Posts

Showing posts from 2013

LANGKAWI episod 1

Image
assalamualaikum..."D apa kabar semua..>.< setelah sekian lama, alhamdulilah hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit pengalaman.. 1-4 november 2013.. tarikh yang ingin saya semadikan dalam kenangan selamanya..hehehe.. orite..pada tarikh tersebut kami satu jabatan falak telah mengadakan program latihan cerapan di Langkawi,kedah.. program ni anjuran batch tahun 3, asalnya nak buat hari keluarga..namun, atas beberapa kekangan, jadi program ni diubah menjadi program amali.. pada awalnya serba salah nak pergi sebab macam mahal jer..rm100...tapi bila difikir balik, rasanya berbaloi sebab kami pergi sana selama 3 hari 2 malam. siap perginapan, n makan n transpot..wowww..berbaloi jugak tu en.??? plan kami btolak dari U pukul 8 malam, tapi masalah apa ntah..tunda sampaila pukul 10 malam..perjalan agak jem jugak la..namun alhamdulilah, kami tiba seperti yang dirancang iaitu tepat jam 6 pagi di jeti kuala Perlis. dengan keadaan penat n 'blur' 7 ...

interaksi astronomi islam 2013/2014

Image
assalamualaikum :) apa kabar semua..?? walau agak terlewat..masa yang ada ini ingin dicuri untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui..:) tak dinafikan sem 3 ni agak berat berbanding sebelum ni.yelah..kata orang memang lumrah hidup..semakin meningkat usia semakin banyak pengalaman yang harus ditempuh samada pahit atau manis..:) pada awal sem ini, kebetulan..errr -_- tak tau lah kebetulan atau dirancang???.. cumanya tau2 dah dilantik as timbalan pengarah untuk melaksanakan program interaksi astronomi islam bagi sesi 2013/2014.. Pada awalnya berlaku perbagai kecelaruan sebab ada banyak pihak yang setuju dan tidak atas pelaksanaan program ni. apa yang saya tau program ini adalah permintaan pelajar tahun 4. tambahan pula, ada program jabatan pada 1-4/11 ni di Langkawi.. jadi, ada yang berpendapat sesi interaksi tersebut diterapkan dalam program jabatan jer.. so, saya juga berfikir perkara yang sama..hehehe..mudah kan?? 2 in 1.. suke2`~ <ngerrrr> Namun..bila bersemuka...

aku yang dulu bukan yang sekarang~ :)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!! starting your day with smile..:) Alhamdulilah, semalam dapat mengikuti program Upgade Yourself  Training (UYT).  suatu ketika dahulu juga saya dan rakan-rakan pernah berada ditempat yang sama. cuma kali ini berbeza kerana kami pula yang akan membimbing adik-adik. dulu saya juga seperti kawan2 yang lain.. yang mempunyai beribu sebab kenapa berminat join this program.. saya..?? hmm..bila difikir semula, saya mengambil keputusan nak join kerana tertarik dengan apa yang dibawa oleh abang mirul dan kak elin masa promo SERU time MHS dulu. so.. saya ikot la bengkel UYT bersama mereka..bila dah join, saya dapati ia satu program berbentuk kauseling.. bezanya dengan program motivasi yang lain adalah kami dibimbing secara berterusan berbanding program motivasi yang hanya sehari,,pastu habis!~stop..finish~! bagi saya, RSS bukan satu program/projek yang memerlukan kotmitmen yang keterlaluan hingga menghalang kita join aktiviti ya...

DUHAI PELAJAR~~

Assalamualaikum...:))) selamat malam semua.. sambil-sambil online malam ini, asalnya nak tengok info2 baru dalam facebook sebab sekarang kebanyakkan student send info by Fb sahaja..nak tak nak kene la rajin online ( save credit gituu ).. :))) so..sedang bace2 notification tuu..ternaik la satu post yang membuka hati saya untuk berdiskusi tentang isu/perkara mahupun fenomena berkaitan realiti pelajar zaman ini. walaupon perkara sebenar tidak diketahui jelas ceritanya apa, namun jelas menunjukkan kekecewaan mendalam dalam dirinya.. kebiadapan, kurang ajar mahupon kurang diajar semakin menjadi satu isu yang seolah-olah tiada penghujungnya dalam dunia pendidikan kala ini.. seringkali saya tertanya, jika seorang kanak-kanak itu degil atau sekali sekala agak mencabar kesabaran seorang guru,,kita akan sering memberi alasan, mereka masih mentah dan perlu bimbingan..bahkan ada yang menyatakan mereka melakukan perkara tersebut untuk mendapat perhatian ( dari survay dan pem...

