Tuesday 16 July 2013

Ar-razi

Assalamualaikum.=)

Alhamdulilah..dah masuk 6 hari kita dalam bulan ramadhan. begitu pantas masa berlalu. begitu jualah pengalaman yang dilalui..terlalu banyak rasanya yang ingin dikongsikan..

pejam celik,ternyata...saya telah melalui 3 minggu saya itu.. minggu ini, adalah minggu terakhir ku di SIR Ar-Razi. tinggal sisa 4 hari lagi bersama mereka.. <3

Sepanjang seminggu yang lepas..ternyata banyak perkara yang saya temui dan kagum dengan apa yang saya alami.. Tiap pagi isnin- jumaat pelajar2 akan diminta beratur dan berhimpun sebentar sebelum sesi pembelajaran bermula. disini..tiap selasa dan rabu akan diadakan sesi Iqra' dan khamis-jumaat adalah sesi hafazan. saya menggantikan ustazah syikin, dimana beliau mentaksir pelajar2 dalam tahap iqra' 5...

Ini kali pertama saya menyemak bacaan pelajar selain iqra' 1,2, dan 3.. sangat seronok!! hehehe.. lancarnya mereka membaca.. Alangkah kagum dan segan terhadap mereka..Semakin saya perhatikan, kanak-kanak ini sangat unik.. kadang-kadang kita terfikir, bagaimana mereka boleh pandai?? bagaimana mereka mampu menguasai ilmu..???.. saya sering kali perhatikan pelajar-pelajar sewaktu perhimpunan..dari darjah satu hinggalah 6.. bila lihat pelajar tahap 1 (tahun 1-3)..hmmm..nampak suci sangat..seolah-olah mereka tidak kenal akan dunia.. bila lihat tahap 2 (tahun 4-6)..wow..hebat2 mereka ini.. dengan sebahagian barisan pengawas dan pelajar2 pintar..

Ada sekali saya tanya rakan sekerja saya..(kak maz..antara guru lama di sekolah tersebut.. saya rapat dengan beliau.. seronok rasanya dengan beliau..walaupon jarak kami agak jauh sedikit..tapi saya rasa sangat selesa dengan beliau.). saya tanya "akak..macamna ea diorang ni boleh bijak-bijak?? kalau masa darjah 1-3 tu, macam paham tak paham je orang ajar..? "ntahla yani, akak pun pelik juga, dorang ni macam tiba-tiba je pandai"..hahhaha..tu lah antara jawapan beliau..

yup..bila kita fikirkan,ia agak unik sedikit..pada saya, berbanding peljar pintar yang dewasa, kita dapat lihat usaha mereka untuk memahami sesuatu pelajaran, namun kanak-kanak ini, sikap mereka yang happy go lucky but still menyengat kot~!! result keluar~!! perghhhhhh~!!

disebabkan saya suka melayan budak-budak ni, bila ada waktu, saya akan 'lepak" sebentar dengan mereka.. so dikesempatan itu saya tanya la, "awak ada ambil tuisyen???".. "tak"..."abis,awak selalu study ke kat uma??".."tak lah. saya buat keje uma kalau ada je,tu pun kalau ummi suruh"..
hmm..mungkinla kita kata memang ada pelajar pintar di dunia ini, study sikit tapi result gempak..namun,jika kita lihat kebanyakkan murid2 sekolah rendah seperti itu.. walaupun tak semua mereka 'pintar" seperti itu..namun tetap mampu kuasai pelajaran.

perkara ke-2 bagi saya sebagai pengalaman yang amat berharga adalah berkaitan subjek yang saya ajar. saya akui, saya sendiri sukar untuk kuasai tulisan jawi sebaiknya.. nak-nak pula, sekarang tulisan jawi kini berlaku beberapa transfomasi dalam kaedah ejaan tersebut. perghhh~!! lagilah susah..ketika tu terasa.."macamna lah nak ajar..??'

Alhamdulilah..semua guru-guru di situ sangat sporting.. saya banyak bertanya pada mereka berkaitan perkataan yang saya keliru or tak pasti ejaanya. Walaupun pada awalnya, saya ragu-ragu nak tanya apatah lagi dengan guru-guru baru. tapi bila dah tanya..hehehhe.. seronok pula dengar penerangan mereka..hehhe..

bersempena ramadhan ni, setelah tamat sesi PNP, para guru akan bertadarus dan melaksanakan solat zuhur berjemaah.. saya agak sukar untuk on time la sebab kebanyakkan kelas saya dihujung-hujung semuanya..selalu la telajak jugak..ehhehe..mana tak nya..pelajar sekolah rendah memerlukan waktu yang lebih untuk menulis..

yang seronoknya, sepanjang ramadhan ini, dapat balik cepat..hehehe..dalam pukul 2 dah boleh balik.. <3

ahhh...banyak lagi perkara ingin dikongsikan..insyaAllah saya sambung dientri yang lain. =)))

sekian...

No comments:

Post a Comment