Monday 22 July 2013

cermin kehidupan...

assalamualaikum=)

apa kabar semua..?? selamat malam..
sebelum mata ini dipejamkan..sempat menyinggah beberapa blog sahabat-sahabat seru, Alhamdulilah..banyak manfaat yang dapat dikongsi bahkan ada sebahagian yang memuhasabahkan diri.. :)

antara yang menjadi tajuk utama sekarang adalah keputusan semesta lepas.. tahniah diucapkan pada yang berjaya.dan yang kurang berjaya..insyaAllah..cuba lagi.. :)

tak kira lah mereka berjaya atau turun sedikit pointer tu, kedua-duanya membuka mata saya tentang sesuatu kejayaan dan reliti kehidupan.. secara peribadinya, saya tertarik dengan kata-kata sahabat seru, ziela.. dimana beliau menyatakan kesukaran untuk memujuk hati sendiri itu lebih dibandingkan memujuk orang lain. saya sendiri tak mampu menafikan kenyataan itu.. sangat sukar bila kita sendiri yang merasakannya berbanding kita melihat orang lain yang menanggung.

saya memerhatikan sekeliling..mengimbas kembali dan membiarkan fikiran ini melayang sejenak, untuk beberapa ketika ini, saya banyak memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada pelajar yang memerlukan. Meleraikan sedikit perasaan mereka menghadapi ujian dan peperiksaan yang kian menjelang..namun, apakah saya juga mampu memotivasikan diri bila saya kembali ke medan 'perjuangan' saya semula..??

takjub bilamana membaca post yang baru ditulis oleh kak atiqah zakariah http://atikahzakaria91.blogspot.com/2013/07/seperti-melihat-pelangi. ...melihat kesungguhan beliau memastikan subjek tersebut lulus sangat membuat saya terharu.. sedangkan saya terasa diri ini agak lalai dalam menghadapi peperiksaan sem lepas. alhamdulilah semua subjek yang masuk poiter lulus..cuma hafazan saya sahaja.walaupon subjek ini tidak menjejaskan poiter langsung..namun bagi saya ia memberi kesan yang mendalam.sikap tidak terlalu serius terhadap subjek ini sangat memakan diri sendiri. seperti ziela, saya juga mengambil masa agak lama untuk tenangkan diri terima kenyataan ini.

Namun, saya menerimanya dengan hati terbuka apa yang saya dapati..setakat yang saya usaha, itulah hasil yang dapat. moga sem akan datang ini dapat dihadapi dengan lebih tabah dan menjejak semula tangga kejayaan..!!

fighting2!!

kepada mereka yang menghadapi peperiksaan,..semoga berjaya..! :)))

lastly..selamat malam dan selamat menjalani ibadah puasa untuk kesekian kalinya..

sekian....

No comments:

Post a Comment