6 sept 2013: pengiktirafan real sahabat seru

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera :))))) selamat pagi semuanya.. harap ceria-ceria selalu. hari ni masuk hari ke 3 sem baru.. setakat ini memang agak sibuk untuk urusan penyusunan jadual waktu..hmmmm..ntahla agak berat sedikit sem ni..hahahha..but juz relex dan think positif!!!.. insyaAllah ada jalannya.. beberapa hari yang lepas akhirnya selamat ditabalkan sebagai REAL SAHABAT SERU 2012/2013. tak sangka dapat memberi komitmen pada program ini, kerana sebelum ini, rasanya diri ini tak suka sangat program yang perlu komitmen yang tinggi. Namun, ternyata program ini sangat menyeronokkan. kami diminta bekumpul di pejabat SERU jam 2 petang pada 4/9/2013. selesai taklimat dari abang mirul, kami check in bilik kolej 2..hahaha..kali pertama masuk kolej 2.. best! bilik pon best! cuma nak memanjat bukit tu jah yang payoh sikit la.. lagi-lagi kalau kene pakai baju fomal dengan kasut tumit tu sekali..kui2.. kami tinggal di kk2 dalam 3 hari.. hari-hari di penuhi dengan aktiviti ...
Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera:))) malam ini kebetulan membuka fb..sambil berbincang-bincang dengan kawan tetang sem yang bakal tiba ni..keluar lak satu video yang menarik hati saya untuk menontonnya.. video ini dishare oleh senior saya..dalam  post beliau,ditujukan khas kepada para pelajarnya. "wahai anak2 muridku.. biar kamu paham nanti.. hidayah milik Allah..insyaAllah." :)))...tanpa fikir panjang..saya buka la video tersebut. sangat terharu bila menontonnya. sahabat2 sekalian..apa pendapat anda tentang hati..? atau lebih tepat lagi kita sebut sebagai kalbu.?? kadang-kadang kita sering terpikir atau ditanya persoalan "apa yang lebih tinggi dalam kejadian manusia dan haiwan/makluk lain"..?? seringkali anda akan mendapat jawapan "pastilah akal"!!! sebab..??? "sebab semua binatang ada otak,tapi tiada akal untuk bezakan betul salah, baik dan buruk.." ok,bagaimana pula jika ada yang mempersoalkan "tapi kenapa ma...

heartstrings....!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera..:) tak sedar kita dah melangkau jurnal 12 minggu kan.?? sedar tak sedar akhirnya tiba juga masanya..Alhamdulilah.. minggu ini saya tiada sebarang aktiviti khusus yang nak dikongsikan kerana boleh dikatakan sepanjang hari berada dirumah selepas hari-hari dipenuhi dengan aktiviti baraan..hehhe.. Alhamdulilah..sepanjang minggu lepas dan minggu ni berjaya puasa 6 hari dibulan syawal..inspirasi dari adik bongsu saya yang sungguh-sungguh nak puasa enam..last2 satu keluarga sedang berusaha habiskan puasa enam bulan syawal ini..ditambah pula tahun ini adik-adik saya akan duduki exam SPM dan UPSRA. kira macam beri sokongan moral gituu..ngeee..:)) sepanjang minggu ini, rutin hari-hari adalah kemas rumah disiang hari dan ambil adik di petang hari..disebabkan trial PSRA adalah setara..so, walaupon sekolah beliau satu sesi, still kene duduki exam sebelah petang selaras dengan sekolah-sekolah SRA sekitar daerah KLANG. lepas balik pulak, tolong mama sedia...

Geng baraan AR-RAZi..:))

