsung tak padang orang..hmm.. tersentap den! hehehe..

tapi saya faham.Mungkin adalah tu nasihat dari mana-mana guru yang buat dia tersentuh sebab sebelum tu dorang ada sesi mohon maap pada semua guru.Beliau antara pelajar harapan dan rapat dengan saya dulu.tapi Saya biar je dia buat.. Sambil2 jaga  tu ambil gambar sikit la.hahahha...!Sebelum balik, saya jumpa semula pelajar tersebut.pujuk dan peluk dia..

Satu perkara yang saya tak pernah buat, stay kat sekolah dengan diorang..hehhehe.. sian lak,tapi nak buat macamna, kita ikut arahan.. ngeee :D

pelajar-pelajar perempuan tahun 2,3 n 4 (2010)


barisan pengawas sesi 2011



 
semasa sambutan maulidur rasul


sekian...

No comments:

Post a Comment