Saturday 6 July 2013

welcome... :))

Assalamualaikum.. =))))

apa kabar semua.. tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang barakah.. sepanjang persiapan itu juga saya melihat ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil kesempatan ini mengadakan kenduri arwah dan sebagainya..

Alhamdulilah, selesai hari ini kenduri bersempena arwah,pindah rumah dan hari jadi mak cik saya yang ke-31 yang dilaksanakan di rumah nenek saya di meru..tak jauh pun dari rumah saya.. :)).. Kenduri ini dalam kalangan ahli keluarga sahaja, Asalnya jamuan ini diadakan bersempena keluarga mak cik saya yang baru pindah masuk ke rumah nenek dalam minggu ini. kiranya selepas ini, mereka akan tinggal dengan nenek.. Setelah keputusan diambil dalam majlis syura antara adik beradik mama, so, mak cik saya lah yang akan tinggal di rumah tersebut..

pada saya ok juga.. selepas ini, nenek tidak lah kesunyian.:)) .. Dalam pada itu, majlis ini juga diserikan dengan sambutan hari jadi mak cik saya yang ke-31.. ntah mengapa, tetiba atuk tanya saya pasal kek semalam. bila saya tanya kembali, rupanya mak cik saya teringgin nak potong kek.. mak cik saya sorang yang special.. downsindrom..kerana itu, perangainya seperti kanak-kanak, selama ini kami tidak menyambut pun hari jadi beliau..almaklumlah.. orang tua-tua mana sibuk sangat nak menyambut bezday ni, kami pula tak tahu bila dia lahir..hanya atuk dan nenek sahaja yang tahu.that why kami tak pernah sambut.. sian pula..

so, atuk minta saya belikan 2 biji kek sebab ramai yang datang malam ni. pada jam 2 petang tadi saya bergegas pergi ke kedai kek..takut pula stok habis kan, saya pilih kek pandan dan moist coklat.. dua perisa kek yang berlainan. yelah.. saya pon tak berapa berkenan sangat dengan kek moist coklat apatah lagi orang dewasa.. cepat muak la..kalau budak2 ea lah suka sangat ..tapi boleh je makan..saya telan je..ngee. :) ..

majlis dimulakan dengan baca yassin dan doa arwah,. banyak makanan terhidang.. pihak mak cik dan mama hanya masak nasi ambeng dan nasi lemak..selebihnya di belanja olehh adik-beradik mama yang lain.. antara menu lain yang ada tadi antaranya adalah satay,popia fishball dan roti jala..

Selesai makan, kami lepak-lepak sebentar.. sepupu saya menarik saya ke dalam bilik, banyak yang kami borakkan..lama tak jumpa lah katakan.. cuma yang agak kelakar bagi saya, antara kami, saya lah paling tua.. hehe..mereka baru berumur 13 dan 16 tahun..hahha.. tapi disebabkan tubuh saya tk besar sangat..so bila saya berkumpul dengan mereka tak nampak sangatla..nampak sebaya je,,ngee :)

 Antara topik yang dibincangkan adalah berkaitan rasuk-merasuk ni.. sepupu saya yang 16 tahun tu mengalami kejadian aneh dan dia agak trauma dengan apa yang berlaku.. katanya..dia menemankan kawannya yang pening kepala..bila dia sedar kawannya dirasuk dia sangat takut dan menangis sepuasnya.. punyalah trauma..dia tak boleh berenggang dengan orang.. mesti kene ada orang disisinya..
tak mengapalah..moga dia dapat mengatasi perasaannya walaupun mengambil tempoh yang lama.

perbincangan kami terhenti apabila sepupu saya yang 13 tahun tu kene balik, mama saya pun panggil saya untuk pulang.. almaklumlah., mereka dah kene balik asrama semula esok..sebab tu ramai yang tak tidur di rumah nenek.. kebetulan rumah pak cik2 pula sekitar selangor sahaja..so, boleh balik malam ini juga,, mama saya pula da mengantuk. tepat jam 11.30 malam kami berangkat pulang..

:))))))

sekian,...

No comments:

Post a Comment