Image
Assalamualaikum =) alhamdulilah..setelah 5 hari tiada internet..hari ini, dapat  juga saya update blog ni..:) hari ini genap lah kita menyambut syawal ke-11. begitu pantas masa berlalu kan..?? sepantas masa yang berlalu, sebanyak itu jualah peristiwa dan pengalaman baru sepanjang minggu ini. :) minggu ini, jadual saya banyak dipenuhkan dengan aktiviti baraan (konvoi raya). yelah..kebanyakkan teman taulan semuanya dah habis beraya dikampung. begitu jua lah kami, pada syawal ke-3 yang lepas dah ke kampung. pada awalnya nak ke sabak bernam, tapi disebabkan jalan sesak, ayah terus ke perak dahulu. petang tu baru ke sabak bernam..ingat nak singgah rumah coursemate dulu sementara ayah berehat,tapi tak sempat..malam itu juga kami balik ke rumah. risau jugak dah hampir setengah jalan, ayah mula mengantuk, aishhhhhh...biasalah abah, selagi boleh bertahan,selagi tu tak tukar pemandu..agak-agak dah sampai sekincan(kalau tak silap), baru berganti dengan saya. sepanjang malam,semuanya terl...
Assalamualaikum =) apa kabar  semuanya..??hehehhe..Alhamdulilah syawal telah menjelang..dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas segala salah silap selama ini.=)))) semoga ramadhan yang lepas ini diterima segala amalan dan mendapat kerahmatan dan keampunan daripadaNYA. amin... Raya kali ini bersederhana sahaja..kami tiada lah berhias bermacam-macam..hanya membersihkan rumah..tiada pun beli barang-barang baru..kuih pon beli ala kadar je..hehhe..Alhamdulilah.. bagaimana pula dengan anda??hehehhe..ntah la..saya rasa syawal kali ini ramai yang menyambut dengan sederhana sahaja.kebanyakkan rumah pun begitu..Namun keadaan tetap meriah..jalinan persudaraan itu lebih utama..hehehhe Seperti biasa, pagi raya mama akan menyediakan sedikit juadah sarapan sebelum pergi sembahyang raya..sementara tu, yang anak dara ni,sedia-sediakan balang kuih raya la...selepas abah dan adik2 balik dari solat, kami sekeluarga akan berkumpul dan bersalaman. lepas tu..??hah.....

rendang tok wan!! hmm~~

assalamualaikum =) apa khabar semua..?? lama tak update disebabkan masalah internet. hmmm...tak sedar kita dah masuk 10 ramadhan yang terakhir kan!. :))). ahh..pada waktu-waktu begini,pastinya ada sebahagian suri rumah atau sahabat-sahabat yang dah mulakan "projek raya" kan..??begitu juga lah saya..nak-nak pulak saya dah tak kerja sekarang.hmm..rindu pulak student2 kat sekolah tu..tapi minggu lepas sempat jumpa mereka dan ikuti majlis khatam quran sekolah tersebut. tapi minggu ni tak sempat lagi. Almaklumlah disebabkan saya sorang je yang bercuti sekarang ni, so jadual 'projek raya" tu padat sikit la. rasanya kalau disenarai..memang panjang lah!!.untuk permulaan ni..saya mulakan dengan lap tingkap.hmmm..lemah rasa bila cakap pasal tingkap ni sebab tingkap rumah tu leceh sikit. kalau nak cuci,  satu tingkap take time 1/2 jam..tak caya..? jemput lah datang rumah..hehehhe.. so, hari ni nak habaq mai al-kisah projek raya kali ini. sepanjang 2 hari melaksanakan pr...

nilai sepuluh sen~

assalamualaiku =) selamat pagi semua.. :) ceria-ceriakan hari anda..pagi ini terbaca satu kisah yang dipost oleh salah seorang friends fb saya..saya rasa mungkin ada sebahgian sudah membaca kesah ini, sebahagian belum..apa pun ia sesuatu yang sangat berharga untuk dikongsi dan direnung dalam hidup ini.. meh saya beri copy untuk titipan anda.. "Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik se jak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" Gadis itu menjawab "Tidak." Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis itu menjawab,...

cermin kehidupan...

assalamualaikum=) apa kabar semua..?? selamat malam.. sebelum mata ini dipejamkan..sempat menyinggah beberapa blog sahabat-sahabat seru, Alhamdulilah..banyak manfaat yang dapat dikongsi bahkan ada sebahagian yang memuhasabahkan diri.. :) antara yang menjadi tajuk utama sekarang adalah keputusan semesta lepas.. tahniah diucapkan pada yang berjaya.dan yang kurang berjaya..insyaAllah..cuba lagi.. :) tak kira lah mereka berjaya atau turun sedikit pointer tu, kedua-duanya membuka mata saya tentang sesuatu kejayaan dan reliti kehidupan.. secara peribadinya, saya tertarik dengan kata-kata sahabat seru, ziela.. dimana beliau menyatakan kesukaran untuk memujuk hati sendiri itu lebih dibandingkan memujuk orang lain. saya sendiri tak mampu menafikan kenyataan itu.. sangat sukar bila kita sendiri yang merasakannya berbanding kita melihat orang lain yang menanggung. saya memerhatikan sekeliling..mengimbas kembali dan membiarkan fikiran ini melayang sejenak, untuk beberapa ketika ini, saya ...

selesai sudah..tima kasih atas pengalaman ini!!

assalamualaikum..=) Hari ini tamatla saya bekerja di sir ar-razi. kebetulan pula tidak berapa sihat. Alhamdulilah, saya sakit minggu ini, kerana sukar seandainya diberi sakit sepanjang tempoh mengajar. tak dinafikan agak kekok sebenarnya bila tak lagi pergi sekolah..terkenang kembali saat mengajar, pastinya waktu ini saya sudah berada didalam kelas. melihat mereka menempuh ujian minggu ini.. rindu dengan gelagat dan telatah mereka yang meriangkan..walau apa pon, syukur sangat diberi kesempatan ini bersama mereka walaupun sebentar.. hari saya terasa sangat terisi bila melihat mereka. hari terakhir bersama mereka, saya gunakan peluang sebaiknya, terdapat juga sebahagian kelas, dengan kesempatan yang ada saya gunakan untuk merakam kenangan kami bersama. kebetulan pula subjek yang diajar tu pulak mudah..subjek khat.. dalam kesempatan itu, saya dapat mengisi waktu untuk relief ustazah mazroha kelas 6A. kesempatan yang sangat saya nantikan. betapa saya rindukan mereka yang saya perna...

;)

Assalamualaikum.=))) Ok...pengalaman hari ni sangat mencabar jiwa saya..tak da mencabar dengan aktivti saya..cuma pada emosi sahaja..hehehe.. Awal pagi tadi hujan renyai, jadi saya datang lewat sedikit sebab tak boleh nak bawak moto laju-laju sangat..kang tak pasal-pasal bukan sampai ke sekolah..lepas hantar adik di depan sekolah SRA Meru, saya terus bergegas ke tempat kerja. huhhh..hehhehe..guru besar tak ada..agak kelam-kabut sikit la sebab saya tak sempat lagi nak rapikan pakaian.. setelah selesai..macam biasa, saya akan bersalaman dengan semua guru-guru yang ada kat situ..hehhe...rasa macam tak sempurna hari tanpa menyapa mereka. tapi hari ni rasaya saya tak berapa ceria sangat..sikap saya lebih serius sedikit..hmmm..mybe sebab esok hari last..banyak perkara saya kene selesaikan sebelum hari saya berakhir. Pagi tersebut, saya berdiri di luar..memantau para pelajar.. <satu suasana yang akan saya rindukan nanti> .. hehehe pengalaman hari ni dimulakan dengan esakan seo...

Ar-razi

Assalamualaikum.=) Alhamdulilah..dah masuk 6 hari kita dalam bulan ramadhan. begitu pantas masa berlalu. begitu jualah pengalaman yang dilalui..terlalu banyak rasanya yang ingin dikongsikan.. pejam celik,ternyata...saya telah melalui 3 minggu saya itu.. minggu ini, adalah minggu terakhir ku di SIR Ar-Razi. tinggal sisa 4 hari lagi bersama mereka.. <3 Sepanjang seminggu yang lepas..ternyata banyak perkara yang saya temui dan kagum dengan apa yang saya alami.. Tiap pagi isnin- jumaat pelajar2 akan diminta beratur dan berhimpun sebentar sebelum sesi pembelajaran bermula. disini..tiap selasa dan rabu akan diadakan sesi Iqra' dan khamis-jumaat adalah sesi hafazan. saya menggantikan ustazah syikin, dimana beliau mentaksir pelajar2 dalam tahap iqra' 5... Ini kali pertama saya menyemak bacaan pelajar selain iqra' 1,2, dan 3.. sangat seronok!! hehehe.. lancarnya mereka membaca.. Alangkah kagum dan segan terhadap mereka..Semakin saya perhatikan, kanak-kanak ini sangat unik...

welcome... :))

Assalamualaikum.. =)))) apa kabar semua.. tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan ramadhan yang barakah.. sepanjang persiapan itu juga saya melihat ramai dalam kalangan masyarakat kita mengambil kesempatan ini mengadakan kenduri arwah dan sebagainya.. Alhamdulilah, selesai hari ini kenduri bersempena arwah,pindah rumah dan hari jadi mak cik saya yang ke-31 yang dilaksanakan di rumah nenek saya di meru..tak jauh pun dari rumah saya.. :)).. Kenduri ini dalam kalangan ahli keluarga sahaja, Asalnya jamuan ini diadakan bersempena keluarga mak cik saya yang baru pindah masuk ke rumah nenek dalam minggu ini. kiranya selepas ini, mereka akan tinggal dengan nenek.. Setelah keputusan diambil dalam majlis syura antara adik beradik mama, so, mak cik saya lah yang akan tinggal di rumah tersebut.. pada saya ok juga.. selepas ini, nenek tidak lah kesunyian.:)) .. Dalam pada itu, majlis ini juga diserikan dengan sambutan hari jadi mak cik saya yang ke-31.. ntah mengapa, tetiba...